Antarabangsa
Sami bunuh diri, cemburu cucu bercinta dengan lelaki lain
Seorang sami di Thailand yang sebelum ini menyerang cucu perempuannya yang berusia 17 tahun telah ditemui mati tergantung di dalam hutan, lapor portal berita Thaiger semalam.
- Seorang sami bernama Phra Uthit, 56 tahun di Thailand sebelum ini menyerang cucu perempuannya berusia 17 tahun ditemui mati tergantung di dalam hutan.
- Ae ditemui dalam keadaan kecederaan parah oleh neneknya di Kuil Baan Na Gae daerah Phiboon Mang Sa Harn di Udon Ratchathani pada 8 Januari lalu.
- “Saya bayar segala-galanya untuk awak, yuran pengajian, yuran pergigian, aksesori, apa sahaja yang awak mahu. Saya tidak mempunyai peluang untuk menyentuh awak. Awak abaikan semua yang saya buat untuk awak,” demikian surat tersebut.
- Uthir dipercayai membunuh diri kerana tertekan dengan kes itu selain ingin melarikan diri daripada ditahan polis.
BANGKOK – Seorang sami di Thailand yang sebelum ini menyerang cucu perempuannya yang berusia 17 tahun telah ditemui mati tergantung di dalam hutan, lapor portal berita Thaiger semalam.
Seorang pegawai penyiasat berkata, mayat sami bernama Phra Uthit, 56, ditemui kelmarin, tetapi dia dipercayai meninggal dunia selepas membunuh diri kira-kira seminggu lalu.
Pada Sabtu lalu, pegawai dari Balai Polis Phibun Mangsahan dipanggil ke sebuah kuil di bandar Ubon Ratchathani, wilayah Isaan di mana seorang gadis bernama Ae ditemui.
Ae ditemui dalam keadaan kecederaan parah oleh neneknya di penginapan seorang sami di Kuil Baan Na Gae daerah Phiboon Mang Sa Harn di Udon Ratchathani pada 8 Januari lalu.
Dia dibawa ke hospital berdekatan untuk rawatan. Kamera keselamatan di kuil merakam Uthit melarikan diri dengan motosikal Ae selepas serangan itu.
Polis menemui sepucuk surat di lokasi kejadian percaya bahawa Uthit menyukai Ae dan cemburu terhadap persahabatan mangsa dengan seorang lelaki yang dikenali mangsa baru-baru ini.
“Saya bayar segala-galanya untuk awak, yuran pengajian, yuran pergigian, aksesori, apa sahaja yang awak mahu. Saya tidak mempunyai peluang untuk menyentuh awak. Awak abaikan semua yang saya buat untuk awak,” demikian surat tersebut.
Uthit, 56, menjadi suspek dan waran tangkap dikeluarkan terhadap dirinya.
Polis menerima panggilan bahawa penduduk kampung tempatan telah menemui mayat Uthit di dalam hutan tidak jauh dari padang bola Sekolah Ban Nakae di mukim Rawe, daerah Phibun Mangsahan.
Sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, mereka menghidu bau busuk yang menyengat dan mendapati mayat Uthit tergantung pada pokok dengan tali yang menjerut lehernya.
Uthir dipercayai membunuh diri kerana tertekan dengan kes itu selain ingin melarikan diri daripada ditahan polis.
Sumber: Kosmo
Antarabangsa
Iran keluarkan ‘amaran rahsia’ kepada sekutu AS – WSJ
Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
- Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
- Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.
- Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.
- Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.
- Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.
Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.
Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.
Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.
Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.
Pegawai beberapa negara yang menempatkan tentera AS memberitahu WSJ bahawa negara mereka telah memaklumkan kepada pentadbiran Presiden AS, Joe Biden bahawa mereka tidak mahu infrastruktur ketenteraan atau ruang udara mereka digunakan untuk sebarang operasi ofensif terhadap Iran.
Dalam laporan berasingan pada Khamis, Reuters memetik tiga sumber yang menyatakan Arab Saudi, Qatar dan UAE semuanya memberitahu Washington bahawa mereka tidak akan membenarkan jet Israel menggunakan ruang udara mereka untuk melakukan serangan.
Pegawai pertahanan AS mengakui beberapa rakan serantau menyuarakan kebimbangan mereka kepada Pentagon, tetapi permintaan itu “masih tidak rasmi,” lapor WSJ. – The Merdeka Times
-
Terkini3 days ago
PM hapuskan RM83 juta tunggakan cukai, denda UTAR – Laporan
-
Terkini2 days ago
Hapuskan tunggakan cukai, denda UTAR: Tindakan PM betul, malah tidak cukup – Apek Cina
-
Terkini2 days ago
Netizen Cina minta kaedah pendidikan Cina, SMPC disemak semula
-
Terkini1 day ago
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina