Connect with us

Antarabangsa

Guna model lelaki jual pakaian dalam wanita dalam talian

Perniagaan dalam talian di China dilaporkan menggunakan model lelaki untuk menjual pakaian dalam wanita bagi mengeksploitasi kelemahan undang-undang yang terdapat di negara itu.

Wartawan TMT

Published

on

Guna model lelaki jual pakaian dalam wanita dalam talian
Foto: Model lelaki memperagakan pakaian dalam wanita ketika jualan atas talian menerusi penstriman secara langsung.
  • Perniagaan dalam talian di China  menggunakan model lelaki untuk menjual pakaian dalam wanita bagi mengeksploitasi kelemahan undang-undang di negara itu.
  • Lapor Oddity Central, perdagangan menggunakan penstriman secara langsung sangat popular di China  terutama melibatkan perniagaan alat solek, pakaian dan produk makanan yang bergantung kepada model untuk meningkatkan hasil jualan mereka dengan ketara.
  • Perdagangan penstriman secara langsung beralih kepada model lelaki  kurus untuk mengenakan pakaian dalam wanita bagi mengelak sebarang pelanggaran undang-undang.
  • Terdapat warga net mengeluh dan meminta perniagaan itu supaya berhenti guna taktik itu bagi mengelakkan kesan yang lebih serius jika trend pelik itu mula merebak.

BEIJING: Perniagaan dalam talian di China dilaporkan menggunakan model lelaki untuk menjual pakaian dalam wanita bagi mengeksploitasi kelemahan undang-undang yang terdapat di negara itu.

Lapor Oddity Central, perdagangan menggunakan penstriman secara langsung sangat popular di China  terutama melibatkan perniagaan alat solek, pakaian dan produk makanan yang bergantung kepada model untuk meningkatkan hasil jualan mereka dengan ketara.

Walau bagaimanapun, beberapa tahun yang lalu, pihak berkuasa China mula membanteras industri penstriman secara langsung dengan mengenakan siri peraturan dan garis panduan yang ketat serta mengharamkan saluran yang melanggarnya.

Video mukbang dari Korea Selatan diharamkan kerana mempromosikan sisa makanan begitu juga dengan wanita yang memakai pakaian dalam ketika sesi jualan secara langsung berisiko didakwa menyebarkan maklumat lucah.

Menurut akaun Twitter popular @xiaojingcangxue, beberapa saluran perdagangan penstriman secara langsung kini beralih kepada model lelaki yang kurus untuk mengenakan pakaian dalam wanita bagi mengelak daripada sebarang pelanggaran undang-undang.

Siaran itu yang tular awal bulan ini turut memaparkan gambar dua model lelaki memakai pakaian dalam wanita yang agak seksi. 

Siaran itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna Twitter dan ramai yang bergurau mengenai perkara itu yang dirasakan agak lucu.

Tetapi terdapat juga warga net yang mengeluh dan meminta perniagaan itu supaya berhenti menggunakan taktik sedemikian untuk mengelakkan kesan yang lebih serius jika trend pelik itu mula merebak.

Sumber: Utusan Malaysia

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending