Connect with us

Antarabangsa

12 anggota polis India didakwa bunuh lelaki Islam atas tuduhan penyembelihan lembu

Dua belas anggota polis didakwa di bawah pelbagai seksyen Kanun Keseksaan India (IPC) termasuk pertuduhan membunuh seorang lelaki Islam berusia 45 tahun atas dakwaan penyembelihan lembu.

Wartawan TMT

Published

on

12 anggota polis India didakwa bunuh lelaki Islam atas tuduhan penyembelihan lembu
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Dua belas anggota polis didakwa di bawah pelbagai seksyen Kanun Keseksaan India (IPC) termasuk pertuduhan membunuh seorang lelaki Islam berusia 45 tahun atas dakwaan penyembelihan lembu.
  • Dakwaan ke atas polis itu dikenakan susulan mahkamah mengeluarkan perintah agar polis membuat laporan maklumat pertama (FIR) dalam kes berkenaan.
  • Pada September 2021, Zeeshan Haider, seorang petani dari kampung Thitki, meninggal dunia di hospital daerah selepas ditembak polis tempatan atas tuduhan menyembelih lembu. 

 

NEW DELHI — Dua belas anggota polis didakwa di bawah pelbagai seksyen Kanun Keseksaan India (IPC) termasuk pertuduhan membunuh seorang lelaki Islam berusia 45 tahun atas dakwaan penyembelihan lembu.

Dakwaan ke atas polis itu dikenakan susulan mahkamah mengeluarkan perintah agar polis membuat laporan maklumat pertama (FIR) dalam kes berkenaan.

Pada September 2021, Zeeshan Haider, seorang petani dari kampung Thitki, meninggal dunia di hospital daerah selepas ditembak polis tempatan atas tuduhan menyembelih lembu. 

Bagaimanapun, keluarga Zeeshan menafikan tuduhan itu dan menegaskan dia tidak terlibat dalam sebarang jenayah dan membawa kes itu ke Mahkamah Tinggi Allahabad.

Mahkamah Tinggi mengarahkan mahkamah Saharanpur untuk melupuskan petisyennya.

‘Dalam afidavit difailkan pegawai daerah Saharanpur, tidak ada menyebut sebarang tindakan mengenai dakwaan lain yang dilemparkan Puan Afroz (isteri Zeeshan). 

“Bagaimanapun, hanya ada menyebut tentang siasatan dijalankan bandar Saharanpur SP. 

“Berdasarkan kenyataan dan fakta disebut dalam pengakuan difailkan dalam petisyen berkenaan dengan balai polis ini, satu kesalahan yang tidak boleh dikenali dibuat dalam prima facie. 

“Dalam situasi ini, kebenaran sebenar tidak boleh dibawa ke mahkamah melainkan terdapat siasatan tidak berat sebelah mengenai dakwaan yang dibuat oleh pempetisyen selepas memfailkan FIR mengikut proses ditetapkan. Ini perlu untuk tujuan keadilan,” kata Hakim Anil Kumar.

Syed Isa Raza, abang sepupu Zeeshan dan ketua Parti Samajwadi (SP) memaklumkan TwoCircles.net bahawa polis mendaftarkan FIR terhadap 12 anggota polis pada 22 Januari lalu.

Apabila TwoCircles.net mendekati balai polis Deoband untuk mendapatkan butiran berkaitan FIR, Hriday Narain Singh, yang bertanggungjawab ke atas balai polis, berkata dia tidak akan berkongsi butiran berkaitan dengan mana-mana individu kerana melanggar kerahsiaan kes itu.

 

Sumber : Two Circles Net

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Hentikan sekatan ke atas Afghanistan – Menteri Luar Russia

Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov.
  • Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.
  • Lavrov bagaimanapun tidak menyatakan sama ada Moscow akan menarik balik klasifikasi “organisasi pengganas” yang ditetapkannya ke atas Taliban.
  • “Kami mendesak negara-negara Barat mengakui tanggungjawab mereka dalam pembinaan semula Afghanistan pasca-konflik, menarik balik sekatan dan memulangkan aset Kabul yang dirampas,” kata Lavrov dipetik AFP dalam laporan The Moscow Times hari ini.
  • Lavrov berkata demikian di pembukaan forum diplomatik tahunan mengenai Afghanistan, diketuai Russia, melibatkan utusan dari Taliban dan negara-negara jiran di Timur Tengah dan Asia Tengah.
  • Moscow mengembangkan hubungan dengan Taliban sejak kumpulan itu kembali berkuasa di Afghanistan pada 2021 setelah pengunduran Amerika Syarikat dari negara dilanda peperangan itu.

Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.

Lavrov bagaimanapun tidak menyatakan sama ada Moscow akan menarik balik klasifikasi “organisasi pengganas” yang ditetapkannya ke atas Taliban.

“Kami mendesak negara-negara Barat mengakui tanggungjawab mereka dalam pembinaan semula Afghanistan pasca-konflik, menarik balik sekatan dan memulangkan aset Kabul yang dirampas,” kata Lavrov dipetik AFP dalam laporan The Moscow Times hari ini.

Lavrov berkata demikian di pembukaan forum diplomatik tahunan mengenai Afghanistan, diketuai Russia, melibatkan utusan dari Taliban dan negara-negara jiran di Timur Tengah dan Asia Tengah.

Moscow mengembangkan hubungan dengan Taliban sejak kumpulan itu kembali berkuasa di Afghanistan pada 2021 setelah pengunduran Amerika Syarikat dari negara dilanda peperangan itu.

Taliban berada di bawah sekatan Barat selama lebih dua dekad dan pada awalnya dikenakan sekatan pembiayaan kepada al-Qaeda dan kumpulan lain yang dilabelkan sebagai “pengganas”.

Beberapa pegawai Russia menyeru Moscow mengeluarkan Taliban dari senarai “organisasi pengganas dan ekstremis” bagi meningkatkan kerjasama lebih lanjut.

Menteri Luar Afghanistan, Amir Khan Muttaqi dilaporkan berada di Moscow untuk perbincangan itu.

Lavrov juga dilaporkan berkata Russia tidak akan menerima “negara ketiga” menempatkan pangkalan tentera di Afghanistan atau menubuhkan kemudahan tentera baru di negara-negara jirannya “atas apa jua alasan”.

Russia mempunyai pangkalan tentera besar di Tajikistan yang bersempadan dengan Afghanistan. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending