Antarabangsa
Dry January: Ramai akui hidup lebih sempurna tanpa arak
Di Barat, bulan Januari akan disambut dengan Dry January iaitu satu cabaran menahan diri dari meminum arak selama sebulan.
- Dry January ialah cabaran 31 hari menahan diri dari meminum arak setiap awal tahun di Barat, bertujuan mengatasi tabiat minuman beralkohol dan mula dilaksanakan pada 2013.
- Ramai individu yang menyertai cabaran itu mengakui hidup mereka jauh lebih berkualiti tanpa arak.
- “Satu bulan, kemudian dua bulan, dan tanpa saya sedar setahun penuh telah berlalu.” – Steven Grocock, 35.
- “Sejujurnya, ia lebih mudah apabila anda sudah terbiasa dengannya kerana anda tidak memerlukan (alkohol) untuk berseronok lagi.” – Freya Fox.
- “Saya fikir alkohol sebenarnya boleh menghalang anda daripada menikmati masa yang indah.” – Martyn Butler, 68.
- “Saya fikir tidak salah untuk mengatakan bahawa saya dan ramai rakan saya mendapati bahawa minum arak sahaja menyumbang kepada kesihatan mental yang lemah dan kesedihan secara keseluruhan,” – Josh McGiff, 22.
Di Barat, bulan Januari akan disambut dengan Dry January iaitu satu cabaran menahan diri dari meminum arak selama sebulan.
Cabaran itu merupakan satu bentuk resolusi tahun baharu sebagai permulaan mengatasi tabiat minuman beralkohol dan mula dilaksanakan secara rasmi pada 2013.
Pink News melaporkan ramai individu yang menyertai cabaran itu mengakui hidup mereka jauh lebih berkualiti tanpa arak.
Steven Grocock, 35, berhenti minum pada 1 Januari 2021 selepas setahun bergelumang dengan tabiat itu ketika pandemik, di mana dia kebiasaannya akan minum beberapa botol bir setiap malam.
“Saya memutuskan untuk kesihatan saya sendiri dan hanya untuk membuktikan kepada diri sendiri bahawa tempoh tidak minum selama beberapa minggu boleh dicapai,” katanya.
“Satu bulan, kemudian dua bulan, dan tanpa saya sedar setahun penuh telah berlalu,” katanya.
Kehidupan tanpa arak menjadi pengalaman positif bagi Steven, walaupun terdapat beberapa cabaran.
“Saya merindui keyakinan palsu yang alkohol berikan ketika saya keluar malam tetapi kebimbangan dan ketakutan bir pada hari berikutnya tidak dirindui.”
Bagi Freya Fox pula, dia hampir sepenuhnya berhenti minum pada usia 25 tahun.
Dia menasihatkan mereka yang menyertai Dry January agar mencari minuman baru tanpa alkohol yang boleh mereka miliki supaya mereka masih berseronok bersama rakan-rakan.
Dia memberi jaminan, “sejujurnya, ia lebih mudah apabila anda sudah terbiasa dengannya kerana anda tidak memerlukan (alkohol) untuk berseronok lagi.”
Freya mengakui yang menjadi bebas alkohol bermakna perlu ‘bersedia untuk kehilangan kawan jika satu-satunya persamaan anda dengan mereka ialah minum arak’, namun ia pengalaman yang sangat positif baginya.
Berikutan bebas alkohol, dia berasa lebih bertenaga dan lebih sihat. Kini, Freya hanya minum arak ketika majlis istimewa yang sangat jarang berlaku, itupun dia mengehadkan segelas sahaja.
Martyn Butler, 68, menjadi seorang yang hampir sempurna dalam kebanyakan kehidupan dewasanya selepas satu pengalaman buruk pada awal dewasa yang mematikannya keinginan araknya untuk selama-lamanya.
“Saya sedang berjalan pulang ke lorong. Sedang mabuk, agak gembira, agak riang, dan berjalan lalu menghentam dinding bata,” kata Martyn mengenang peristiwa itu.
“Dan saya rasa itulah saat apabila saya memutuskan yang alkohol benar-benar dadah yang tidak berguna. Dan ia menyebabkan saya berhenti untuk masa yang lama selepas itu, saya mula benar-benar perasan bahawa ramai orang lain juga tidak berseronok dengan alkohol.
“Saya fikir alkohol sebenarnya boleh menghalang anda daripada menikmati masa yang indah.
“Jika anda menikmati minuman alkohol, bersederhana adalah cara terbaik sehingga anda belajar bagaimana untuk bersenang-senang tanpa minuman itu,” katanya.
Berlainan pula bagi Josh McGiff, 22, yang berhenti minum arak selama lapan bulan kerana sedang mengambil ubat baru bagi merawat masalah jerawat yang teruk.
Menurut doktor, dia berisiko merosakkan hatinya jika dia minum alkohol ketika mengambil ubat itu.
Ini berlaku semasa pandemik, yang menyebabkan ramai orang tidak dapat berbuat apa-apa selain minum di rumah.
“Saya fikir tidak salah untuk mengatakan bahawa saya dan ramai rakan saya mendapati bahawa minum arak sahaja menyumbang kepada kesihatan mental yang lemah dan kesedihan secara keseluruhan,” kata Josh.
Nasihatnya, gunakan cabaran Dry January sebagai ujian untuk merasai ‘manfaat kesihatan dan keyakinan’ yang muncul akibat berhenti minum alkohol.
“Januari cenderung menjadi tempoh yang tenang sepanjang tahun dengan kurang acara sosial, oleh itu ia boleh menjadi masa terbaik dalam setahun untuk cuba rehat dari tabiat sedemikian. Ia cuma sebulan,” katanya.
Sumber: Pink News
Antarabangsa
Iran keluarkan ‘amaran rahsia’ kepada sekutu AS – WSJ
Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
- Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
- Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.
- Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.
- Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.
- Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.
Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.
Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.
Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.
Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.
Pegawai beberapa negara yang menempatkan tentera AS memberitahu WSJ bahawa negara mereka telah memaklumkan kepada pentadbiran Presiden AS, Joe Biden bahawa mereka tidak mahu infrastruktur ketenteraan atau ruang udara mereka digunakan untuk sebarang operasi ofensif terhadap Iran.
Dalam laporan berasingan pada Khamis, Reuters memetik tiga sumber yang menyatakan Arab Saudi, Qatar dan UAE semuanya memberitahu Washington bahawa mereka tidak akan membenarkan jet Israel menggunakan ruang udara mereka untuk melakukan serangan.
Pegawai pertahanan AS mengakui beberapa rakan serantau menyuarakan kebimbangan mereka kepada Pentagon, tetapi permintaan itu “masih tidak rasmi,” lapor WSJ. – The Merdeka Times
-
Terkini3 days ago
PM hapuskan RM83 juta tunggakan cukai, denda UTAR – Laporan
-
Terkini2 days ago
Hapuskan tunggakan cukai, denda UTAR: Tindakan PM betul, malah tidak cukup – Apek Cina
-
Terkini2 days ago
Netizen Cina minta kaedah pendidikan Cina, SMPC disemak semula
-
Terkini1 day ago
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina