Connect with us

Terkini

“Kita perlu kerjasama rakyat, jadi pengguna yang peka,” – Rafizi Ramli

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menegaskan terpulang kepada pembangkang sekiranya mahu membawa isu kos sara hidup dan inflasi ke Parlimen.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

“Kita perlu kerjasama rakyat, jadi pengguna yang peka,” - Rafizi Ramli
Foto: Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.
  • “Usaha untuk kita menguruskan kenaikan harga barang ini perlu berterusan dan perlu komunikasi dengan rakyat setiap bulan, supaya rakyat tahu bahawa kita sudah mencuba yang terbaik.
  • “Cuma ada perkara yang boleh buat cepat, ada yang ambil masa, yang penting ialah kalau ada tanda-tanda penurunan, rakyat jangan membayar lebih.
  • “Perkara itu yang kita perlu kerjasama dari rakyat, menjadi pengguna yang peka, semoga kita dapat melihat harga yang lebih reflektif yang dibayar pengguna di premis atau restoran makanan,” – Rafizi Ramli

Putrajaya: Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menegaskan terpulang kepada pembangkang sekiranya mahu membawa isu kos sara hidup dan inflasi ke Parlimen.

Beliau secara peribadi menegaskan tidak melihat isu itu sebagai soal politik kerana rakyat sudah cerdik untuk membuat penilaian.

“Sama ada orang kerajaan atau pembangkang hendak bangkitkan, itu soal masing-masing. Ada orang yang bertanya kenapa Kementerian Ekonomi cerita pasal harga barang, selalunya kalau orang cakap pasal kementerian ini cerita projek besar, unjuran 10 tahun dan sebagainya.

“Namun kepada rakyat perkara ekonomi yang paling penting bagi mereka adalah dua perkara saja iaitu harga barang dan juga gaji.

“Ini yang saya kongsi dengan kementerian saya bahawa walaupun kerja ini nampak tidak seksi selalunya orang permainkan tapi ini beri kesan paling besar kepada rakyat.

“Jadi kalau pembangkang memainkan isu inflasi, harga barang, itu terpulang kepada mereka kerana saya yakin rakyat kita cerdik, mereka tahu angka, boleh bandingkan apa yang berlaku setahun dua tahun lalu,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas sekiranya inflasi dan kos sara hidup dijadikan modal pembangkang untuk dibawa ke sidang Parlimen.

Rafizi berkata, kerana itu usaha berterusan dilakukan kerajaan dalam menguruskan kenaikan harga barangan.

“Usaha untuk kita menguruskan kenaikan harga barang ini perlu berterusan dan perlu komunikasi dengan rakyat setiap bulan, supaya rakyat tahu bahawa kita sudah mencuba yang terbaik.

“Cuma ada perkara yang boleh buat cepat, ada yang ambil masa, yang penting ialah kalau ada tanda-tanda penurunan, rakyat jangan membayar lebih.

“Perkara itu yang kita perlu kerjasama dari rakyat, menjadi pengguna yang peka, semoga kita dapat melihat harga yang lebih reflektif yang dibayar pengguna di premis atau restoran makanan,” katanya.

Sumber: Harian Metro

 

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *