Terkini
Tak akan pertimbang semula keputusan tamat lesen judi – Menteri Besar Kedah
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, menegaskan pihaknya tidak akan mempertimbangkan semula keputusan menamatkan semua lesen perjudian dan loteri di negeri ini.
- “Perjudian bukan isu untuk satu kaum saja, sebaliknya ia sudah merosakkan semua kaum di negara ini.” – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor
- “Judi tidak pernah menjadi alat membentuk keharmonian kaum,” – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor
- Tindakan tidak benarkan premis judi dibuka akan memberi lebih banyak masalah pada masyarakat kerana ia secara tidak langsung menggalakkan kegiatan perjudian haram. – Setiausaha DAP Kedah, Teh Swee Leong
- Keharmonian kaum hanya boleh dibentuk melalui aktiviti seperti integrasi di sekolah, sukan, silang seni budaya dan bahasa pertuturan yang sama. – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor
ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, menegaskan pihaknya tidak akan mempertimbangkan semula keputusan menamatkan semua lesen perjudian dan loteri di negeri ini.
Beliau berpandangan bahawa perjudian bukan isu untuk satu kaum saja, sebaliknya ia sudah merosakkan semua kaum di negara ini.
“Tidak akan ada pertimbangan semula (terhadap keputusan berkenaan). Ini bukan isu satu kaum saja… judi merosakkan semua kaum.
“Judi tidak pernah menjadi alat membentuk keharmonian kaum,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.
Media sebelum ini melaporkan Setiausaha DAP Kedah, Teh Swee Leong, berkata Kerajaan Kedah diharap dapat mempertimbangkan semula keputusan itu bagi mengekalkan keharmonian kaum dan mengawal masalah sosial.
Swee Leong mendakwa, tindakan tidak membenarkan premis judi dibuka dilihat akan memberi lebih banyak masalah kepada masyarakat kerana ia secara tidak langsung menggalakkan kegiatan perjudian haram.
Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi berkata, Swee Leong diminta membuktikan terlebih dahulu bahawa perjudian boleh membentuk keharmonian kaum.
Beliau menjelaskan, ini kerana keharmonian kaum hanya boleh dibentuk melalui aktiviti seperti integrasi di sekolah, sukan, silang seni budaya dan bahasa pertuturan yang sama.
“Suruh dia buktikan judi boleh membentuk keharmonian kaum,” katanya.
Media kelmarin melaporkan semua operasi premis perjudian dan loteri di Kedah kini ditamatkan sepenuhnya susulan keputusan kerajaan negeri ini untuk tidak lagi memperbaharui lesen perjudian yang tamat tempoh pada 31 Disember lalu.
Sehubungan itu, Muhammad Sanusi mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) memantau dan memastikan semua premis berkaitan mematuhi arahan berkenaan yang diputuskan pada November 2021.
Sumber: Berita Harian
Terkini
Bertenang, warga Palestin tetamu kita – Menteri Agama
Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
- Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
- Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.
- “Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.
- “Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.
- Terdahulu, tular di media sosial sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.
- Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan.
KUALA LUMPUR – Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.
“Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.
“Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.
Mohd Na’im turut mengajak semua rakyat berdoa supaya rakyat Palestin diberikan kekuatan, kesabaran dan ketenangan.
Katanya, kerajaan akan terus berusaha dan memberi perhatian khusus terhadap perkara itu supaya insiden sedemikian tidak berulang.
Terdahulu, tular di media sosial tindakan sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.
Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan anggota pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan. — The Merdeka Times
-
Antarabangsa3 days ago
Arab Saudi, Qatar, UAE, Bahrain dan Kuwait tidak benar AS guna pangkalan udara serang Iran
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Saham MAHB: BlackRock sah miliki GIP – ARMADA BERSATU
-
Antarabangsa3 days ago
(VIDEO) Profesor Iran ‘sekolahkan’ wartawan Sky News
-
Antarabangsa3 days ago
Hentikan sekatan ke atas Afghanistan – Menteri Luar Russia