Connect with us

Antarabangsa

‘Bandar ini tidak sokong LGBT!’ – Datuk Bandar Medan

Pihak berkuasa Medan menegaskan bandar itu sekeras-kerasnya menolak aktiviti dan budaya songsang lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Wartawan TMT

Published

on

‘Bandar ini tidak sokong LGBT!’ - Datuk Bandar Medan
Foto: Bobby Nasution (tengah).
  • Pihak berkuasa Medan menegaskan bandar itu menolak aktiviti dan budaya songsang lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
  • Datuk Bandar Medan, Bobby Nasution mahu masyarakatnya menjauhi kegiatan songsang kerana melanggar peraturan agama dan budaya.
  • Ujarnya, budaya tempatan Medan dan Indonesia juga tidak menyatakan persetujuan membenarkan pasangan sesama jenis menjalin hubungan secara terbuka kerana melanggar norma.

JAKARTA: Pihak berkuasa Medan menegaskan bandar itu sekeras-kerasnya menolak aktiviti dan budaya songsang lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Perkara itu dimaklumkan oleh Datuk Bandar Medan, Bobby Nasution selepas meninjau sambutan Tahun Baharu 2023 di sekitar bandar itu kelmarin.

Katanya, beliau terkejut apabila melihat semakin ramai pasangan songsang tanpa perasaan malu menunjukkan ‘kemesraan’ mereka dalam khalayak awam.

“Sepanjang saya berjalan dari pejabat datuk bandar ke kawasan sekitar, saya lihat ramai pasangan songsang menunjukkan kemesraan mereka.

“Jangan lakukan aktiviti songsang itu di Medan kerana bandar ini tidak sokong LGBT, kita anti-LGBT!

“Masyarakat di sini juga dinasihatkan supaya menjauhi kegiatan songsang itu kerana sudah jelas melanggar peraturan agama dan budaya kita,” tegasnya seperti yang dilaporkan CNN Indonesia.

Menantu Presiden Joko Widodo itu turut menyatakan tokoh agama berpesan supaya menjauhi perbuatan yang sia-sia.

Jelas beliau, budaya tempatan Medan dan Indonesia juga tidak menyatakan persetujuan membenarkan pasangan sesama jenis menjalin hubungan secara terbuka kerana melanggar norma.

“Tiada satu pun etnik masyarakat di Medan ini yang mengajar penduduk untuk berhubungan sejenis.

“Kita ini ada lelaki dan wanita, tuhan jadikan kita berpasangan, tapi mengapa pilih pasangan sejenis?

“Sehubungan itu, siapa yang masih bujang, saya doakan semoga tahun ini anda bertemu jodoh, bernikah dan mempunyai keluarga bahagia,” ujarnya.

Sumber: Utusan Malaysia

 

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Dituduh angkut lembu, pemandu trak Sikh diserang kumpulan pelampau di India

Sebuah video tular memaparkan seorang pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

Sebuah video tular memaparkan seorang pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

Video dimuat naik HindutvaWatch di platform X itu meletakkan keterangan hantaran, “pengawal lembu menyerang seorang pemandu trak Sikh dan menggunakan serbannya untuk mengikat kakinya kerana mengangkut lembu”.

Video itu dimuat naik pada hari ini yang merujuk kepada insiden yang berlaku di Sonipat, Haryana pada 17 April lalu.

Di dalam sedutan video itu, penganut Sikh tersebut dilihat membawa sebuah lori di tempat duduk pemandu memakai turban berwarna safron bercakap pada arah video yang sedang merakamnya.

Rakaman itu kemudiannya disusuli tindakan seorang lelaki berbaju merah cuba bertindak memberhentikan atau membuka pintu tempat duduk lelaki tersebut.

Dalam sedutan lain, gambar individu Sikh di dalam video itu menunjukkannya duduk dengan turban safron yang pada asalnya dipakai, akhirnya digunakan untuk dililit kakinya, dengan sedikit tompokan darah darah pada pakaiannya.

Dalam keadaan itu, individu Sikh itu dilihat tenang dan tidak berkata apa-apa.

Pengguna platform X memberi komentar mengutuk tindakan menyasarkan pemandu trak beragama sikh itu dengan pelbagai keluhan.

“Sangat menjijikkan. Mereka melampau dalam bertindak atas perkara sebegini,” kata Faisal Siraj.

Sebuah akaun lain dengan nama Pakistan Times juga berkata “Malah Sikh pun tidak selamat di India.” – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending