Connect with us

Terkini

Perlembagaan Persekutuan BM versi muktamad beri impak positif kepada perundangan syariah – ISMA

Perlembagaan Persekutuan edisi Bahasa Malaysia sebagai versi muktamad selaras dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan iaitu bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi digunakan dalam urusan kerajaan, termasuk di mahkamah.

Hidayah Sani

Published

on

Perlembagaan Persekutuan BM versi muktamad beri impak positif kepada perundangan syariah – ISMA
Foto: Muhammad Fauzi Asmuni.
  • “ISMA melihat perkara ini selaras dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, bahasa Melayu adalah bahasa rasmi yang digunakan dalam urusan kerajaan termasuk dalam mahkamah.
  • “ISMA berpendapat Preskripsi Perlembagaan Persekutuan dalam bahasa Melayu ini bakal memberikan impak positif kepada perundangan Syariah.” – Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Muhammad Fauzi Asmuni.
  • Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun sebelum ini mencadangkan kerajaan menjadikan Perlembagaan Persekutuan edisi Bahasa Malaysia sebagai versi muktamad (authoritative) bagi undang-undang tertinggi di Malaysia.

KUALA LUMPUR – Perlembagaan Persekutuan edisi Bahasa Malaysia sebagai versi muktamad selaras dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan iaitu bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi digunakan dalam urusan kerajaan, termasuk di mahkamah.

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Muhammad Fauzi Asmuni berkata ISMA menyokong saranan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun yang mahu preskripsi Perlembagaan Persekutuan dalam bahasa Melayu dijadikan teks rasmi seperti terkandung dalam perkara 160B Perlembagaan.

“ISMA melihat perkara ini selaras dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, bahasa Melayu adalah bahasa rasmi yang digunakan dalam urusan kerajaan termasuk dalam mahkamah.

“ISMA berpendapat Preskripsi Perlembagaan Persekutuan dalam bahasa Melayu ini bakal memberikan impak positif kepada perundangan Syariah.

“Walaupun dalam peringkat saranan, ISMA suka sekiranya kerajaan dapat mengangkat cadangan ini,” katanya dalam kenyataan di Facebook semalam.

Peguam Negara sebelum ini mencadangkan kerajaan menjadikan Perlembagaan Persekutuan edisi Bahasa Malaysia sebagai versi muktamad (authoritative) bagi undang-undang tertinggi di Malaysia.

Cadangan itu disambut baik ramai pihak antaranya Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari, Ketua Wirawati PUTRA Malaysia, Nurhafizah Jamalludin, Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) dan Pakar Psikososio dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Dr Zulkeflee Yaacob. 

Media melaporkan cadangan itu menimbulkan kebimbangan Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) yang berkata ia boleh memberi kesan bagi kes membabitkan seorang ibu bapa menukarkan anak atau anak mereka kepada agama lain.

Ia merujuk kepada perbicaraan Mahkamah Rayuan, awal tahun lalu, terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan 2018 membabitkan kes penukaran agama unilateral antara guru tadika M Indira Gandhi dan bekas suaminya yang memeluk Islam.

Mahkamah tertinggi menyebelahi Indira Gandhi dengan bersetuju bahawa versi Bahasa Inggeris Artikel 12(4) Perlembagaan Persekutuan mengatasi edisi Bahasa Malaysia, sekali gus melarang bekas suaminya mengislamkan tiga anaknya tanpa persetujuannya juga.

Versi Bahasa Inggeris Artikel 12(4) menggunakan istilah ‘ibu bapa atau penjaga’, manakala terjemahan Bahasa Malaysia peruntukan itu berbunyi sebagai ‘ibu atau bapa’.

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dalam rayuan terhadap tindakan undang-undang seorang ibu Hindu untuk membatalkan penukaran agama Islam secara unilateral terhadap tiga anaknya, membangkitkan kemungkinan Perlembagaan Persekutuan versi Bahasa Melayu adalah yang autoritatif dan membantu dalam rayuannya. – The Merdeka Times

Sumber : Facebook Ikatan Muslimin Malaysia

 

 

Author

Terkini

Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
  • Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
  • Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
  • Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
  • “Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
  • “Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
  • Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
  • Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.

Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.

Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.

“Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.

“Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.

Beliau turut memuat naik tangkap layar liputan Harian Metro bertajuk “Bukan tentera China tetapi penuntut dan pensyarah – Fadhlina” dalam hantaran Facebook itu.

Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.

Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.

Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia-China disambut pada 31 Mei 2024, manakala sambutan kejayaan revolusi Komunis China di sambut pada 1 Oktober 2024.

“Apakah lawatan ini dibuat sempena sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia dan China atau sempena sambutan revolusi Komunis China sekaligus meraikan penubuhan RRC?,” katanya.

Beliau menyifatkan sambutan luar biasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pihak terbabit sebagai tidak sensitif.

“Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Swasta Chung Ling membuat sambutan besar-besaran menerima kunjungan kadet dan kelasi kapal Qi Jiguang dan Jinggang Shan ini adalah bukti kecuaian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak sensitif terhadap situasi integriti kedaulatan maritim dan tuntutan bertindih yang dibuat oleh RRC di Luconia Shoals atau gugusan Beting Patinggi Ali (BPA) yang terletak 84 batu nautika dari pesisir pantai Sarawak,” katanya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending