Connect with us

Terkini

Pelantikan pesuruhjaya kanak-kanak tidak bertindih bidang kuasa KPWKM – Nancy

Pelantikan Pesuruhjaya Kanak-Kanak tidak bertindih dengan bidang kuasa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Nancy Shukri
  • Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pelantikan itu boleh membantu pihaknya KDN dan KPM berurusan dengan kanak-kanak.
  • “Jadi tidak ada pertindihan, malah boleh membantu dari segi semak dan imbang untuk kementerian,” katanya
  • “KPWKM hanya bertanggungjawab memberi rekomendasi kepada pesuruhajaya berkenaan, namun ia bukan berada di bawah seliaan mereka sebaliknya menjadi pesuruhjaya bebas.”

PUTRAJAYA: Pelantikan Pesuruhjaya Kanak-Kanak tidak bertindih dengan bidang kuasa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Malah, Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pelantikan itu boleh membantu pihaknya  Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Pendidikan (KPM) yang berurusan dengan kanak-kanak.

“Jadi tidak ada pertindihan, malah boleh membantu dari segi semak dan imbang untuk kementerian,” katanya kepada pemberita selepas sesi Town Hall Perkhidmatan Kanak-Kanak (Pemeliharaan dan Perlindungan) Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Tahun 2023 di sini hari ini.

Terdahulu kerajaan memutuskan melantik Pesuruhjaya Kanak-Kanak bagi menganggotai Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) susulan peningkatan kes penderaan dan masalah sosial melibatkan golongan berkenaan.

Menurut Nancy, walaupun KPWKM bertanggungjawab untuk memberi rekomendasi kepada pesuruhajaya berkenaan, namun ia bukan berada di bawah seliaan mereka sebaliknya menjadi pesuruhjaya bebas untuk memantau segala urusan dengan kanak-kanak.

Dalam perkembangan berlainan, Nancy berkata, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke akan melihat kepada mekanisme bersesuaian berhubung pemberian tambang percuma kepada orang kurang upaya (OKU) yang menggunakan perkhidmatan awam.

“Ia mungkin dari segi beri kad (tambang percuma). Mereka sebenarnya tak ramai (OKU) untuk terima manfaat itu, lagipun sekarang ada 50 peratus diskaun untuk pengguna OKU jadi saya minta beri secara percuma,” katanya.

Terdahulu menerusi ciapan di Twitternya, Nancy memaklumkan sebelum mesyuarat Kabinet hari ini beliau sempat berbincang dengan Anthony Loke untuk memberi tambang percuma kepada OKU yang menggunakan pengangkutan awam seperti LRT, MRT dan stage bus.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending