Connect with us

Terkini

Ekonomi suami tidak kukuh, faktor utama mahkamah tolak permohonan poligami – peguam

Ekonomi suami tidak kukuh secara konsisten menjadi antara faktor tertinggi menyebabkan Mahkamah Syariah menolak permohonan poligami dari tahun 2009 sehingga kini.

Hidayah Sani

Published

on

ekonomi-suami-tidak-kukuh-faktor-utama-mahkamah-tolak-permohonan-poligami-peguam
Foto: Exco Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM), Muhammad Amirul Ashraf A Ghani
  • Ekonomi suami tidak kukuh secara konsisten menjadi antara faktor tertinggi menyebabkan Mahkamah Syariah menolak permohonan poligami dari tahun 2009 sehingga kini.
  • Exco Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM), Muhammad Amirul Ashraf A Ghani berkata, sekiranya perkahwinan, isteri dan anak-anak sedia ada pun tunggang-langgang nafkahnya bagaimana kita nak menambah komitmen iaitu isteri baharu.

 

KUALA LUMPUR – Ekonomi suami tidak kukuh secara konsisten menjadi antara faktor tertinggi menyebabkan Mahkamah Syariah menolak permohonan poligami dari tahun 2009 sehingga kini.

Exco Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM), Muhammad Amirul Ashraf A Ghani berkata, sekiranya perkahwinan, isteri dan anak-anak sedia ada pun tunggang-langgang nafkahnya bagaimana kita nak menambah komitmen iaitu isteri baharu.

Tambahnya, dalam mana-mana cadangan perkahwinan ini pangkal pokok adalah adakah kita bersedia menunaikan tanggungjawab kita untuk menafkahi.

Menurutnya, mengikut Seksyen 23 seorang suami perlu menyatakan alasan-alasan perkahwinan yang dicadangkan sama ada ia satu perkahwinan yang patut atau perlu.

“Kemudian, perlu dinyatakan kepada mahkamah pendapatan semasa pemohon kalau kata 2023 mohon nak poligami ini,  kenalah bagi statement buktikan kepada mahkamah mampu dari segi aspek kewangan.

“Yang ketiga perlu nyatakan butir-butir komitmen sebab kita nak tambah satu komitmen baru, isteri-isteri sedia ada anak-anak pun sedia ada kemudian nak tambah seorang lagi jadi mahkamah perlu menilai sebelum nak putuskan ataupun memberi kebenaran kena melihat kepada apa komitmen ditanggung.

“Dan seterusnya adalah kewajipan tanggungan kewangan siapa yang suami bayar setiap bulan. Anak isteri berapa dia bayar setiap bulan allocation  maintenance bagi setiap anak-anak dan isteri ketika itu.

“Yang seterusnya adalah kena nyatakan kepada mahkamah bilangan tanggungan, dia tak boleh disorok-sorok be clear, jelaskan kepada mahkamah secara transparent,” katanya ketika menjadi panelis Program Di Sebalik Isu Bersama FY yang dikendalikan Finaz Yunus, pada Jumaat terbitan Sinar Harian.

Program itu yang membincangkan topik ‘Mengapa ramai pilih nikah di Thailand?’ turut menampilkan Pendaftar Nikah Cerai Rujuk JAIS, Suhaimi Ahmad Wakid.

Mengulas lanjut, Amirul berkata bahawa sewaktu permohonan didengar di mahkamah akan berlakunya siasatan di mana ia memerlukan sedikit masa melainkan perkahwinan dicadangkan itu dipersetujui isteri ataupun isteri-isteri sedia ada. 

Katanya, sekiranya mendapat persetujuan itu maka permohonan perkahwinan itu akan menjadi lebih cepat dan mudah namun mahkamah tetap menjalankan siasatan berikutan ingin mengelakkan berlaku sebarang kemudaratan.

Ujarnya, perkahwinan yang dicadangkan jika mendatangkan kemudharatan maka ia boleh jatuh hukum haram.

“Kemudian isteri ini, selain disebut dalam Seksyen 23, izin atau pandangan jadi atas dua perkara tersebut mahkamah akan pertimbangkan isteri ada hak untuk bersuara dalam perkahwinan dicadangkan.

“Jadi itulah proses-proses siasatan yang mana apabila mengikuti prosedur itu sedikit sebanyak mengambil masa.

“Melainkan seperti saya cakap tadi kalau kata dia sudah bersedia lebih awal berbincang dengan isteri sedia ada berbincang dengan keluarga bakal isteri, wali dan bakal isteri sedia ada perkahwinan yang dicadangkan itu mungkin akan dapat kebenarannya dengan cepat,” katanya. – The Merdeka Times

 

Author

Antarabangsa

NATO mulakan latihan nuklear besar-besaran di Eropah Utara

Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
  • Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
  • Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
  • Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat. 
  • Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.

Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.

Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.

Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.

Latihan ketenteraan itu dirancang dan disediakan selama lebih dari setahun serta tiada senjata tempur akan digunakan dalam latihan itu, kata NATO sebelum ini.

Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat. 

Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.

Perkhidmatan akhbar NATO mengingatkan bahawa pakatan ketenteraan itu sentiasa mengambil langkah untuk memastikan kebolehpercayaan dan keberkesanan pasukan pencegahan nuklear. 

Walaupun NATO menganggap latihannya itu dirancang, organisasi anti-perang mengkritik kelakuan mereka dalam konteks ketegangan antarabangsa. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending