Terkini
Elak ambil minuman beralkohol – CAP
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa pengguna termasuk mereka yang akan menyambut Tahun Baharu Cina mengelak daripada mengambil minuman alkohol memandangkan bahaya kesihatan yang dikaitkan dengan minuman jenis itu.
- Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Mohideen Abdul Kader berkata, bagi pengguna yang menyambut Tahun Baharu Cina, mereka dinasihatkan tidak menghidangkan minuman beralkohol sepanjang perayaan itu.
- ”Sebagai alternatif, minuman bukan alkohol boleh dihidangkan pada majlis makan malam sempena Tahun Baharu Cina.
- ”Ini adalah selaras kenyataan WHO yang menyatakan tiada jumlah alkohol selamat diminum, malah pengambilan alkohol dikaitkan dengan risiko kanser dan bahaya kesihatan lain.”
- ”Alkohol juga menyebabkan bahaya kepada perkembangan janin, morbiditi psikiatri termasuk kemurungan, kebimbangan dan bunuh diri,” katanya.
GEORGE TOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa pengguna termasuk mereka yang akan menyambut Tahun Baharu Cina mengelak daripada mengambil minuman alkohol memandangkan bahaya kesihatan yang dikaitkan dengan minuman jenis itu.
Presiden CAP, Mohideen Abdul Kader berkata, bagi pengguna yang menyambut Tahun Baharu Cina, mereka dinasihatkan tidak menghidangkan minuman beralkohol sepanjang perayaan itu.
”Sebagai alternatif, minuman bukan alkohol boleh dihidangkan pada majlis makan malam sempena Tahun Baharu Cina.
”Ini adalah selaras dengan kenyataan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menyatakan tiada jumlah alkohol yang selamat diminum, malah pengambilan alkohol dikaitkan dengan risiko kanser dan bahaya kesihatan lain,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Mohideen berkata, WHO menyatakan alkohol adalah bahan toksik yang biasanya dikaitkan dengan tujuh jenis kanser termasuk esofagus,hati, kolorektal, dan kanser payudara.
”Di samping kanser, pengambilan jumlah alkohol yang tinggi mungkin meningkatkan risiko penyakit tidak berjangkit seperti penyakit jantung koronari dan kecederaan yang disengajakan.
”Alkohol juga menyebabkan bahaya kepada perkembangan janin, morbiditi psikiatri termasuk kemurungan, kebimbangan dan bunuh diri,” katanya.
Tambahnya, menurut kenyataan WHO yang diterbitkan dalam The Lancet Public Health, pengambilan alkohol dikaitkan dengan 740,000 kes kanser baharu setiap tahun di seluruh dunia.
”Pasukan WHO menyatakan beberapa kajian yang menyarankan pengambilan sedikit alkohol boleh memberikan kesan perlindungan tetapi tiada bukti terhadap dakwaan itu,” katanya.
Dalam pada itu, tambah beliau, Confederation of Malaysia Brewers menganggarkan terdapat lebih tiga juta penduduk yang mengambil minuman alkohol di negara ini.
”Bagi mereka yang mengambil minuman keras, bir adalah minuman yang paling popular di Malaysia dengan 76 peratus daripada jumlah pengambilan, manakala bagi jenis ‘spirits’ pula ialah 22 peratus dan wain hanya dua peratus.
”Memandangkan bahaya kesihatan yang dikaitkan dengan alkohol, CAP menggesa pengguna untuk mengelak daripada mengambil minuman beralkohol,” katanya.
Sumber: Utusan Malaysia
Terkini
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
- Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
- Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
- Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
- “Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
- “Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
- Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
- Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
“Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
“Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
Beliau turut memuat naik tangkap layar liputan Harian Metro bertajuk “Bukan tentera China tetapi penuntut dan pensyarah – Fadhlina” dalam hantaran Facebook itu.
Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.
Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia-China disambut pada 31 Mei 2024, manakala sambutan kejayaan revolusi Komunis China di sambut pada 1 Oktober 2024.
“Apakah lawatan ini dibuat sempena sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia dan China atau sempena sambutan revolusi Komunis China sekaligus meraikan penubuhan RRC?,” katanya.
Beliau menyifatkan sambutan luar biasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pihak terbabit sebagai tidak sensitif.
“Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Swasta Chung Ling membuat sambutan besar-besaran menerima kunjungan kadet dan kelasi kapal Qi Jiguang dan Jinggang Shan ini adalah bukti kecuaian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak sensitif terhadap situasi integriti kedaulatan maritim dan tuntutan bertindih yang dibuat oleh RRC di Luconia Shoals atau gugusan Beting Patinggi Ali (BPA) yang terletak 84 batu nautika dari pesisir pantai Sarawak,” katanya. – The Merdeka Times
-
Terkini3 days ago
PM hapuskan RM83 juta tunggakan cukai, denda UTAR – Laporan
-
Terkini2 days ago
Hapuskan tunggakan cukai, denda UTAR: Tindakan PM betul, malah tidak cukup – Apek Cina
-
Terkini2 days ago
Netizen Cina minta kaedah pendidikan Cina, SMPC disemak semula
-
Terkini1 day ago
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina