Connect with us

Antarabangsa

Putera Harry mengaku bunuh 25 orang di Afghanistan

Putera Harry mengaku membunuh 25 orang ketika bertugas sebagai juruterbang helikopter Apache di Afghanistan, lapor media Britain kelmarin, memetik sebuah buku autobiografi yang akan diterbitkan tidak lama lagi.

Wartawan TMT

Published

on

Putera Harry mengaku bunuh 25 orang di Afghanistan
Foto: Putera Harry.
  • Putera Harry mengaku membunuh 25 orang ketika bertugas sebagai juruterbang helikopter Apache di Afghanistan.
  • Beliau berkhidmat dalam dua siri tugasan menentang kumpulan Taliban iaitu kali pertama sebagai pegawai udara memanggil serangan udara dalam tahun 2007-2008 dan kemudian menerbangkan helikopter gempur Apache pada 2012 hingga 2013.
  • Beliau tidak berasa bangga atau malu berbuat demikian dan menganggap menghapuskan sasarannya seperti membuang ‘buah catur daripada papan catur’.
  • Penemuannya dengan sebilangan keluarga mangsa serangan 9/11 ke atas Amerika Syarikat adalah justifikasi bagi tindakannya itu.
  • “Mereka yang bertanggungjawab dan orang yang bersimpati dengan mereka (Taliban) ialah ‘musuh kemanusiaan’, manakala memerangi mereka adalah tindakan balas dendam terhadap jenayah kemanusiaan,” – Putera Harry

LONDON – Putera Harry mengaku membunuh 25 orang ketika bertugas sebagai juruterbang helikopter Apache di Afghanistan, lapor media Britain kelmarin, memetik sebuah buku autobiografi yang akan diterbitkan tidak lama lagi.

Duke of Sussex berusia 38 tahun itu berkhidmat dalam dua siri tugasan menentang kumpulan Taliban iaitu kali pertama sebagai pegawai udara memanggil serangan udara dalam tahun 2007-2008 dan kemudian menerbangkan helikopter gempur Apache pada 2012 hingga 2013.

Dalam buku Spare yang dijadualkan berada dalam pasaran minggu depan, Harry berkata, beliau melaksanakan enam misi sebagai seorang juruterbang yang mendorongya ‘meragut sejumlah nyawa manusia’ demikian menurut akhbar Daily Telegraph.

Harry berkata, beliau tidak berasa bangga atau malu berbuat demikian dan menganggap menghapuskan sasarannya seperti membuang ‘buah catur daripada papan catur’.

Putera berkenaan berkhidmat selama 10 tahun dalam Tentera Britain dan mendapat kenaikan hingga ke pangkat kapten. 

Harry tidak pernah mendedahkan kepada umum berapa ramai pejuang Taliban yang dibunuhnya.

Kamera video yang dipasang pada hidung helikopter Apache membolehkan beliau memeriksa misinya dan menentukan bilangan musuh yang dibunuh.

“Nombor saya ialah 25. Ia bukan nombor yang memberikan saya kepuasan atau juga memalukan saya,” katanya.

Monarki itu menyebut memorinya berhubung serangan 9/11 ke atas Amerika Syarikat selepas menemui sebilangan keluarga mangsa sebagai justifikasi kepada tindakannya.

“Mereka yang bertanggungjawab dan orang yang bersimpati dengan mereka (Taliban) ialah ‘musuh kemanusiaan’, manakala memerangi mereka adalah tindakan balas dendam terhadap jenayah kemanusiaan,” tambah Harry.

Sumber: Kosmo

 

Author

Antarabangsa

Tiada tanda gencatan senjata dicapai di Gaza, perantara masih optimistik

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.
  • Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.
  • Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.

Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Tiada komen rasmi daripada Israel mengenai rundingan itu setakat ini selain fakta bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu diberi taklimat mengenainya dan delegasi Israel hadir untuk pusingan rundingan kali ini.

Mandat diberikan kepada perunding Israel oleh Netanyahu juga tidak diketahui sepenuhnya kerana butiran mengenai rundingan itu tidak didedahkan kepada umum.

Walaupun pengantara kekal optimistik, masih tiada tanda bahawa kesepakatan hampir tercapai. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Trending