Connect with us

Antarabangsa

Indonesia: Ratusan berarak ke Kedutaan Sweden, kecam tindakan bakar al-Quran

Ratusan umat Islam di Indonesia berarak ke Kedutaan Sweden bagi mengecam insiden pembakaran al-Quran yang dilakukan secara berasingan di Sweden dan Belanda.

Wartawan TMT

Published

on

Indonesia: Ratusan berarak ke Kedutaan Sweden, kecam tindakan bakar al-Quran
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Seramai 300 penunjuk perasaan menyertai perarakan yang dikawal ketat dengan mengibarkan bendera putih dengan tulisan enam rukun iman dibawa sekitar bandar Jakarta.
  • Mereka turut membakar potret aktivis anti-Islam, Rasmus Paludan bersama dengan bendera Sweden, Denmark dan Belanda.
  • Kerajaan Indonesia mengecam sekeras-kerasnya pembakaran al-Quran oleh Paludan dan sudah memanggil Duta Sweden, Marina Berg minggu lalu. – Jurucakap Kementerian Luar Negeri, Teuku Faizasyah
  • “Tindakan yang dilakukan itu menyakiti umat Islam serta mencemarkan toleransi beragama dan kebebasan bersuara mesti dilaksanakan dengan cara bertanggungjawab,” katanya.

JAKARTA: Ratusan umat Islam di Indonesia berarak ke Kedutaan Sweden bagi mengecam insiden pembakaran al-Quran yang dilakukan secara berasingan di Sweden dan Belanda.

Seramai 300 penunjuk perasaan menyertai perarakan yang dikawal ketat itu dengan mengibarkan bendera putih dengan tulisan enam rukun iman dibawa sekitar bandar Jakarta.

Mereka turut membakar potret aktivis anti-Islam, Rasmus Paludan bersama dengan bendera Sweden, Denmark dan Belanda.

Seramai 200 polis dan tentera dikerahkan berada di sekitar bangunan terbabit selain melakukan sekatan di sepanjang jalan menuju ke kedutaan serta memasang kawat duri.

Awal bulan ini, Paludan mendapat kebenaran daripada pihak polis untuk mengadakan protes di luar Kedutaan Turkiye di Stockholm, bagaimanapun pada Sabtu lalu dia melakukan tindakan membakar al-Quran.

Beberapa hari kemudian, pemimpin Belanda, Edwin Wagensveld mengoyakkan halaman al-Quran di hadapan Parlimen Belanda sebelum memijaknya.

Tindakan yang dilakukan oleh dua individu itu ternyata menimbulkan kemarahan jutaan umat Islam di seluruh dunia sehingga mencetuskan protes, termasuk negara Islam Indonesia yang mempunyai penduduk paling ramai di dunia.

Jurucakap Kementerian Luar Negeri, Teuku Faizasyah berkata kerajaan Indonesia mengecam sekeras-kerasnya pembakaran al-Quran oleh Paludan dan sudah memanggil Duta Sweden, Marina Berg minggu lalu.

“Tindakan yang dilakukan itu menyakiti umat Islam serta mencemarkan toleransi beragama,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan Ahad lalu.

“Kebebasan bersuara mesti dilaksanakan dengan cara yang bertanggungjawab,” katanya. – AP

Sumber: Berita Harian

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati ke Israel

Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.
  • Serangan itu merupakan serangan terbesar kumpulan itu sejak tercetusnya keganasan antara kedua-dua pihak pada 8 Oktober tahun lalu, sumber Hizbullah memberitahu Al Jazeera Arabic pada Khamis.
  • Media Israel melaporkan serangan roket Hizbullah mencederakan sekurang-kurangnya dua orang dan menyebabkan 15 kebakaran.

Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.

Menurut sumber Hizbullah kepada Al Jazeera Arabic semalam, serangan tersebut merupakan serangan terbesar kumpulan itu sejak tercetusnya keganasan antara kedua-dua pihak pada 8 Oktober tahun lalu.

Media Israel melaporkan serangan roket Hizbullah mencederakan sekurang-kurangnya dua orang selain mengakibatkan 15 kebakaran.

Tentera Israel dalam hantaran di platform X berkata “banyak” serangan yang dilepaskan dapat dipintas namun ada diantaranya penyebab tercetusnya kebakaran.

Dalam satu kenyataan rasmi, Hizbullah berkata operasi itu “untuk menyokong ketabahan rakyat Palestin, keberanian dan penentangan penuh bermaruah mereka di Gaza selain tindak balas terhadap pembunuhan dilakukan Zionis di Jouaiyya.”– The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending