Connect with us

Antarabangsa

Mayat aktivis LGBT dijumpai dalam kotak besi

Polis Kenya sedang menyiasat kematian seorang aktivis lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang mayatnya ditemui disumbat dalam sebuah kotak besi.

Wartawan TMT

Published

on

Mayat aktivis LGBT dijumpai dalam kotak besi
Foto: Edwin Chiloba.
  • Polis Kenya sedang menyiasat kematian seorang aktivis lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang mayatnya ditemui disumbat dalam sebuah kotak besi.
  • Mayat Edwin Chiloba ditemui pada Rabu lalu di jalan raya di Daerah Uasin Gishu, di barat negara itu.
  • “Kami tidak tahu buat masa ini mengapa mangsa dibunuh dengan cara berkenaan. Pakar sedang mengendalikan perkara itu,” – Jurucakap polis, Resila Onyango 
  • Chiloba ialah seorang aktivis LGBT yang terkenal dan pernah diserang kerana aktivismenya.
  • Golongan LGBT yang tinggal di Kenya sering mengecam diskriminasi dan serangan di negara itu, di mana hubungan seks antara lelaki adalah tidak dibenarkan.

NAIROBI: Polis Kenya sedang menyiasat kematian seorang aktivis lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang mayatnya ditemui disumbat dalam sebuah kotak besi.

Mayat Edwin Chiloba ditemui pada Rabu lalu di jalan raya di Daerah Uasin Gishu, di barat negara itu.

Polis berkata, seorang pengendali teksi motosikal melaporkan melihat kotak itu dibuang oleh kenderaan tanpa nombor pendaftaran.

Penunggang itu kemudian melaporkan kejadian itu kepada anggota polis yang mengawal sekatan jalan raya berhampiran.

Pegawai yang membuka kotak berkenaan menemui mayat seorang lelaki yang sudah reput, yang disifatkan mereka memakai pakaian wanita.

Mangsa dikenali sebagai Chiloba dan mayatnya dibawa ke Hospital Pengajaran dan Rujukan Moi untuk mengenal pasti punca kematian.

Jurucakap polis, Resila Onyango berkata, motif kejadian itu masih belum diketahui.

“Kami tidak tahu buat masa ini mengapa mangsa dibunuh dengan cara berkenaan. Pakar sedang mengendalikan perkara itu,” katanya.

Chiloba ialah seorang aktivis LGBT yang terkenal dan pernah diserang kerana aktivismenya.

Golongan LGBT yang tinggal di Kenya sering mengecam diskriminasi dan serangan di negara itu, di mana hubungan seks antara lelaki adalah tidak dibenarkan.

Kenya sebahagian besarnya terdiri masyarakat konservatif dan presiden pada masa lalu berkata bahawa hak gay bukan isu di negara Afrika timur itu. – AP

Sumber: Berita Harian

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Iran keluarkan ‘amaran rahsia’ kepada sekutu AS – WSJ

Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
  • Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.
  • Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.
  • Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.
  • Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.

Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.

Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.

Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.

Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.

Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.

Pegawai beberapa negara yang menempatkan tentera AS memberitahu WSJ bahawa negara mereka telah memaklumkan kepada pentadbiran Presiden AS, Joe Biden bahawa mereka tidak mahu infrastruktur ketenteraan atau ruang udara mereka digunakan untuk sebarang operasi ofensif terhadap Iran.

Dalam laporan berasingan pada Khamis, Reuters memetik tiga sumber yang menyatakan Arab Saudi, Qatar dan UAE semuanya memberitahu Washington bahawa mereka tidak akan membenarkan jet Israel menggunakan ruang udara mereka untuk melakukan serangan.

Pegawai pertahanan AS mengakui beberapa rakan serantau menyuarakan kebimbangan mereka kepada Pentagon, tetapi permintaan itu “masih tidak rasmi,” lapor WSJ. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending