Connect with us

Terkini

KJ pertahan kritikan terhadap kepimpinan UMNO

Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mempertahankan tindakannya mengkritik kepemimpinan UMNO pada kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bertujuan meyakinkan pengundi terhadap parti itu.

Wartawan TMT

Published

on

KJ pertahan kritikan terhadap kepimpinan UMNO
Foto: Khairy Jamaluddin (kiri), Isham Jalil (kanan).
  • Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin  menyifatkan tuduhan dibuat terhadapnya sehingga beliau dipecat daripada UMNO sebagai tidak adil.
  • Menurutnya beliau tidak mahu pengundi hilang harapan terhadap UMNO berikutan di kawasan bandar sokongan terhadap UMNO semakin merosot.
  • “Saya tidak nampak bagaimana mesej positif seumpama itu bertujuan memahamkan orang ramai mengenai UMNO dan memulihkan keyakinan umum kepada kredibiliti parti dianggap satu yang negatif.
  • “Saya tidak merasakan tuduhan yang dikenakan adil sama sekali apabila saya cuba menyatakan UMNO dapat memberikan sesuatu yang lebih baik pada masa depan dan memberitahu saya sebagai generasi baharu parti bakal mengubah dan membuat reformasi kepada UMNO,” katanya.

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mempertahankan tindakannya mengkritik kepemimpinan UMNO pada kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bertujuan meyakinkan pengundi terhadap parti itu.

Sehubungan itu bekas Ahli Parlimen Rembau itu menyifatkan tuduhan dibuat terhadapnya sehingga beliau dipecat daripada UMNO sebagai tidak adil.

Menurutnya beliau tidak mahu pengundi hilang harapan terhadap UMNO berikutan di kawasan bandar sokongan terhadap UMNO semakin merosot.

Katanya, kenyataannya pada kempen pilihan raya itu adalah satu mesej positif yang disampaikan bagi meraih sokongan pengundi dan mengembalikan kredibiliti UMNO.

“Saya tidak nampak bagaimana mesej positif seumpama itu bertujuan memahamkan orang ramai mengenai UMNO dan memulihkan keyakinan umum kepada kredibiliti parti dianggap satu yang negatif.

“Saya tidak merasakan tuduhan yang dikenakan adil sama sekali apabila saya cuba menyatakan UMNO dapat memberikan sesuatu yang lebih baik pada masa depan dan memberitahu saya sebagai generasi baharu parti bakal mengubah dan membuat reformasi kepada UMNO,” katanya dalam temubual ketika bersiar dalam rancangan The Breakfast Grille dikendalikan saluran radio BFM.

Semalam, Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil, berkata Khairy dipecat atas tindakannya mendakwa ‘UMNO sesat’ ketika kempen PRU15 di Sungai Buloh, yang memberi kesan langsung terhadap sokongan pengundi di seluruh negara kepada UMNO.

“Dia tahu dia mungkin boleh menang di (Parlimen) Sungai Buloh dengan strategi ini tetapi ia sedikit sebanyak mengorbankan calon UMNO yang bertanding di tempat lain,” katanya.

Sumber: Berita Harian

 

 

Author

Terkini

‘Edisi Siasat’ disiasat

Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.
  • Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.
  • Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.
  • Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 
  • “Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.
  • “Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 

“Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.

“Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

Beliau bertegas bahawa perbuatan tidak bertanggungjawab itu boleh mengganggu perbicaraan kes bagi menegakkan keadilan terhadap kanak-kanak malang itu serta memberi implikasi kepada semua pihak termasuk pihak pendakwaan, pembelaan dan juga keluarga mangsa.

Mengulas mengenai kenyataan peguam Fahmi Abd Moin yang mendakwa siasatan di bawah Seksyen 302  Kanun Keseksaan masih dijalankan sehingga pelaku sebenar ditahan, beliau berkata siasatan telah selesai selepas pendakwaan terhadap ibu bapa mangsa di mahkamah semalam.

“Seperti yang saya katakan semalam, bahagian kita dalam menyiasat kes itu telah diakhiri dengan pendakwaan ibu bapa Zayn Rayyan.

“Sekiranya ada pendedahan baharu semasa prosiding perbicaraan dan Timbalan Pendakwa Raya mengarahkan kami menyiasat lebih lanjut, kami akan berbuat demikian,” tambahnya.

Mengenai tindakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor yang kini menjaga adik Zayn Rayyan, beliau berkata ia adalah tanggungjawab undang-undang dan moral untuk berbuat demikian. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending