Antarabangsa
Status quo Masjid Al-Aqsa mesti dipertahankan – Majlis Keselamatan PBB
Anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) menyuarakan kebimbangan dan menekankan keperluan untuk mengekalkan status quo di perkarangan Masjid al-Aqsa di Baitulmuqaddis, beberapa hari selepas Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben-Gvir membuat lawatan ke kawasan itu.
- Anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) menyuarakan kebimbangan dan menekankan keperluan untuk kekalkan status quo di perkarangan Masjid al-Aqsa di Baitulmuqaddis, beberapa hari selepas Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben-Gvir membuat lawatan ke kawasan itu.
- Status quo telah berlangsung selama beberapa dekad hanya benarkan umat Islam beribadat di perkarangan masjid itu yang juga dikenali sebagai ‘Temple Mount’ oleh penganut Yahudi.
- “Apakah garis merah yang perlu dilanggar Israel untuk membuatkan UNSC mengambil tindakan,” – Wakil Palestin ke PBB, Riyad Mansour
- “Walaupun lawatan itu tidak disertai atau diikuti dengan keganasan, ia dilihat sebagai sangat menghasut memandangkan Ben-Gvir sering memperjuangkan perubahan kepada status quo,” – Pegawai Kanan Hal Ehwal Politik PBB, Khaled Khiari
- “Bagaimanapun, AS bimbang sebarang tindakan sebelah pihak akan memburukkan lagi ketegangan atau menjejaskan kemajuan rumusan penyelesaian dua negara ini,” – Timbalan Duta Besar AS, Robert Wood
NEW YORK: Anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) menyuarakan kebimbangan dan menekankan keperluan untuk mengekalkan status quo di perkarangan Masjid al-Aqsa di Baitulmuqaddis, beberapa hari selepas Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben-Gvir membuat lawatan ke kawasan itu.
Status quo yang telah berlangsung selama beberapa dekad hanya membenarkan umat Islam beribadat di perkarangan masjid itu yang juga dikenali sebagai ‘Temple Mount’ oleh penganut Yahudi.
Seorang pegawai Israel berkata, Ben-Gvir mematuhi peraturan yang membenarkan orang bukan Islam melawat tetapi tidak bersembahyang di kawasan berkenaan.
Wakil Palestin ke PBB, Riyad Mansour mendesak UNSC mengambil tindakan tetapi langkah itu tidak mungkin berlaku memandangkan Amerika Syarikat (AS) secara tradisinya melindungi Israel.
AS, Russia, China, Perancis dan Britain mempunyai kuasa veto dalam majlis tersebut.
“Apakah garis merah yang perlu dilanggar Israel untuk membuatkan UNSC mengambil tindakan,” tegas Riyad memberitahu 15 anggota UNSC sambil menuduh Israel menunjukkan penghinaan mutlak.
Pegawai Kanan Hal Ehwal Politik PBB, Khaled Khiari memberitahu majlis itu, lawatan berkenaan merupakan yang pertama dilakukan oleh menteri Kabinet Israel sejak 2017.
“Walaupun lawatan itu tidak disertai atau diikuti dengan keganasan, ia dilihat sebagai sangat menghasut memandangkan Ben-Gvir sering memperjuangkan perubahan kepada status quo,” katanya.
Ben-Gvir pernah berkempen supaya kawasan merangkumi Masjid Al-Aqsa dan ‘Temple Mount’ dibuka kepada umum tanpa sebarang sekatan untuk beribadat.
Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres, menggesa semua pihak mengelak daripada melakukan tindakan yang boleh meningkatkan ketegangan di dalam dan sekitar tapak suci itu.
Duta Besar Israel ke PBB, Gilad Erdan, memaklumkan sebelum pertemuan itu bahawa orang Yahudi dibenarkan melawat tapak paling suci dalam agama Yahudi.
“Ia adalah hak setiap Yahudi dan Israel tidak menjejaskan status quo serta tidak bercadang untuk berbuat demikian,” katanya.
Timbalan Duta Besar AS, Robert Wood, berkata AS kekal komited kepada penyelesaian dua negara bagi menamatkan konflik antara Israel dan Palestin.
“Bagaimanapun, AS bimbang sebarang tindakan sebelah pihak akan memburukkan lagi ketegangan atau menjejaskan kemajuan rumusan penyelesaian dua negara ini,” katanya. – REUTERS
Sumber: Utusan Malaysia
Antarabangsa
Hentikan sekatan ke atas Afghanistan – Menteri Luar Russia
Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.
- Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.
- Lavrov bagaimanapun tidak menyatakan sama ada Moscow akan menarik balik klasifikasi “organisasi pengganas” yang ditetapkannya ke atas Taliban.
- “Kami mendesak negara-negara Barat mengakui tanggungjawab mereka dalam pembinaan semula Afghanistan pasca-konflik, menarik balik sekatan dan memulangkan aset Kabul yang dirampas,” kata Lavrov dipetik AFP dalam laporan The Moscow Times hari ini.
- Lavrov berkata demikian di pembukaan forum diplomatik tahunan mengenai Afghanistan, diketuai Russia, melibatkan utusan dari Taliban dan negara-negara jiran di Timur Tengah dan Asia Tengah.
- Moscow mengembangkan hubungan dengan Taliban sejak kumpulan itu kembali berkuasa di Afghanistan pada 2021 setelah pengunduran Amerika Syarikat dari negara dilanda peperangan itu.
Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.
Lavrov bagaimanapun tidak menyatakan sama ada Moscow akan menarik balik klasifikasi “organisasi pengganas” yang ditetapkannya ke atas Taliban.
“Kami mendesak negara-negara Barat mengakui tanggungjawab mereka dalam pembinaan semula Afghanistan pasca-konflik, menarik balik sekatan dan memulangkan aset Kabul yang dirampas,” kata Lavrov dipetik AFP dalam laporan The Moscow Times hari ini.
Lavrov berkata demikian di pembukaan forum diplomatik tahunan mengenai Afghanistan, diketuai Russia, melibatkan utusan dari Taliban dan negara-negara jiran di Timur Tengah dan Asia Tengah.
Moscow mengembangkan hubungan dengan Taliban sejak kumpulan itu kembali berkuasa di Afghanistan pada 2021 setelah pengunduran Amerika Syarikat dari negara dilanda peperangan itu.
Taliban berada di bawah sekatan Barat selama lebih dua dekad dan pada awalnya dikenakan sekatan pembiayaan kepada al-Qaeda dan kumpulan lain yang dilabelkan sebagai “pengganas”.
Beberapa pegawai Russia menyeru Moscow mengeluarkan Taliban dari senarai “organisasi pengganas dan ekstremis” bagi meningkatkan kerjasama lebih lanjut.
Menteri Luar Afghanistan, Amir Khan Muttaqi dilaporkan berada di Moscow untuk perbincangan itu.
Lavrov juga dilaporkan berkata Russia tidak akan menerima “negara ketiga” menempatkan pangkalan tentera di Afghanistan atau menubuhkan kemudahan tentera baru di negara-negara jirannya “atas apa jua alasan”.
Russia mempunyai pangkalan tentera besar di Tajikistan yang bersempadan dengan Afghanistan. — The Merdeka Times
-
Antarabangsa3 days ago
Arab Saudi, Qatar, UAE, Bahrain dan Kuwait tidak benar AS guna pangkalan udara serang Iran
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Saham MAHB: BlackRock sah miliki GIP – ARMADA BERSATU
-
Antarabangsa3 days ago
(VIDEO) Profesor Iran ‘sekolahkan’ wartawan Sky News
-
Antarabangsa2 days ago
Hentikan sekatan ke atas Afghanistan – Menteri Luar Russia