Terkini
Bantuan banjir RM50 juta perlu disalur terus kepada kerajaan negeri
Agihan bantuan banjir sebanyak RM50 juta sebagaimana diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP), sebaliknya perlu disalurkan terus kepada kerajaan negeri.
- Ia bagi elakkan wujudnya dua entiti di samping melicinkan proses bantuan oleh kerajaan negeri bersama agensi Kerajaan Persekutuan. – Exco Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Pembangunan Nasional Terengganu, Hanafiah Mat
- “Tiada keperluan untuk disalurkan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) kerana ia seolah-olah wujudkan satu perbezaan dan hubungan yang tegang antara kerajaan Pusat dan kerajaan negeri.
- “Tambahan pula, di peringkat negeri kita sudah sedia ada perincian maklumat mereka yang layak menerima bantuan dan terjejas banjir.
- “Amat bahaya bila wujud dua Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) serta Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) dalam kampung kerana ia boleh cetuskan pelbagai keadaan tidak harmoni.
KUALA TERENGGANU – Agihan bantuan banjir sebanyak RM50 juta sebagaimana diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP), sebaliknya perlu disalurkan terus kepada kerajaan negeri.
Exco Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Pembangunan Nasional Terengganu, Hanafiah Mat berkata, ia bagi mengelak wujudnya dua entiti di samping melicinkan proses bantuan oleh kerajaan negeri bersama agensi Kerajaan Persekutuan.
“Dalam bencana banjir sebelum ini termasuk ketika bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkuasa lima tahun lalu, agihan bantuan banjir disalurkan secara terus kepada kerajaan negeri.
“Tiada keperluan untuk disalurkan kepada JPP kerana ia seolah-olah mewujudkan satu perbezaan dan hubungan yang tegang antara kerajaan Pusat dan kerajaan negeri.
“Tambahan pula, di peringkat negeri kita sudah sedia ada perincian maklumat mereka yang layak menerima bantuan dan terjejas banjir.
“Jadi apa salahnya wang itu disalurkan terus dan diuruskan oleh kerajaan negeri,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Ahad.
Menurut Hanafiah, langkah itu juga bagi mengelak wujudnya kelemahan dalam sistem agihan termasuk pertindihan kerana agihan bantuan telah sinonim diuruskan kerajaan negeri.
“Berdasarkan agihan bantuan sebelum ini,wang bantuan dari Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) akan disalurkan terus kepada kerajaan negeri sebelum disalurkan ke Pejabat Daerah, tidak ‘singgah’ ke JPP.
“Barulah berlaku kerjasama yang baik antara kerajaan negeri dan kerajaan Pusat. Hubungan kedua-duanya juga tidak semakin ‘tajam’.
“Apa yang berlaku kini seolah-olah mewujudkan dua entiti dalam satu negeri malah ia juga dilihat bersifat kepentingan politik,” ujarnya.
Dalam pada itu, mengulas mengenai cadangan penubuhan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) serta Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP), beliau berkata, ia mengundang kepada situasi yang tidak harmoni dalam sesebuah komuniti.
“Amat bahaya apabila wujud dua (JPKK dan JPKKP) dalam kampung kerana ia boleh mencetuskan pelbagai keadaan yang tidak harmoni.
“Untuk mewujudkan suasana harmoni, biarlah ada satu JPKK kerana dalam apa jua keadaan kerajaan negeri tetap perlu patuh dan taat kepada kerajaan Pusat.
“JPKKP sepatutnya menguruskan dan jaga projek-projek kerajaan Persekutuan, barulah tidak timbul isu lain,” katanya.
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah pada Sabtu memberitahu kerajaan akan membentangkan cadangan penubuhan JPKK dan JPKKP kepada jemaah menteri dalam masa terdekat.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, keanggotaan ahli JPKK dan JPKKP yang dibentuk perlu mengambil kira komposisi parti komponen Kerajaan Perpaduan sebagai menyokong prinsip sealiran dalam kerajaan pada masa kini.
Sebelum ini, dalam lawatan ke Kelantan pada 21 Disember tahun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan segera sebanyak RM100 juta kepada Kelantan dan Terengganu yang terjejas teruk akibat bencana banjir.
Sumber: Sinar Harian
Terkini
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
- Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
- Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
- Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
- “Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
- “Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
- Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
- Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
“Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
“Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
Beliau turut memuat naik tangkap layar liputan Harian Metro bertajuk “Bukan tentera China tetapi penuntut dan pensyarah – Fadhlina” dalam hantaran Facebook itu.
Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.
Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia-China disambut pada 31 Mei 2024, manakala sambutan kejayaan revolusi Komunis China di sambut pada 1 Oktober 2024.
“Apakah lawatan ini dibuat sempena sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia dan China atau sempena sambutan revolusi Komunis China sekaligus meraikan penubuhan RRC?,” katanya.
Beliau menyifatkan sambutan luar biasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pihak terbabit sebagai tidak sensitif.
“Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Swasta Chung Ling membuat sambutan besar-besaran menerima kunjungan kadet dan kelasi kapal Qi Jiguang dan Jinggang Shan ini adalah bukti kecuaian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak sensitif terhadap situasi integriti kedaulatan maritim dan tuntutan bertindih yang dibuat oleh RRC di Luconia Shoals atau gugusan Beting Patinggi Ali (BPA) yang terletak 84 batu nautika dari pesisir pantai Sarawak,” katanya. – The Merdeka Times
-
Terkini4 days ago
Hapuskan tunggakan cukai, denda UTAR: Tindakan PM betul, malah tidak cukup – Apek Cina
-
Terkini3 days ago
Netizen Cina minta kaedah pendidikan Cina, SMPC disemak semula
-
Terkini2 days ago
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina
-
Antarabangsa3 days ago
Turkiye sekat akses Discord