Connect with us

Antarabangsa

Polis Scotland nafi ‘jenamakan semula’ istilah pedofilia

Polis Scotland menafikan dakwaan mereka cuba ‘menjenamakan semula’ pedofilia kerana menggunakan istilah Minor-Attracted People (orang yang tertarik dengan golongan minoriti) di dalam salah satu laporan mereka.

Ruszaini Ruslan

Published

on

Polis-Scotland-nafi-‘jenamakan-semula-istilah-pedofilia
Foto: Ketua Konstabel Polis Scotland, Iain Livingstone.
  • Polis Scotland didakwa cuba ‘menjenamakan semula’ pedofilia kerana menggunakan istilah Minor-Attracted People (orang yang tertarik dengan golongan minoriti) di dalam salah satu laporan mereka.
  • Mereka bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan berkata istilah itu dipetik daripada cadangan untuk projek perlindungan kanak-kanak baharu.
  • “Polis Scotland tidak menggunakan istilah ‘Minor-Attracted Person’ untuk menggambarkan jenis pesalah itu dan sebarang cadangan sebaliknya tidak menggambarkan kedudukan kami sepenuhnya,” kata Ketua Perlindungan Awam Polis Scotland, Sam Faulds.

Polis Scotland menafikan dakwaan mereka cuba ‘menjenamakan semula’ pedofilia kerana menggunakan istilah Minor-Attracted People (orang yang tertarik dengan golongan minoriti) di dalam salah satu laporan mereka.

Memetik laporan The Irish Post, beberapa pihak menyuarakan kebimbangan mengenai istilah itu, termasuk Ahli Parlimen Scotland, Joanna Cherry dan Kenny McAskill, manakala kumpulan kempen Us For Them Scotland mendakwa ia boleh ‘menormalisasikan pedofilia’.

Polis Scotland berkata istilah itu dipetik daripada cadangan projek perlindungan kanak-kanak baharu dan mereka secara aktif menentang penggunaannya.

“Polis Scotland tidak menggunakan istilah ‘Minor-Attracted Person’ untuk menggambarkan jenis pesalah itu dan sebarang cadangan sebaliknya tidak menggambarkan kedudukan kami sepenuhnya,” kata Ketua Detektif Superintendan Sam Faulds selaku Ketua Perlindungan Awam untuk Polis Scotland.

Istilah itu muncul dalam laporan tentang bagaimana Polis Scotland melaksanakan piawaian perkhidmatan untuk mangsa dan saksi sepanjang 2021/22.

Ia mendedahkan bagaimana organisasi itu menyokong projek Eropah yang bertujuan ‘membangun pemahaman dan pendekatan untuk mengelakkan penganiayaan kanak-kanak dengan melibatkan Minor-Attracted People (MAP)’.

Penggunaan istilah itu mencetuskan kritikan di media dan di atas talian, namun pihak berkuasa berkata istilah itu ‘tidak boleh diterima sepenuhnya’.

“Kami mengutuk sepenuhnya sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak, sama ada individu atau rangkaian pedofil yang dianjurkan dan kami bekerja tanpa jemu untuk membawa mereka ke muka pengadilan,” kata Ketua Detektif Superintendan Sam Faulds.

Sumber: The Irish Post

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Remaja ketagih vape rebah, berubah ‘biru’ dan hampir mati

Seorang bapa memberi amaran kepada ibu bapa lain tentang bahaya vape yang mengancam nyawa anak perempuan remajanya yang tiba-tiba rebah dan bertukar ‘biru’ ketika di rumah rakannya.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Kyla Blight yang menghisap vape menyamai tindakan menghisap 400 batang rokok seminggu.
  • Seorang bapa memberi amaran kepada ibu bapa lain tentang bahaya vape yang mengancam nyawa anak perempuan remajanya yang tiba-tiba rebah dan bertukar ‘biru’ ketika di rumah rakannya.
  • Daily Mail melaporkan paru-paru remaja itu ‘pecah’ disebabkan rutinnya menghisap vape yang menyamai tindakan menghisap 400 batang rokok seminggu.
  • Pada awal pagi 11 Mei, Mark Blight yang menetap di Egremont, Cumbria, England, membawa anaknya, Kyla Blight, 17, ke hospital selepas menerima panggilan telefon memberitahu anaknya rebah dan berubah ‘biru’ ketika bermalam di rumah rakannya.
  • Selepas jantungnya hampir berhenti berdegup, remaja berusia 17 tahun itu menjalani pembedahan selama lima setengah jam untuk membuang sebahagian paru-parunya.
  • Pakar perubatan menemui lepuh udara kecil dikenali sebagai  pulmonary bleb, berkembang di bahagian atas paru-parunya. Vape berlebihan dipercayai menjadi penyebab lepuh ini pecah dan paru-parunya gagal berfungsi.

Seorang bapa memberi amaran kepada ibu bapa lain tentang bahaya vape yang mengancam nyawa anak perempuan remajanya yang tiba-tiba rebah dan bertukar ‘biru’ ketika di rumah rakannya.

Daily Mail melaporkan paru-paru remaja itu ‘pecah’ disebabkan rutinnya menghisap vape yang menyamai tindakan menghisap 400 batang rokok seminggu.

Pada awal pagi 11 Mei, Mark Blight yang menetap di Egremont, Cumbria, England, membawa anaknya, Kyla Blight, 17, ke hospital selepas menerima panggilan telefon memberitahu anaknya rebah dan berubah ‘biru’ ketika bermalam di rumah rakannya.

Selepas jantungnya hampir berhenti berdegup, remaja berusia 17 tahun itu menjalani pembedahan selama lima setengah jam untuk membuang sebahagian paru-parunya.

Pakar perubatan menemui lepuh udara kecil dikenali sebagai  pulmonary bleb yang berkembang di bahagian atas paru-parunya. 

Vape berlebihan dipercayai menjadi penyebab lepuh itu pecah dan paru-parunya gagal berfungsi.

Kyla yang mula menghisap vape pada usia 15 tahun percaya tabiat itu ‘tidak berbahaya’ dan melakukan 4,000 sedutan vape seminggu menyamai nikotin 400 batang rokok.

Selepas pembedahan, Kyla menghabiskan dua minggu di hospital sebelum dibenarkan pulang ke rumah sepenuhnya.

“Saya bercakap dengan pakar bedah dan dia menyebut tentang lepuh yang boleh terbentuk pada paru-paru. 

“Mereka fikir bahawa vape pakai buanglah yang memecahkan lepuh ini dan menusuk lubang pada paru-paru anda.

“Nampaknya ia perkara yang diketahui sekarang. Dia telah melakukan banyak operasi seperti ini,” kata Blight.

Walaupun vape secara meluas dilihat lebih selamat daripada merokok, kesan jangka panjang vape masih kekal misteri.

Doktor menyatakan kebimbangan adanya gelombang penyakit paru-paru, masalah pergigian dan kanser dalam beberapa dekad yang akan datang pada mereka yang memulakan tabiat itu.

Tahun lalu, pakar pediatrik terkemuka memberi amaran bahawa kanak-kanak dimasukkan ke hospital dengan kesukaran bernafas akibat vape, di tengah-tengah wabak vape golongan belia pada tahap ‘mengganggu.’ – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending