Connect with us

Terkini

Pusat lindungi mangsa pemerdagangan perlu diwujudkan – KDN

Pusat melindungi mangsa pemerdagangan orang perlu diwujudkan susulan kes itu bertambah serius dan menjadi punca utama kebimbangan di peringkat global, kata Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sudah tiba masanya pusat itu diwujudkan bagi menyokong dan melindungi mangsa yang terselamat daripada jenayah kejam itu. – Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz
  • “Dengan mengambil kira keperluan khas wanita dan kanak-kanak adalah penting untuk mereka diberi perlindungan termasuk sokongan moral.”
  • “Ia melibatkan pencabulan hak asasi manusia melalui pergerakan rentas sempadan atau domestik bagi tujuan eksploitasi, selain menjadi perniagaan menguntungkan sindiket melibatkan sejumlah besar wang yang boleh menghalang pembangunan masyarakat, sama ada dari segi sosial atau ekonomi.
  • “Oleh itu kita perlu menyediakan perkhidmatan trauma berpusat kepada mangsa yang terselamat bagi menyokong dan melindungi mangsa (pemerdagangan orang),” katanya.

 

PETALING JAYA: Pusat melindungi mangsa pemerdagangan orang perlu diwujudkan susulan kes itu bertambah serius dan menjadi punca utama kebimbangan di peringkat global, kata Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

Beliau berkata, sudah tiba masanya pusat itu diwujudkan bagi menyokong dan melindungi mangsa yang terselamat daripada jenayah kejam itu.

Jelas beliau, pada ketika itu, perlindungan, kaunseling, bantuan perubatan, psikologi dan material perlu disediakan untuk mangsa pemerdagangan orang.

“Dengan mengambil kira keperluan khas wanita dan kanak-kanak adalah penting untuk mereka diberi perlindungan termasuk sokongan moral,” katanya menurut Bernama.

Beliau yang juga pengerusi Majlis Antipemerdagangan Orang (TIP) dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) berkata, keseriusan kes pemerdagangan orang secara amnya merupakan isu utama yang menjadi perhatian dan perbincangan antarabangsa.

“Ia melibatkan pencabulan hak asasi manusia melalui pergerakan rentas sempadan atau domestik bagi tujuan eksploitasi, selain menjadi perniagaan menguntungkan sindiket melibatkan sejumlah besar wang yang boleh menghalang pembangunan masyarakat, sama ada dari segi sosial atau ekonomi.

“Oleh itu kita perlu menyediakan perkhidmatan trauma berpusat kepada mangsa yang terselamat bagi menyokong dan melindungi mangsa (pemerdagangan orang),” katanya ketika berucap merasmikan Seminar Pembinaan Kapasiti mengenai Pencegahan dan Perlindungan TIP di sini yang disokong sepenuhnya dan dibiayai oleh Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Kuala Lumpur.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Setiausaha, Pejabat Strategik Negara kepada MAPO di bawah KDN, Syuhaida Abdul Wahab Zen.

Sementara itu, Duta Amerika Syarikat ke Malaysia Brian McFeeters dalam ucapan khasnya pada majlis itu berkata, TIP berlaku di seluruh dunia dan mangsa boleh ditemukan di setiap negara termasuk Malaysia dan AS, dengan itu, ia memerlukan respons antipemerdagangan yang diselaraskan di semua peringkat.

“Di kedutaan AS, kami menyedari bahawa tindak balas antipemerdagangan yang berkesan memerlukan penyelarasan dan kerjasama dan kami komited sepenuhnya untuk menyokong kerajaan Malaysia dan pihak berkepentingan lain yang berkaitan untuk menghentikan ancaman ini.

“Kami terus membiayai program dan kempen yang tertumpu pada pencegahan, perlindungan dan pendakwaan kes pemerdagangan orang untuk menyokong dan memajukan usaha antipemerdagangan orang di Malaysia,” katanya.

 

Sumber: FreeMalaysiaToday

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Segera lapor SPRM jika jadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa pihak yang percaya mereka telah menjadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu untuk segera membuat laporan kepada agensi itu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.
  • SPRM gesa pihak yang percaya mereka menjadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu untuk segera membuat laporan kepada agensi itu.
  • “Sekiranya SPRM menerima apa-apa maklumat atau laporan mengenai penyelewengan hal-hal berkaitan perkara jenayah yang menukar status tanah rizab Melayu kepada hak milik kekal (free hold) merupakan kesalahan jenayah yang sudah tentu kita akan lakukan siasatan,” kata Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki kepada media hari ini.
  • Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Prapelancaran Projek Kerjasama Penerbitan dan Program Penerapan Nilai Integriti (Antirasuah) Usaha Sama SPRM dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia di Pusat Dagangan Dunia di sini.
  • Semalam, seorang pengarah urusan syarikat hartanah ditahan SPRM untuk membantu siasatan kes pemecahan lot membabitkan kira-kira 650 hektar tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu di Mukim Manjong, Setiawan, Perak.

KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa pihak yang percaya mereka telah menjadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu untuk segera membuat laporan kepada agensi itu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki bagaimanapun berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan berkaitan kes seperti itu dari negeri-negeri lain dan menyifatkan apa yang berlaku di Perak baru-baru ini sebagai kes terpencil.

“Sekiranya SPRM menerima apa-apa maklumat atau laporan mengenai penyelewengan hal-hal berkaitan perkara jenayah yang menukar status tanah rizab Melayu kepada hak milik kekal (free hold) merupakan kesalahan jenayah yang sudah tentu kita akan lakukan siasatan,” katanya kepada media hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Prapelancaran Projek Kerjasama Penerbitan dan Program Penerapan Nilai Integriti (Antirasuah) Usaha Sama SPRM dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia di Pusat Dagangan Dunia di sini.

Turut hadir Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM) Azman Adnan.

Semalam, seorang pengarah urusan sebuah syarikat hartanah ditahan SPRM untuk membantu siasatan kes pemecahan lot membabitkan kira-kira 650 hektar tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu di Mukim Manjong, Setiawan, Perak.

Difahamkan, syarikat suspek berusia 44 tahun itu dipercayai terbabit melakukan pemecahan lot tanah di mukim berkenaan menjadi tanah bukan Melayu, seterusya dijual menjadi lot rumah dan banglo.

Siasatan SPRM juga mendapati sejumlah 317 lot dipecahkan kepada individu serta syarikat yang sebahagian besarnya adalah bukan Melayu.

Penahanan itu adalah rentetan kepada tangkapan seorang bekas Timbalan Pendaftar Hakmilik di Pejabat Tanah dan Galian Perak yang sudah dituduh di Mahkamah Sesyen Ipoh, bulan lalu. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending