Connect with us

Antarabangsa

Ibu bapa berang buku pedofilia di rak perpustakaan sekolah

Ibu bapa berang apabila buku yang didakwa mengandungi unsur pedofilia diletakkan untuk bacaan murid-murid di sekolah.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Ibu bapa berang buku pedofilia di rak perpustakaan sekolah
Foto: Novel berjudul 'Lawn Boy' karya Jonathan Evison.
  • Ibu bapa berang apabila buku yang didakwa mengandungi unsur pedofilia diletakkan untuk bacaan murid-murid di sekolah.
  • Ia diutarakan seorang ibu dari Virginia yang memberitahu perkara itu dalam mesyuarat lembaga sekolah anaknya.
  • Menurutnya, novel berjudul ‘Lawn Boy’ menggambarkan pertemuan seksual antara seorang lelaki dan seorang budak lelaki berusia 10 tahun.
  • Pengarangnya, Jonathan Evison mempertahankan novel dikeluarkan pada 2018 itu yang bukan untuk bacaan kanak-kanak.

AMERIKA SYARIKAT – Ibu bapa berang apabila buku yang didakwa mengandungi unsur pedofilia diletakkan untuk bacaan murid-murid di sekolah.

Kira-kira 12 buah sekolah mengharamkan buku kontroversi itu susulan penemuan pada halaman novel yang didakwa mengandungi maksud minat seks terhadap kanak-kanak belum baligh.

Ia diutarakan seorang ibu dari Virginia yang memberitahu perkara itu dalam mesyuarat lembaga sekolah anaknya.

Menurutnya, novel berjudul ‘Lawn Boy’ menggambarkan pertemuan seksual antara seorang lelaki dan seorang budak lelaki berusia 10 tahun.

Ramai ibu bapa turut terkejut dengan kandungan buku itu.

Bagaimanapun pengarangnya, Jonathan Evison mempertahankan novel itu yang dikeluarkan pada tahun 2018.

Katanya, karya itu tidak ditujukan untuk bacaan kanak-kanak kecil.

Pada masa sama, Evison juga memaklumkan kepada The Washington Post novel itu tidak pernah dimaksudkan untuk diletakkan di perpustakaan sekolah. 

Sumber: Daily Mail

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *