Connect with us

Antarabangsa

CDC gesa warga sekolah guna kurikulum LGBT

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) menerbitkan semula dokumen ‘penilaian kendiri’ yang menggesa guru, pentadbir, kakitangan kesihatan sekolah dan lain-lain untuk menjadi “penyokong” usaha advokasi LGBT di sekolah, demikian lapor The Daily Signal.

Wartawan TMT

Published

on

CDC gesa warga sekolah guna kurikulum LGBT
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) menerbitkan semula dokumen LGBTQ Inclusivity in Schools: A Self-Assessment Tool bagi menggesa guru, pentadbir, kakitangan kesihatan sekolah dan lain-lain untuk menyokong usaha advokasi LGBT di sekolah.
  • Pada asalnya, dokumen itu diterbitkan pada Oktober 2020, namun diterbitkan semula beberapa hari selepas Krismas.
  • “Mewujudkan dan mengekalkan persekitaran sekolah, dasar, program dan amalan inklusif yang merangkumi belia LGBTQ adalah satu strategi untuk meningkatkan kesihatan dan kejayaan akademik semua belia.” – LGBTQ Inclusivity in Schools: A Self-Assessment Tool.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) menerbitkan semula dokumen ‘penilaian kendiri’ yang menggesa guru, pentadbir, kakitangan kesihatan sekolah dan lain-lain untuk menjadi “penyokong” usaha advokasi LGBT di sekolah, demikian lapor The Daily Signal.

Dokumen LGBTQ Inclusivity in Schools: A Self-Assessment Tool pada asalnya diterbitkan pada Oktober 2020, namun diterbitkan semula beberapa hari selepas Krismas dan boleh didapati menerusi laman web CDC.

“Sekolah memainkan peranan penting dalam menyokong pembangunan kesihatan dan akademik semua belia, termasuk kejayaan belia lesbian, gay, biseksual, transgender, dan queer/questioning (LGBTQ),” kata dokumen itu.

“Mewujudkan dan mengekalkan persekitaran sekolah, dasar, program dan amalan inklusif yang merangkumi belia LGBTQ adalah satu strategi untuk meningkatkan kesihatan dan kejayaan akademik semua belia”.

Penilaian kendiri itu merangkumi empat aspek bagi setiap pengguna, pentadbir, pendidik, dan kakitangan kesihatan sekolah. Hasil penilaian akan menentukan sama ada mereka mencapai satu daripada tiga tahap, iaitu Commit to Change (Berjanji untuk Berubah), Beginning to Break Through (Mula Memasuki Zon) dan Awesome Ally (Sekutu yang Hebat).

Penilaian itu menggalakkan pendidik untuk mengamalkan pemikiran tertentu, seperti “Saya tidak boleh menganggap jantina pelajar, identiti jantina atau orientasi seksual” dan menggesa mereka untuk menggunakan istilah ‘inklusif’, seperti “menggunakan nama/kata ganti nama pilihan individu” dan menggantikan istilah seperti ‘teman lelaki’ dan ‘teman wanita’ kepada istilah neutral seperti ‘pasangan’.

Ia juga menggalakkan mereka untuk “memperjuangkan bahan LGBTQ yang inklusif dalam semua kelas dan persekitaran sekolah” dan untuk mengambil bahagian dalam Perikatan Gay-Straight sekolah.

Bahagian ini juga menyenaraikan sumber daripada kumpulan aktivis seperti GLAAD, Kempen Hak Asasi Manusia dan PFLAG, bersama-sama dengan grafik Gender Unicorn yang menunjukkan identiti jantina sebenarnya berbeza dari jantina biologi.

Bahagian seterusnya menggalakkan pentadbir mengubah dasar kesihatan sekolah mereka untuk memasukkan dasar anti-buli dan tanpa diskriminasi yang jelas untuk pelajar LGBTQ.

Ia juga menyebut untuk membenarkan “pelajar menggunakan bilik mandi/bilik persalinan yang sejajar dengan jantina pilihan mereka, untuk mengemukakan nama dan kata ganti nama pilihan mereka, bukannya nama sah mereka, dan membenarkan pelajar mendapat akses kandungan dan maklumat bersesuaian dengan umur.”

Selain itu, ia menggalakkan pentadbir untuk membenarkan guru “membangunkan kurikulum inklusif LGBTQ” dan menyokong guru yang menghadiri latihan LGBTQ.

Demikian antara banyak lagi perkara yang disebutkan dalam dokumen tersebut.

Sumber: The Daily Signal

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Iran keluarkan ‘amaran rahsia’ kepada sekutu AS – WSJ

Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
  • Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.
  • Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.
  • Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.
  • Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.

Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.

Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.

Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.

Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.

Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.

Pegawai beberapa negara yang menempatkan tentera AS memberitahu WSJ bahawa negara mereka telah memaklumkan kepada pentadbiran Presiden AS, Joe Biden bahawa mereka tidak mahu infrastruktur ketenteraan atau ruang udara mereka digunakan untuk sebarang operasi ofensif terhadap Iran.

Dalam laporan berasingan pada Khamis, Reuters memetik tiga sumber yang menyatakan Arab Saudi, Qatar dan UAE semuanya memberitahu Washington bahawa mereka tidak akan membenarkan jet Israel menggunakan ruang udara mereka untuk melakukan serangan.

Pegawai pertahanan AS mengakui beberapa rakan serantau menyuarakan kebimbangan mereka kepada Pentagon, tetapi permintaan itu “masih tidak rasmi,” lapor WSJ. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending