Terkini
Gesaan Jiao Zong hanya lemahkan penguasaan BM murid bukan Melayu
Dakwaan Jiao Zong kononnya penggunaan bank soalan yang sama untuk subjek Bahasa Melayu bagi semua aliran sekolah tidak sesuai, semakin melampau.
- Tuntutan pertubuhan Cina itu hanya menyebabkan murid bukan Melayu kekal lemah dalam penguasaan Bahasa Melayu (BM). – Presiden Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia (PPPPPM), Datuk Abdul Raouf Husin
- “KPM jangan tunduk permintaan bezakan soalan terutama subjek BM, kelak hanya menyebabkan murid di SJK kekal tidak fasih bahasa kebangsaan.
- “Lebih malang, akan melebarkan jurang dan membantutkan usaha memupuk perpaduan di peringkat persekolahan.
- “Walaupun waktu subjek BM di SK dan SRJK tidak sama, Jiao Zong tidak boleh ambil kesempatan. Mereka harus perlu perkasakan Bahasa Melayu di SJK,”
- “Permintaan Jiao Zong sangat tidak munasabah seolah-olah merajakan murid di SJK sehingga akhirnya tidak tahu berbahasa kebangsaan,” katanya.
BANGI, 19 Jamadilakhir 1444H, Khamis – Dakwaan Jiao Zong kononnya penggunaan bank soalan yang sama untuk subjek Bahasa Melayu bagi semua aliran sekolah tidak sesuai, semakin melampau.
Terdahulu, Pengerusi Jiao Zong, Cheah Lek Aee dilaporkan berkata, jumlah masa pengajaran Bahasa Melayu (BM) adalah berlainan antara sekolah rendah jenis kebangsaan (SRJK) dan sekolah kebangsaan (SK) dan bahasa itu juga merupakan bahasa ibunda murid Melayu.
Beliau berkata, penggunaan soalan dari bank soalan yang sama untuk Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) bagi semua aliran sekolah adalah bertentangan dengan prinsip pendidikan.
Justeru, Lek Aee meminta Kementerian Pendidikan (KPM) memperbetulkan dasar berkenaan kerana waktu pelajaran subjek BM adalah tidak sama antara SRJK dan SK tidak kira pada tahap pertama (darjah satu hingga tiga) atau tahap kedua (darjah empat hingga lima).
Bagi Presiden Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia (PPPPPM), Datuk Abdul Raouf Husin, tuntutan pertubuhan Cina itu hanya menyebabkan murid bukan Melayu kekal lemah dalam penguasaan bahasa Melayu.
Atas sebab itu, KPM perlu teguh mengekalkan dasar satu kurikulum untuk semua subjek khususnya yang berunsur pembentukan negara bangsa.
“KPM jangan tunduk permintaan membezakan soalan terutama subjek BM, kelak hanya menyebabkan murid di SJK kekal tidak fasih bahasa kebangsaan.
“Lebih malang, ia akan melebarkan jurang dan membantutkan usaha memupuk perpaduan di peringkat persekolahan.
“Walaupun waktu subjek BM di SK dan SRJK tidak sama, Jiao Zong tidak boleh ambil kesempatan. Mereka harus perlu perkasakan bahasa Melayu di SJK,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.
Mengulas lanjut, Abd Raouf menasihatkan Jiao Zong supaya bersikap akur kerana ini adalah ketetapan kerajaan dan bukannya boleh dipinda sesuka hati untuk kepentingan diri.
“Permintaan Jiao Zong sangat tidak munasabah seolah-olah merajakan murid di SJK sehingga akhirnya tidak tahu berbahasa kebangsaan,” katanya.
Abdul Raouf berkata, dasar KPM untuk proses pendidikan negara turut merangkumi usaha menyatupadukan rakyat berbilang kaum, dan agama melalui penggunaan bahasa Melayu yang betul.
Sumber: Ismaweb
Terkini
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
- Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
- Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
- Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
- “Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
- “Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
- Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
- Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
“Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
“Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
Beliau turut memuat naik tangkap layar liputan Harian Metro bertajuk “Bukan tentera China tetapi penuntut dan pensyarah – Fadhlina” dalam hantaran Facebook itu.
Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.
Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia-China disambut pada 31 Mei 2024, manakala sambutan kejayaan revolusi Komunis China di sambut pada 1 Oktober 2024.
“Apakah lawatan ini dibuat sempena sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia dan China atau sempena sambutan revolusi Komunis China sekaligus meraikan penubuhan RRC?,” katanya.
Beliau menyifatkan sambutan luar biasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pihak terbabit sebagai tidak sensitif.
“Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Swasta Chung Ling membuat sambutan besar-besaran menerima kunjungan kadet dan kelasi kapal Qi Jiguang dan Jinggang Shan ini adalah bukti kecuaian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak sensitif terhadap situasi integriti kedaulatan maritim dan tuntutan bertindih yang dibuat oleh RRC di Luconia Shoals atau gugusan Beting Patinggi Ali (BPA) yang terletak 84 batu nautika dari pesisir pantai Sarawak,” katanya. – The Merdeka Times
-
Terkini4 days ago
Hapuskan tunggakan cukai, denda UTAR: Tindakan PM betul, malah tidak cukup – Apek Cina
-
Terkini3 days ago
Netizen Cina minta kaedah pendidikan Cina, SMPC disemak semula
-
Terkini2 days ago
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina
-
Antarabangsa3 days ago
Turkiye sekat akses Discord