Connect with us

Terkini

Ridhuan Tee bidas Jiao Zong lebih rela anak cina tak kuasai bahasa kebangsaan

“SJKC (Sekolah Jenis Kebangsaan Cina) sila keluar jadi sekolah swasta jika tidak mahu soalan BM (Bahasa Melayu) yang sama.”

Wartawan TMT

Published

on

Ridhuan Tee bidas Jiao Zong lebih rela anak cina tak kuasai bahasa kebangsaan
Foto: Ridhuan Tee (kiri), Cheah Lek Aee (kanan)
  • “Mereka lebih mahukan pelajar Cina mahir bahasa Cina dari bahasa Melayu. Mereka mahukan mereka jadi lebih Cina, Cina totok, malah meskipun tidak langsung tahu bahasa Melayu.” – Penganalisis politik, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah
  • “Inilah proses pencinaan telah berlaku sejak dahulu lagi. Mereka langsung tidak mahu berubah. Mereka lebih rela anak Cina tidak menguasai BM, tapi mesti kuasai bahasa Cina”. 
  • Prof Ridhuan Tee turut membidas dakwaan Pengerusi Jiao Zong, Cheah Lek Aee bahawa penggunaan soalan dari bank soalan yang sama untuk UASA bagi semua aliran sekolah adalah bertentangan dengan prinsip pendidikan.
  • “Sedarlah tidak ada negara dalam dunia ini seperti Malaysia, bertolak ansur dalam menyediakan dan membantu sekolah bersifat dualism yang langsung tidak membantu pembinaan negara bangsa,” kata Prof Ridhuan Tee.

 

BANGI, 16 Jamadilakhir 1444H, Isnin – “SJKC (Sekolah Jenis Kebangsaan Cina) sila keluar jadi sekolah swasta jika tidak mahu soalan BM (Bahasa Melayu) yang sama.”

Demikian tegas penganalisis politik, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah membalas dakwaan Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) bahawa penggunaan bank soalan yang sama untuk subjek BM bagi semua aliran sekolah adalah tidak sesuai.

Terdahulu, Pengerusi Jiao Zong, Cheah Lek Aee dilaporkan berkata, jumlah masa pengajaran BM adalah berlainan antara sekolah rendah jenis kebangsaan (SRJK) dan sekolah kebangsaan (SK) dan bahasa itu juga merupakan bahasa ibunda murid Melayu.

Dia berkata, penggunaan soalan dari bank soalan yang sama untuk Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) bagi semua aliran sekolah adalah bertentangan dengan prinsip pendidikan.

Justeru, Lek Aee meminta Kementerian Pendidikan memperbetulkan dasar berkenaan kerana waktu pelajaran subjek BM adalah tidak sama antara SRJK dan SK tidak kira pada tahap pertama (darjah satu hingga tiga) atau tahap kedua (darjah empat hingga lima).

Gesaan itu bagaimanapun bukan isu baharu, tetapi telah berlaku sejak SJKC dan SJKT diwujudkan.

Menurut Prof Ridhuan Tee, isu itu juga bukan perkara utama, sebaliknya Jiao Zong tidak mahu pelajar Cina disusahkan dengan bahasa kebangsaan.

Katanya, jika pelajar disusahkan, maka penumpuan mereka dalam bahasa Cina akan terjejas kerana penumpuan terpaksa juga diberikan kepada BM.

“Mereka lebih mahukan pelajar Cina lebih mahir berbahasa Cina daripada bahasa Melayu. Mereka mahukan mereka jadi lebih Cina, Cina totok, malah meskipun tidak langsung tahu berbahasa Melayu.

“Inilah proses pencinaan yang telah berlaku sejak dahulu lagi. Mereka langsung tidak mahu berubah. Mereka lebih rela anak Cina tidak menguasai BM, tetapi mesti menguasai bahasa Cina,” katanya dalam kenyataan kepada Ismaweb.net.

Pada masa sama, beliau membidas dakwaan Lek Aee bahawa penggunaan soalan dari bank soalan yang sama untuk UASA bagi semua aliran sekolah adalah bertentangan dengan prinsip pendidikan.

“Prinsip pendidikan kepala otak engkau. Kamu duduk di mana? Di Malaysia atau negara China. Jika kamu mahukan proses pencinaan sebegini, carilah negara lain yang boleh sediakan kemudahan seperti.

“Sedarlah tidak ada negara dalam dunia ini, seperti Malaysia, yang begitu bertolak ansur dalam menyediakan dan membantu sekolah bersifat dualism yang langsung tidak membantu pembinaan negara bangsa

“Kamu yang pilih dan beriya-iya mempertahankan SJKC, tiba-tiba kamu tidak mahu disusahkan dengan agenda negara. Saya harap KPM tidak tunduk kepada tekanan ini,” katanya.

 

Sumber: Ismaweb

Author

Kolumnis

Bukankah sambut hari raya Aidilfitri sehari sahaja, bukan sebulan?

SEAKAN menjadi adat tradisi di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri amat sinonim dengan ‘perayaan sebulan’ di mana ia akan diraikan selama sebulan setelah sebulan berpuasa pada bulan Ramadan.

Research And Development MRM

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.

SEAKAN menjadi adat tradisi di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri amat sinonim dengan ‘perayaan sebulan’ di mana ia akan diraikan selama sebulan setelah sebulan berpuasa pada bulan Ramadan.

Ia merupakan musim perayaan yang sangat dinantikan dan dirai penuh kegembiraan di mana waktu ini digunakan untuk menziarahi ke rumah keluarga dan rakan-rakan bagi merapatkan lagi hubungan silaturrahim.

Selama sebulan juga, terutamanya masyarakat Melayu Muslim, rumah-rumah mereka akan ‘dibuka’ dengan menghidangkan pelbagai juadah dan rumah dihias cantik untuk menyambut tetamu yang datang.

Namun, persoalan yang sering timbul adalah ‘Adakah tradisi ‘raya sebulan’ ini bertepatan dengan syariat Islam? Bukankah Islam hanya menganjurkan sehari sahaja dalam menyambut Aidilfitri, bukannya sebulan?’

Menariknya, persoalan ini telahpun dijawab menerusi artikel ‘Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-684: Bolehkah Menyambut Hari Raya selama Sebulan Syawal’ dan ‘Al-Kafi #1296: Sambut Hari Raya Sebulan itu Bid’ah?’ di laman sesawang rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Artikel itu mengatakan sememangnya Hari Raya Aidilfitri yang disyariatkan hanyalah pada satu Syawal. Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW ketika baginda tiba di Madinah, penduduk Madinah menyambut dua perayaan. Lalu Baginda SAW bersabda,

“Sesungguhnya Allah telah menggantikan kepada kamu dua hari yang terbaik iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.” (Riwayat Ahmad, No. 12362)

Ini bermakna, hanya dua perayaan disyariatkan bagi umat Islam untuk dirayakan atas perintah Allah SWT.

Namun, apakah membezakan hari raya yang disyariatkan dengan hari-hari lain? Bezanya adalah pada amalan ibadat yang khusus diperintahkan untuk dilakukan pada hari tersebut.

Sebagai contoh, Hari Raya Aidilfitri disyariatkan melakukan ibadah solat hari raya, menunaikan zakat fitrah dan takbir yang hanya berlaku pada satu Syawal. Bahkan, pada hari tersebut umat Islam diharamkan berpuasa.

Dan sesudah hari tersebut tidak disyariatkan dengan apa-apa amalan ibadat khusus. Tiada lagi ibadat seperti solat sunat, mandi sunat dan takbir hari raya.

Maka, amalan ziarah-menziarahi sanak saudara bukanlah satu amalan ibadat yang dikhususkan dalam perayaan Aidilfitri. Ia hanyalah suatu tradisi yang baik dan diharuskan dalam Islam.

Mengikut Pejabat Mufti WP, mana-mana adat tradisi yang tidak bertentangan dengan nas-nas syarak, maka hukum asalnya adalah harus. Dalam kaedah Fiqh disebutkan:

“Asal bagi sesuatu perkara adalah harus sehinggalah datangnya dalil yang menunjukkan kepada keharaman (perkara tersebut)” (Al-Asyhbah wa al-Nazoir, ms. 60)

Bahkan tiada sesiapa pun mengikat amalan seperti ziarah-menziarahi, bermaafan, menjamu makan dan seumpamanya hanya mesti diadakan pada hari raya.

Ia sekadar tradisi diamalkan demi mengambil keberkatan bulan Syawal yang mulia.

Kesimpulannya, hari raya Aidilfitri yang disyariatkan sememangnya pada satu Syawal. Namun, tiada masalah untuk menyambut hari raya dengan melakukan ziarah-menziarahi sepanjang Syawal kerana ia merupakan kebiasaan yang baik dan ia diharuskan dalam Islam.

Malah, dalam satu hadis Rasulullah SAW pernah menceritakan betapa cintanya Allah SWT kepada mereka yang menziarahi orang lain. Sabdanya

“Seorang lelaki menziarahi saudaranya di satu perkampungan yang lain. Lalu Allah menghantar malaikat untuk berada di jalan ke kampung yang ingin dia tuju. Apabila lelaki itu sudah mendekat, malaikat itu bertanya: Ke manakah engkau mahu pergi? Jawab lelaki itu: Aku mahu menziarahi saudaraku yang ada di kampung ini. Malaikat berkata: Adakah engkau ada harta yang ingin diberikan kepadanya? Lelaki itu berkata: Tidak. Sesungguhnya aku mencintainya kerana Allah. Malaikat itu berkata: Sesungguhnya aku adalah utusan Allah yang dihantar kepada engkau. Allah mencintai engkau sebagaimana engkau mencintai saudara engkau itu.” (Riwayat Muslim, No. 6714) –The Merdeka Times

Penafian: Artikel yang disiarkan The Merdeka Times ini adalah pandangan peribadi penulis. Ia tidak semestinya menggambarkan pendirian Editorial The Merdeka Times dalam isu yang dikupas.

Author

Teruskan Membaca

Trending