Connect with us

Antarabangsa

Kanak-kanak Muslim dibelasah kerana enggan laungkan ‘Jai Shri Ram’ dalam kelas

Susulan enggan melaungkan ungkapan ‘Jai Shri Ram’ di dalam kelas, seorang kanak-kanak Muslim dibelasah teruk oleh jirannya semalam.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Kanak-kanak Muslim dibelasah kerana enggan laungkan ‘Jai Shri Ram’ dalam kelas
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  •  “Selepas pergi ke kelas tuisyennya, anak saya kembali dalam masa tiga puluh minit. Bila pulang, dia kecewa dan sedang menangis teresak-esak, jadi kami tanya tentang apa yang berlaku.” – Bapa mangsa
  • “Selepas beberapa ketika, dia memberitahu kami bahawa seorang jiran menghalangnya dan memintanya melaungkan Jai Shri Ram. Kemudian lelaki itu membelasah anak saya kerana tidak melaungkan ungkapan itu dan tidak melepaskannya sehingga dia melaungkan.”
  • Laporan Maklumat Pertama (FIR) difailkan di bawah Kanun Keseksaan India (IPC) seksyen 295 A (penalti kerana sengaja menyebabkan kecederaan) dan 323 (kelakuan yang sengaja dan berniat jahat untuk menyinggung sensitiviti agama).

KHANDWA, 30 Disember 2022 – Susulan enggan melaungkan ungkapan ‘Jai Shri Ram’ di dalam kelas, seorang kanak-kanak Muslim dibelasah teruk oleh jirannya semalam.

Bapa kanak-kanak lelaki itu berkata, “Selepas pergi ke kelas tuisyennya, anak saya kembali dalam masa tiga puluh minit. Bila pulang, dia kecewa dan sedang menangis teresak-esak, jadi kami tanya tentang apa yang berlaku.”

“Selepas beberapa ketika, dia memberitahu kami bahawa seorang jiran menghalangnya dan memintanya melaungkan Jai Shri Ram. Kemudian lelaki itu membelasah anak saya kerana tidak melaungkan ungkapan itu dan tidak melepaskannya sehingga dia melaungkan.”

Bapa kanak-kanak itu telah melaporkan kejadian tersebut di balai polis Pandhana, dan pada 29 Disember, Laporan Maklumat Pertama (FIR) difailkan di bawah Kanun Keseksaan India (IPC) seksyen 295 A (penalti kerana sengaja menyebabkan kecederaan) dan 323 (kelakuan yang sengaja dan berniat jahat untuk menyinggung sensitiviti agama).

Timbalan penguasa polis daerah itu, Anil Chauham juga memaklumkan pada media, “Kami menerima laporan di balai polis Pandhana bahawa seorang kanak-kanak bawah umur telah dibuli dan disuruh melaungkan Jai Shri Ram oleh Ajay Bhil semasa dia hadir ke kelas. Kami memfailkan FIR mengikut seksyen 295 dan 323 IPC, dan selepas siasatan, tindakan sewajarnya akan dikenakan.”

Susulan itu, bapa kanak-kanak tersebut seterusnya berkata bahawa anaknya berasa takut dengan kejadian itu dan pihak polis harus mengambil tindakan serius terhadap pelakunya.

Sumber: Samudera

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *