Connect with us

Antarabangsa

Taliban nafi diskriminasi, dakwa ada kaedah sendiri tangani isu pendidikan

Taliban menegaskan pihaknya tidak menentang pendidikan dan tetap komited menjaga hak semua rakyat.

Wartawan TMT

Published

on

Taliban nafi diskriminasi, dakwa ada kaedah sendiri tangani isu pendidikan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Taliban menegaskan pihaknya tidak menentang pendidikan dan tetap komited menjaga hak semua rakyat.
  • Menteri Pendidikan Afghanistan, Neda Mohammad Nadeem berkata, kerajaan sedang berusaha memperkasakan sistem pendidikan kerana yakin kebebasan diperoleh bukan sahaja di medan perang sahaja.
  • “Tidak tepat sekiranya menyatakan Taliban tidak komited dalam menjaga hak rakyat Afghanistan atau kami menolak pendidikan.” – Menteri Pendidikan Afghanistan, Neda Mohammad Nadeem.

KABUL, 19 Jamadilakhir 1444H, Khamis – Taliban menegaskan pihaknya tidak menentang pendidikan dan tetap komited menjaga hak semua rakyat.

Menteri Pendidikan Afghanistan, Neda Mohammad Nadeem ketika melawat Universiti Kabul berkata, kerajaan sedang berusaha memperkasakan sistem pendidikan kerana yakin kebebasan yang diperoleh bukan sahaja di medan perang semata-mata.

“Tidak tepat sekiranya menyatakan Taliban tidak komited dalam menjaga hak rakyat Afghanistan atau kami menolak pendidikan.

“Tidak benar juga menyatakan negara Islam ini mahu melemahkan bidang keilmuan hakikatnya negara ini bebas dan merdeka tetapi kami memiliki jalan sendiri untuk menentukan.

“Kemerdekaan tidak akan dicapai hanya sekadar mengalahkan orang kafir semata-mata dan menghalau mereka, kami juga memerlukan doktor, jurutera dan juga juruterbang kerana terdapat keperluan berbeza dalam masyarakat,” katanya.

Menteri Pendidikan Tinggi itu yang kini sedang menilai kurikulum di pelbagai jabatan akan menjalankan kerjasama dengan Universiti Kabul dan beberapa universiti lain bagi mengurangkan jurang pendidikan di negaranya.

Bagaimanapun pakar pendidikan menegaskan keperluan buat masa ini adalah membuka semula sekolah dan universiti kepada pelajar perempuan, sebelum melaksanakan pelbagai peraturan baharu termasuk menjalankan kerjasama dengan pihak-pihak lain.

Malah bekas Timbalan Menteri Pendidikan, Asif Nang berkata, keputusan yang diambil oleh Taliban bukan sahaja mendapat tentangan pihak lain tetapi juga kecaman daripada kumpulan Taliban sendiri yang menyifatkan keputusan yang dibuat tidak bermanfaat.

Sebelum ini Taliban mendapat kecaman masyarakat antarabangsa apabila menutup sesi persekolahan kepada pelajar-pelajar perempuan di negara berkenaan sebelum melarang mahasiswa perempuan ke universiti . – Agensi

Sumber: Ismaweb

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending