Terkini
Rafizi diminta kurangkan kenyataan merapu, segera beri solusi kenaikan harga barang
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli diminta segera memberi solusi terkait krisis kenaikan harga barang yang terus menghimpit rakyat.

- Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli diminta segera memberi solusi terkait krisis kenaikan harga barang yang terus menghimpit rakyat, sekaligus ‘walk the talk’.
- Ketika ini netizen mempunyai presepi Rafizi sering mengeluarkan kenyataan merapu yang boleh dijadikan bahan lawak dalam hampir semua sidang medianya, termasuk kenyataan berkaitan masalah ekonomi negara.
- Tinjauan The Merdeka Times di ruangan komen Facebook dan Twitter beliau sendiri, mendapati rata-rata netizen meminta Rafizi bertindak lebih cekap memberi solusi dan mengeluarkan kenyataan berpaksikan fakta serta lebih menenangkan rakyat.
KUALA LUMPUR – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli diminta segera memberi solusi terkait krisis kenaikan harga barang yang terus menghimpit rakyat, sekaligus ‘walk the talk’.
Ketika ini netizen mempunyai presepi Rafizi sering mengeluarkan kenyataan merapu yang boleh dijadikan bahan lawak dalam hampir semua sidang medianya, termasuk kenyataan berkaitan masalah ekonomi negara.
Tinjauan The Merdeka Times di ruangan komen Facebook dan Twitter beliau sendiri, mendapati rata-rata netizen meminta Rafizi bertindak lebih cekap memberi solusi dan mengeluarkan kenyataan berpaksikan fakta serta lebih menenangkan rakyat.
Ada juga pengguna Twitter menyifatkan Rafizi di era menjadi pembangkang kelihatan bijak dan lantang dengan berbagai formula terkait isu ekonomi, namun kelihatan gagal ketika diberikan jawatan menteri.
“Perlu juga cadangan untuk perbaiki masalah bukan sekadar statement of facts,” demikian ciap pengguna Twitter, Bakar Koyakutty di ruangan komen.
“Moga Yb, bersikap jujur dan kata dikotakan, tiada lagi alasan yang tak berpaksi pada fakta dan bukan auta lagi,” kata seorang lagi pengguna Twitter bernama Johnlabu.
“Rules to adhere: Yang pertama, guna Bahasa Melayu yang simple dan mudah di fahami. Kedua, jangan guna perkataan BOIKOT. Sensitive untuk rakyat Malaysia. Better guna perkataan “PILIH LAH” yang lebih murah. Ketiga, list plan kerajaan to improve Indeks Harga Pengguna (CPI) ,” ciap pengguna Twitter menerusi akaun bernama Arena.
Sebelum ini, media melaporkan Rafizi mengeluarkan beberapa kenyataan kontroversi yang membangkitkan kemarahan rakyat hingga menjadi bahan troll antaranya; “Orang ramai diminta ‘pulau’ restoran, kedai makan yang gagal turun harga” ; “Bercakap mengenai tak cukup ayam, by right (sepatutnya) kalau harga ayam itu dah mahal sangat, kita patut kurangkan makan”.
Antara tangkapan layar reaksi netizen di ruangan komen di Facebook:
Susulan itu, netizen mengharapkan selepas ini beliau akan mengeluarkan kenyataan yang lebih profesional dan melegakan hati rakyat sekaligus merealisasikan apa yang dinyatakan sebelum ini. – The Merdeka Times
Sumber : Facebook Rafizi Ramli
Terkini
Umat Islam boleh hadir perayaan bukan Islam tetapi haram terlibat upacara agama – Fatwa Johor
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan kerajaan negeri memfatwakan garis panduan buat umat Islam menghadiri upacara perayaan masyarakat bukan Islam bermula minggu depan.

- Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar perkenan fatwa kerajaan negeri garis panduan umat Islam hadiri perayaan bukan Islam bermula minggu depan.
- Masyarakat Islam dibenarkan memenuhi undangan majlis perayaan bukan Islam, namun tidak terlibat dengan sebarang upacara atau ritual amalan agama tersebut.
- “Dalam konteks berkenaan, penganjur majlis perayaan bukan Islam haruslah peka dan memastikan sensitiviti umat Islam dihormati selaras dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan agama rasmi Johor.”
- “Bagaimanapun, masyarakat Islam telah diharam dan dilarang daripada menyertai upacara ritual perayaan bukan Islam termasuklah di rumah ibadat agama berkenaan atau di tempat-tempat lain”. – Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid.
JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan kerajaan negeri memfatwakan garis panduan buat umat Islam menghadiri upacara perayaan masyarakat bukan Islam bermula minggu depan.
Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, berdasarkan fatwa itu nanti masyarakat Islam dibenarkan memenuhi undangan majlis keraian sesuatu perayaan bukan Islam, namun tidak terlibat dengan sebarang upacara atau ritual yang berkait dengan amalan agama tersebut.
“Menurut sebilangan ulama, hukum meraikan undangan ke majlis perayaan bukan Islam adalah harus dan dibenarkan, contohnya majlis terbuka atau majlis makan malam dan seumpamanya.
“Dalam konteks berkenaan, penganjur majlis perayaan bukan Islam haruslah peka dan memastikan sensitiviti umat Islam dihormati selaras dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan agama rasmi Johor.
“Bagaimanapun, masyarakat Islam telah diharam dan dilarang daripada menyertai upacara ritual perayaan bukan Islam termasuklah di rumah ibadat agama berkenaan atau di tempat-tempat lain,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Islam Iskandar pada Khamis.
Turut hadir Ketua Penolong Mufti Bahagian Fatwa Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Baharin Jalal.
Beliau berkata, umat Islam yang melanggar garis panduan tersebut boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 9 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997.
Menurutnya, empat garis panduan tersebut adalah perkara, perbuatan atau perkataan yang bertentangan dengan akidah Islam; bertentangan dengan syarak; bercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya serta menyentuh sensitiviti masyarakat Islam.
Sumber: Sinar Harian
-
Terkini2 days ago
Pemandu mabuk: Peguam tidak setuju, nyawa dibalas nyawa
-
Terkini2 days ago
Edar sejuta al-Quran, PM dikritik mahu tunjuk lebih ‘Islam’ dari PAS
-
Terkini3 days ago
Pemandu mabuk, netizen tuntut nyawa dibayar nyawa
-
Terkini2 days ago
Kali ini Ustaz Abdullah Khairi pula dakwa ‘digam’ Forum Perdana Ehwal Islam