Terkini
‘Coklat’ sebenarnya untuk ‘big boss’ – Peguam bela Guan Eng
Peguam bela Gobind Singh Deo mendakwa wang RM2 juta dengan kod nama ‘coklat’ disediakan untuk ‘big boss’ yang merujuk kepada perdana..
- Peguam bela Gobind Singh Deo mendakwa wang RM2 juta dengan kod nama ‘coklat’ disediakan untuk ‘big boss’ yang merujuk kepada perdana menteri ketika itu menggunakan orang tengah pada 2017, dan bukan bertujuan diberi kepada anak guamnya, Lim Guan Eng.
- Gobind berkata, ia berdasarkan perbualan WhatsApp antara Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli dan G Gnanaraja, yang dikatakan menjadi orang tengah membuat pembayaran berkenaan pada 17 Ogos 2017.
- Pegawai Penyiasat Jabatan Forensik SPRM, Wan Mohd Firdaus Wan Yusof bersetuju dengan cadangan Gobind bahawa dalam perbualan itu ada dinyatakan ‘coklat’ adalah untuk ‘big boss’ (bos besar).
- Namun, apabila dicadang sama ada boleh menyatakan yang ia merujuk kepada perdana menteri ketika itu, saksi terbabit menjawab: “Tidak”.
KUALA LUMPUR: Peguam bela Gobind Singh Deo mendakwa wang RM2 juta dengan kod nama ‘coklat’ disediakan untuk ‘big boss’ yang merujuk kepada perdana menteri ketika itu menggunakan orang tengah pada 2017, dan bukan bertujuan diberi kepada anak guamnya, Lim Guan Eng.
Gobind berkata, ia berdasarkan perbualan WhatsApp pada 17 Ogos 2017 antara Pengarah Consortium Zenith Construction Sdn Bhd (CZCSB), Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli dan ahli perniagaan, G Gnanaraja, yang dikatakan menjadi orang tengah membuat pembayaran berkenaan.
Peguam itu menyoal balas Pegawai Penyiasat Jabatan Forensik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Wan Mohd Firdaus Wan Yusof, dengan merujuk perbualan WhatsApp terkandung dalam laporan forensik pada perbicaraan kes rasuah dihadapi Guan Eng.
Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang berdepan empat pertuduhan rasuah membabitkan pembinaan terowong dasar laut dan projek pembinaan jalan utama di negeri itu bernilai RM6.3 bilion.
Wan Mohd Firdaus bersetuju dengan cadangan Gobind bahawa dalam perbualan itu ada dinyatakan ‘coklat’ adalah untuk ‘big boss’ (bos besar).
Bagaimanapun, apabila dicadang sama ada boleh menyatakan yang ia merujuk kepada perdana menteri ketika itu, saksi terbabit menjawab: “Tidak”. Gobind seterusnya merujuk saksi kepada perbualan WhatsApp pada 23 Julai 2017 yang berkisar mengenai sambutan hari jadi seseorang dikenali sebagai ‘big boss’ dan berkaitan sebuah kediaman di Taman Duta yang mana saksi bersetuju perkara itu ada dalam perbualan berkenaan.
Gobind menyatakan ia adalah jelas ‘big boss’ tidak merujuk kepada anak guamnya kerana Guan Eng bukan tinggal di Taman Duta dan tidak dilahirkan pada 23 Julai.
Bagaimanapun, ketika diperiksa semula oleh Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin, Wan Mohd Firdaus berkata, perbualan WhatsApp itu tidak pernah menyatakan wang tidak dibayar kepada Guan Eng.
Ditanya sama ada laporan forensik mengandungi perbualan WhatsApp itu menyatakan wang dibayar kepada orang lain selain Guan Eng, saksi itu menjawab: “Tidak”.
Wan Shaharuddin: Adakah dalam laporan perbualan itu langsung tidak menyebut perkataan CM (ketua menteri) Lim Guan Eng? Wan Mohd Firdaus: Perbualan oleh Gnanaraja bertarikh 17 Ogos 2017 pada 6.14 petang menyatakan ‘Penang CM’, manakala daripada Datuk Zarul (jam) 5.15 petang menyatakan ‘stay in Penang Sir, CM postponed my meeting with him, 7 petang’.
Wan Shaharuddin: Ada atau tidak laporan menyatakan ia dibayar kepada orang lain?
Gobind: Ini tidak betul, ada disebut di situ ‘big boss’. ‘Big boss’ adalah PM. Hakim Azura
Alwi: Itu adalah pembelaan kamu. Wan Shaharuddin: Ada atau tidak wang RM2 juta tidak dibayar kepada Guan Eng?
Wan Ahmad Firdaus: Tidak.
Sementara itu, dalam hujahan bagi permohonan penzahiran dokumen laporan forensik itu, Gobind berkata, bukti yang diterima pembelaan ialah Gnanaraja menerima wang RM2 juta daripada Zarul dan pendakwaan bergantung kepada perbualan WhatsApp berkenaan.
“Mengapa dokumen ini tidak diberi kepada kami, siapa big boss?”, katanya.
Azura kemudian mengarahkan pihak pembelaan memfailkan permohonan bagi dibekalkan dokumen laporan forensik itu yang ditetapkan bagi pendengaran pada 15 Februari ini.
Guan Eng, 61, berdepan pertuduhan pindaan menggunakan kedudukan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang untuk menerima rasuah RM3.3 juta dalam membantu syarikat milik Zarul Ahmad mendapatkan projek pembinaan bernilai RM6,341,383,702 di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Tingkat 28, Komtar, George Town antara Januari 2011 hingga Ogos 2017.
Bagi pertuduhan pindaan kedua, beliau didakwa meminta suapan daripada Zarul Ahmad sebanyak 10 peratus daripada keuntungan diperoleh syarikat itu, sebagai penghargaan mendapatkan projek tersebut dan dituduh melakukan perbuatan itu berhampiran The Garden Hotels, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City di sini pada Mac 2011.
Guan Eng yang juga bekas Setiausaha Agung DAP, turut berdepan dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah bernilai RM208.8 juta milik kerajaan Pulau Pinang dilupuskan kepada dua syarikat yang didakwa mempunyai kaitan dengan projek terowong dasar laut itu.
Sumber: Berita Harian
Terkini
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
- Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
- Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
- Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
- “Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
- “Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
- Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
- Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
“Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
“Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
Beliau turut memuat naik tangkap layar liputan Harian Metro bertajuk “Bukan tentera China tetapi penuntut dan pensyarah – Fadhlina” dalam hantaran Facebook itu.
Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.
Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia-China disambut pada 31 Mei 2024, manakala sambutan kejayaan revolusi Komunis China di sambut pada 1 Oktober 2024.
“Apakah lawatan ini dibuat sempena sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia dan China atau sempena sambutan revolusi Komunis China sekaligus meraikan penubuhan RRC?,” katanya.
Beliau menyifatkan sambutan luar biasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pihak terbabit sebagai tidak sensitif.
“Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Swasta Chung Ling membuat sambutan besar-besaran menerima kunjungan kadet dan kelasi kapal Qi Jiguang dan Jinggang Shan ini adalah bukti kecuaian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak sensitif terhadap situasi integriti kedaulatan maritim dan tuntutan bertindih yang dibuat oleh RRC di Luconia Shoals atau gugusan Beting Patinggi Ali (BPA) yang terletak 84 batu nautika dari pesisir pantai Sarawak,” katanya. – The Merdeka Times
-
Terkini4 days ago
Hapuskan tunggakan cukai, denda UTAR: Tindakan PM betul, malah tidak cukup – Apek Cina
-
Terkini3 days ago
Netizen Cina minta kaedah pendidikan Cina, SMPC disemak semula
-
Terkini2 days ago
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina
-
Antarabangsa3 days ago
Turkiye sekat akses Discord