Connect with us

Antarabangsa

Jumlah wartawan dibunuh meningkat tahun lalu

Seramai 86 wartawan dan pekerja media mati dibunuh di seluruh dunia pada 2022 – seorang setiap empat hari – meningkat 50 peratus daripada tahun sebelumnya.

Wartawan TMT

Published

on

Jumlah wartawan dibunuh meningkat tahun lalu
Foto: Audrey Azoulay.
  • Seramai 86 wartawan dan pekerja media mati dibunuh di seluruh dunia pada 2022 – seorang setiap empat hari – meningkat 50 peratus daripada tahun sebelumnya.
  • Ketua Pengarah UNESCO, Audrey Azoulay berkata, selepas beberapa tahun penurunan berturut-turut, peningkatan mendadak jumlah wartawan terbunuh pada 2022  itu membimbangkan.
  • “Pihak berkuasa mesti meningkatkan usaha menghentikan jenayah ini dan memastikan pelakunya dihukum kerana sikap acuh tak acuh adalah faktor utama dalam iklim keganasan ini,” tegasnya.
  • “Golongan wartawan diancaman pelbagai bentuk keganasan seperti kehilangan secara paksa, penculikan, penahanan sewenang-wenangnya, gangguan undang-undang dan keganasan digital, khususnya terhadap wartawan wanita.”

GENEVA: Seramai 86 wartawan dan pekerja media mati dibunuh di seluruh dunia pada 2022 – seorang setiap empat hari – meningkat 50 peratus daripada tahun sebelumnya.

UNESCO diberi mandat untuk memastikan kebebasan bersuara dan keselamatan wartawan di seluruh dunia, dan agensi PBB berkata datanya yang dikeluarkan pada Isnin (19 Jan)  menyerlahkan risiko besar dan kelemahan yang dihadapi golongan wartawan dalam kerjaya mereka, lapor Anadolu Agency.

“Angka kematian yang direkodkan UNESCO itu bagaimanapun adalah lebih rendah daripada jumlah sebenar wartawan yang terkorban pada 2022,” ujar kenyataan Press Emblem Campaign yang berpangkalan di Geneva, yang pada 14 Dis 2022 berkata bahawa 115 terbunuh sepanjang tahun lepas, meningkat 45 peratus berbanding tahun sebelumnya – jumlah korban tertinggi sejak 2018.

Ketua Pengarah UNESCO, Audrey Azoulay berkata, seelepas beberapa tahun penurunan berturut-turut, peningkatan mendadak dalam jumlah wartawan yang terbunuh pada 2022  itu membimbangkan.

“Pihak berkuasa mesti meningkatkan usaha mereka untuk menghentikan jenayah ini dan memastikan pelakunya dihukum kerana sikap acuh tak acuh adalah faktor utama dalam iklim keganasan ini,” tegasnya.

“Lonjakan dalam pembunuhan wartawan pada 2022 menandakan pembalikan  dramatik trend positif dalam beberapa tahun kebelakangan ini –  daripada 99 pembunuhan pada 2018, jumlah itu telah menurun kepada purata 58 pembunuhan setahun dari 2019 hingga 2021,” ujar kenyataan Balai Cerap Wartawan Terbunuh UNESCO.

“Angka-angka itu menyerlahkan keretakan yang semakin meningkat dalam sistem kedaulatan undang-undang di seluruh dunia, menunjukkan kegagalan negara memenuhi kewajiban mereka untuk melindungi wartawan, dan mencegah serta mendakwa jenayah terhadap mereka,” tambah kenyataan itu.

Walaupun setiap wilayah terjejas, Amerika Latin dan Caribbean adalah lokasi ‘yang paling maut’ bagi wartawan pada 2022, dengan 44 pembunuhan, lebih separuh daripada jumlah kematian di seluruh dunia.

Asia dan Pasifik mencatatkan 16 pembunuhan, manakala 11 terbunuh di Eropah Timur.

Sementara Mexico merupakan negara nombor satu di dunia yang menyaksikan paling banyak wartawan mati dibunuh – 19 orang, diikuti Ukraine (10) dan Haiti (9) – separuh daripadanya terbunuh di luar tugasan.

Kira-kira separuh daripada wartawan yang terbunuh tidak bertugas apabila disasarkan – semasa dalam perjalanan, di rumah mereka, atau di tempat letak kereta dan tempat awam lain di mana mereka tidak ditugaskan.

Trend ini menunjukkan arah aliran dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan membayangkan tiada ruang selamat untuk wartawan, walaupun pada masa lapang mereka.

Walaupun jumlah wartawan yang terbunuh di negara yang dilanda konflik meningkat kepada 23 orang pada 2022, berbanding 20 orang pada tahun sebelumnya, peningkatan jumlah di peringkat global terutamanya didorong oleh pembunuhan di negara yang tidak berkonflik.

Jumlah ini meningkat hampir dua kali ganda daripada 35 kes pada 2021 kepada 61 pada 2022, mewakili tiga perempat daripada semua pembunuhan tahun lepas.

Faktor wartawan dibunuh atas pelbagai sebab, termasuk tindakan balas kerana melaporkan jenayah terancang, konflik bersenjata, atau kebangkitan ekstremisme dan meliputi subjek sensitif seperti rasuah, jenayah alam sekitar, penyalahgunaan kuasa dan protes.

“Selain mati dibunuh, golongan wartawan berterusan berdepan ancaman dengan pelbagai bentuk keganasan mulai daripada kehilangan secara paksa, penculikan, penahanan sewenang-wenangnya, gangguan undang-undang dan keganasan digital, khususnya terhadap wartawan wanita,” kata UNESCO.

Sumber: Harakahdaily 

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati ke Israel

Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.
  • Serangan itu merupakan serangan terbesar kumpulan itu sejak tercetusnya keganasan antara kedua-dua pihak pada 8 Oktober tahun lalu, sumber Hizbullah memberitahu Al Jazeera Arabic pada Khamis.
  • Media Israel melaporkan serangan roket Hizbullah mencederakan sekurang-kurangnya dua orang dan menyebabkan 15 kebakaran.

Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.

Menurut sumber Hizbullah kepada Al Jazeera Arabic semalam, serangan tersebut merupakan serangan terbesar kumpulan itu sejak tercetusnya keganasan antara kedua-dua pihak pada 8 Oktober tahun lalu.

Media Israel melaporkan serangan roket Hizbullah mencederakan sekurang-kurangnya dua orang selain mengakibatkan 15 kebakaran.

Tentera Israel dalam hantaran di platform X berkata “banyak” serangan yang dilepaskan dapat dipintas namun ada diantaranya penyebab tercetusnya kebakaran.

Dalam satu kenyataan rasmi, Hizbullah berkata operasi itu “untuk menyokong ketabahan rakyat Palestin, keberanian dan penentangan penuh bermaruah mereka di Gaza selain tindak balas terhadap pembunuhan dilakukan Zionis di Jouaiyya.”– The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending