Connect with us

Antarabangsa

Lebih 400 pelarian Afghanistan dibebaskan Mahkamah Pakistan

Sebuah mahkamah di Karachi membebaskan 405 pelarian Afghanistan dan berkuat kuasa dalam masa terdekat.

Wartawan TMT

Published

on

Lebih 400 pelarian Afghanistan dibebaskan Mahkamah Pakistan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Mahkamah di Karachi mengarahkan pembebasan 405 pelarian Afghanistan  terdiri daripada 257 kanak-kanak, 712 lelaki dan 194 wanita, berkuat kuasa dalam masa terdekat.
  • Pelarian Afghanistan sebelum ini mengadu sering menjadi mangsa penganiayaan polis Pakistan.
  • Aktivis pelarian, Awal Khan berkata, pelarian Afghanistan yang berada di Pakistan tanpa dokumen sah akan berdepan pelbagai masalah.
  • Beliau turut menggesa kerajaan Afghanistan bincang permasalahan itu dengan kerajaan Pakistan dan UNHCR.

KARACHI, 13 Jamadilakhir 1444H, Jumaat – Sebuah mahkamah di Karachi membebaskan 405 pelarian Afghanistan dan berkuat kuasa dalam masa terdekat.

Konsulat Abdul Jabar Tahjari berkata, pihaknya pernah membebaskan 428 pelarian Afghanistan dan kesemua mereka dihantar pulang ke negara asal.

Kali ini mahkamah mengarahkan pembebasan 405 lagi pelarian, katanya.

“Proses pembebasan mereka sedang dilakukan dan kesemuanya akan dihantar pulang ke Afghanistan,” katanya.

Daripada keseluruhan jumlah pelarian yang berada di Karachi mereka terdiri daripada 257 kanak-kanak, 712 lelaki manaka 194 lagi adalah pelarian wanita.

Sebelum ini, pelarian Afghanistan mengadu mereka sering menjadi mangsa penganiayaan polis Pakistan.

Aktivis pelarian, Awal Khan berkata, pelarian Afghanistan yang berada di Pakistan tanpa dokumen sah akan berdepan pelbagai masalah.

Justeru beliau mengesa agar kerajaan Afghanistan berbincang permasalahan berkenaan dengan kerajaan Pakistan dan UNHCR.

Sebelum ini, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Pakistan mendedahkan kira-kira 500 wanita Afghanistan dan kanak-kanak telah ditahan di Karachi. 

Sumber: Ismaweb

 

Author

Antarabangsa

Tiada tanda gencatan senjata dicapai di Gaza, perantara masih optimistik

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.
  • Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.
  • Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.

Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Tiada komen rasmi daripada Israel mengenai rundingan itu setakat ini selain fakta bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu diberi taklimat mengenainya dan delegasi Israel hadir untuk pusingan rundingan kali ini.

Mandat diberikan kepada perunding Israel oleh Netanyahu juga tidak diketahui sepenuhnya kerana butiran mengenai rundingan itu tidak didedahkan kepada umum.

Walaupun pengantara kekal optimistik, masih tiada tanda bahawa kesepakatan hampir tercapai. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending