Terkini
“Kurangkan cukai B40 jika tidak boleh keluarkan KWSP,” – Penganalisis Ekonomi
Tiga alternatif lain dicadangkan untuk membantu rakyat yang terkesan berbanding membenarkan pengeluaran wang KWSP.
- Tiga alternatif lain itu adalah beri latihan kepada rakyat untuk tingkatkan pendapatan, bantuan kebajikan secara bulanan dan kurangkan cukai pada golongan B40. – Penganalisis Ekonomi, Profesor Dr Nuradli Ridzwan Shah Mohd Dali
- “Kerajaan boleh beri latihan pada rakyat dari segi tingkatkan pendapatan ikut lapisan umur sebagai contoh artificial intelligence (AI) untuk golongan muda manakala golongan berumur boleh beri khidmat nasihat dan latihan kurangkan hutang dan sebagainya.”
- “Alternatif kedua adalah beri bantuan kebajikan sebagai contoh meneruskan pemberian bantuan sebelum ini.”
- “Selain itu kerajaan mungkin boleh kurangkan cukai pada golongan B40 supaya mereka dapat gunakan duit cukai tak perlu dibayar itu untuk selesaikan hutang,” katanya.
SHAH ALAM – Tiga alternatif lain dicadangkan untuk membantu rakyat yang terkesan berbanding membenarkan pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Penganalisis Ekonomi, Profesor Dr Nuradli Ridzwan Shah Mohd Dali berkata, tiga alternatif lain itu adalah memberi latihan kepada rakyat untuk tingkatkan pendapatan, bantuan kebajikan secara bulanan dan kurangkan cukai kepada golongan B40.
“Kalau tak boleh keluarkan KWSP maka kerajaan perlu ada alternatif lain dan jalan penyelesaian untuk bantu rakyat terutama golongan B40 dan M40 yang terkesan.
“Kerajaan boleh beri latihan kepada rakyat dari segi tingkatkan pendapatan mengikut lapisan umur sebagai contoh artificial intelligence (AI) untuk golongan muda manakala golongan berumur boleh diberikan khidmat nasihat dan latihan nak kurangkan hutang dan sebagainya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjadi panelis program Sinar Live bertajuk ‘Nak Keluar KWSP Lagi Ke?’ yang dikendalikan hos Haizir Othman.
Program itu disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian pada Khamis.
Nuradli Ridzwan berkata, alternatif kedua adalah memberi bantuan kebajikan sebagai contoh meneruskan pemberian bantuan sebelum ini.
“Mungkin dahulu dua kali setahun tetapi dicadangkan kali ini bantuan bulanan diberikan kepada golongan B40.
“Selain itu kerajaan mungkin boleh kurangkan cukai pada golongan B40 supaya mereka dapat gunakan duit cukai tak perlu dibayar itu untuk selesaikan hutang,” jelasnya.
Dalam pada itu, beliau berkata, wang persaraan yang tidak mencukupi bukan sahaja memberi risiko kepada individu terbabit malah turut memberi risiko kepada kerajaan itu sendiri.
“Sebagai contoh kalau ada ramai golongan pesara tidak dapat nak tampung kehidupan sendiri adalah satu tanggungjawab pada kerajaan untuk menyelesaikan masalah tersebut,” ujarnya.
Sumber: Sinar Harian
Antarabangsa
NATO mulakan latihan nuklear besar-besaran di Eropah Utara
Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
- Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
- Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
- Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
- Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat.
- Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.
Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
Latihan ketenteraan itu dirancang dan disediakan selama lebih dari setahun serta tiada senjata tempur akan digunakan dalam latihan itu, kata NATO sebelum ini.
Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat.
Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.
Perkhidmatan akhbar NATO mengingatkan bahawa pakatan ketenteraan itu sentiasa mengambil langkah untuk memastikan kebolehpercayaan dan keberkesanan pasukan pencegahan nuklear.
Walaupun NATO menganggap latihannya itu dirancang, organisasi anti-perang mengkritik kelakuan mereka dalam konteks ketegangan antarabangsa. – The Merdeka Times