Connect with us

Terkini

Media berperanan bantu reda konflik Malaysia-Indonesia – ISWAMI

Media perlu memainkan peranan penting dalam meredakan sebarang konflik yang tercetus antara Malaysia dan Indonesia sekaligus memastikan hubungan kedua-dua negara terus kekal erat.

Wartawan TMT

Published

on

Media berperanan bantu reda konflik Malaysia-Indonesia - ISWAMI
Foto: Datuk Mokhtar Hussain.
  • Media perlu memainkan peranan dalam meredakan sebarang konflik  tercetus antara Malaysia dan Indonesia sekaligus memastikan hubungan kedua-dua negara terus kekal erat.
  • Presiden Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (ISWAMI), Datuk Mokhtar Hussain berkata sekiranya media kedua-dua negara bekerjasama dengan memberikan penjelasan sebaiknya, sebarang isu yang timbul dapat diatasi dengan baik.
  • Beliau mengimbau sejarah ISWAMI, dimana ketika itu hubungan kedua-dua negara berdepan sedikit ketegangan melibatkan isu sempadan dan tenaga kerja Indonesia.
  • “Namun, apabila kita sering berhubung dengan media di sana dan pihak sana memberi penjelasan, tidak dipanjangkan isu itu dan kemudian keadaan semakin reda,” – Presiden ISWAMI, Datuk Mokhtar Hussain.

KUALA LUMPUR: Media perlu memainkan peranan penting dalam meredakan sebarang konflik yang tercetus antara Malaysia dan Indonesia sekaligus memastikan hubungan kedua-dua negara terus kekal erat.

Presiden Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (ISWAMI) Datuk Mokhtar Hussain berkata sekiranya media kedua-dua negara mampu bekerjasama dengan memberikan penjelasan sebaiknya, sebarang isu yang timbul boleh diatasi dengan baik.

Mengimbau sejarah ISWAMI, Mokhtar berkata persatuan itu pada awalnya ditubuhkan ketika hubungan kedua-dua negara berdepan sedikit ketegangan antaranya melibatkan isu sempadan dan tenaga kerja Indonesia.

“Bermula 2004 ketika itu, kita lihat banyak isu sempadan, tenaga kerja Indonesia diperlakukan seperti didera dan kes dibawa ke mahkamah dan itu menimbulkan kemarahan sehingga demonstrasi di kedutaan kita.

“Namun, apabila kita sering berhubung dengan media di sana dan pihak sana memberi penjelasan, tidak dipanjangkan isu itu dan kemudian keadaan semakin reda,” katanya dalam program Ruang Bicara bertajuk Sinergi Perpaduan KL-Jakarta terbitan Bernama TV malam tadi.

Timbalan Presiden ISWAMI Datuk Zulkifli Hamzah berkata hubungan baik media Malaysia dan Indonesia juga menyaksikan isu seni dan budaya yang dahulunya sering dimainkan media kini sudah mereda kerana kedua-dua negara saling memahami.

“Hubungan baik ini membolehkan mana-mana isu yang timbul dan konflik yang sengaja dicetuskan tidak ditonjolkan atau lebih mudah diselesaikan kerana penjelasan daripada pihak Malaysia atau Indonesia.

“Ketua editor Malaysia dan Indonesia sering bertemu, saling memahami dan daripada situ terbentuk persefahaman. Jadi jika timbul sebarang (isu), akan difikirkan bagaimana isu ini (dapat) diselesaikan dan tidak dieksploitasi pihak ketiga,” katanya.

Dalam pada itu, Mokhtar turut menyentuh isu kebebasan dan tanggungjawab media untuk bersama-sama membantu negara menentang amalan rasuah seperti yang ditegaskan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Dengan ketokohan dan keazaman perdana menteri, saya pasti ada sinar dan media perlu sama-sama memainkan (peranan) membantu gerakan menentang rasuah.

“Kita perlu lihat macam mana kebebasan media yang dinamik, proaktif dan vibrant dapat membantu agenda lebih besar untuk membangunkan ekonomi negara dan membantu masyarakat lebih sejahtera,” katanya.

Sumber: Astro Awani

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
  • Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
  • Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
  • Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
  • “Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
  • “Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
  • Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
  • Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.

Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.

Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.

“Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.

“Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.

Beliau turut memuat naik tangkap layar liputan Harian Metro bertajuk “Bukan tentera China tetapi penuntut dan pensyarah – Fadhlina” dalam hantaran Facebook itu.

Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.

Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.

Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia-China disambut pada 31 Mei 2024, manakala sambutan kejayaan revolusi Komunis China di sambut pada 1 Oktober 2024.

“Apakah lawatan ini dibuat sempena sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia dan China atau sempena sambutan revolusi Komunis China sekaligus meraikan penubuhan RRC?,” katanya.

Beliau menyifatkan sambutan luar biasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pihak terbabit sebagai tidak sensitif.

“Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Swasta Chung Ling membuat sambutan besar-besaran menerima kunjungan kadet dan kelasi kapal Qi Jiguang dan Jinggang Shan ini adalah bukti kecuaian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak sensitif terhadap situasi integriti kedaulatan maritim dan tuntutan bertindih yang dibuat oleh RRC di Luconia Shoals atau gugusan Beting Patinggi Ali (BPA) yang terletak 84 batu nautika dari pesisir pantai Sarawak,” katanya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending