Connect with us

Terkini

Wanita imamkan solat bersama lelaki antara kecelaruan buku teks Dong Zong

Buku teks keluaran Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) didakwa mempunyai kesilapan yang boleh menimbulkan kekeliruan kepada pelajar.

Wartawan TMT

Published

on

Wanita imamkan solat bersama lelaki antara kecelaruan buku teks Dong Zong
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Meskipun berbahasa Cina, namun selepas ditaksirkan, didapati penerangan beberapa bahagian sejarah Malaysia dikecilkan termasuk mengenai tatatertib solat disifatkan salah.
  • “Hari ini kita lihat buku ini, terkejut saya berkaitan solat, dilukis karakter orang sedang sujud terkangkang. Perempuan boleh mengimamkan solat bersama lelaki.
  • “Dong Zong kena semak terlebih dahulu sebelum keluarkan (buku teks) dengan menjemput pakar sepertimana buku teks sekolah,” – Presiden Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia, Datuk Abdul Raof Hussin
  • Cara Dong Zong dilihat seolah-olah sengaja buat buku teks berkenaan untuk menimbulkan perasaan tidak membina atau mewujudkan negara bangsa.

 

SHAH ALAM – Buku teks keluaran Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) didakwa mempunyai kesilapan yang boleh menimbulkan kekeliruan kepada pelajar.

Presiden Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia, Datuk Abdul Raof Hussin mendakwa, merujuk beberapa buku teks Dong Zong, meskipun berbahasa Cina, namun selepas ditaksirkan, pihaknya mendapati penerangan beberapa bahagian sejarah Malaysia dikecilkan termasuk mengenai tatatertib solat disifatkan salah.

“Berdasarkan buku teks Dunia 1, semua dalam bahasa Cina tetapi saya dapat laporan daripada pegawai Kementerian Pendidikan, bukan satu kesilapan (dan mereka) menafikan (kandungan) buku sejarah itu (ada kesilapan) namun memang betul (perkara itu).

“Hari ini kita lihat buku ini, terkejut saya berkaitan solat, dilukis karakter orang yang sedang sujud terkangkang. Selain perempuan boleh mengimamkan solat bersama lelaki.

“Jadi, Dong Zong kena semak terlebih dahulu sebelum keluarkan (buku teks) dengan menjemput pakar sepertimana buku teks sekolah,” katanya ketika program Di Sebalik Isu Bersama FY bertajuk ‘Isu UEC, sampai bila?’ yang dihoskan Finaz Yunus di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Jumaat.

Berikutan itu, menurut Abdul Raof, cara Dong Zong itu dilihat seolah-olah sengaja membuat buku teks berkenaan untuk menimbulkan perasaan tidak membina atau mewujudkan negara bangsa.

“Buku teks bukan untuk diiktiraf hasilnya tetapi nilai. Buku teks dari Kementerian Pendidikan nilai sejajar dengan kokurikulum yang membina negara bangsa.

“Jadi apabila kita beri dan mengajar (buku teks itu kepada) pelajar majoriti Cina akan membuat mereka terpengaruh (jika ada unsur negatif),” ujarnya yang juga bekas guru 13 tahun pengalaman.

Sumber : Sinar Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Media jangan timbul persepsi, kaitkan tindakan keganasan dengan agama pelaku – Pendakwah

Media tempatan diingatkan untuk mengelak menggunakan tajuk mengaitkan agama dengan tindakan seseorang pelaku yang tidak seiring dengan tindakan individu beragama, termasuk mengaitkannya dengan punca keganasan pelaku.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Presiden MURSHID Malaysia, Abdullah Bukhari Abdul Rahim al-Hafiz (kiri) & Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung (kanan).
  • Media tempatan diingatkan untuk mengelak menggunakan tajuk mengaitkan agama dengan tindakan seseorang pelaku yang tidak seiring dengan tindakan individu beragama, termasuk mengaitkannya dengan punca keganasan pelaku.
  • Presiden MURSHID Malaysia, Abdullah Bukhari Abdul Rahim al-Hafiz meminta media mengelak berbuat demikian yang menimbulkan persepsi seolah-olah agama ada kaitan dengan tindakan ganas si pelaku susulan media tempatan mengangkat tajuk bahawa suspek kes tembak di KLIA adalah seorang hafiz al-Quran.
  • Abdullah Bukhari berkata sebelum ini juga ada kisah seorang wanita yang melawak di kelab komedi di mana dia mengisytiharkan diri hafal 15 juzuk, namun kemudiannya membuka baju kurung digunakan dan mendakwa mempunyai tujuh teman lelaki atau kekasih.
  • “Hafiz Al-Quran sebenar ialah orang yang hafaz, ingat hafazan dan praktik isi kandungan al-Quran. Akhlaknya sehebat isi al-Quran yang dihafaznya. 
  • “Kepada media – elakkan headline  “SUSPEK TEMBAK KLIA HAFIZ AL-QURAN!”  Saya cadangkan guna ayat berikut – “SUSPEK TEMBAK KLIA PERNAH BELAJAR DI SEKOLAH TAHFIZ” atau JANGAN TIMBULKAN PERSEPSI KEGANASANNYA BERPUNCA DARI AGAMANYA,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.
  • Mengulas isu sama, pempengaruh dan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung juga mempertikaikan tindakan sesetengah media yang mengangkat tajuk berita seperti sedemikian.
  • Firdaus Wong berkata beliau tidak melihat kaitan di antara perbuatan individu terbabit dengan apa yang pernah dia pelajari di sekolah tahfiz atau sebagai seorang penghafal Al-Quran.

KUALA LUMPUR — Media tempatan diingatkan untuk mengelak menggunakan tajuk mengaitkan agama dengan tindakan seseorang pelaku yang tidak seiring dengan tindakan individu beragama, termasuk mengaitkannya dengan punca keganasan pelaku.

Presiden MURSHID Malaysia, Abdullah Bukhari Abdul Rahim al-Hafiz meminta media mengelak berbuat demikian yang menimbulkan persepsi seolah-olah agama ada kaitan dengan tindakan ganas si pelaku susulan media tempatan mengangkat tajuk bahawa suspek kes tembak di KLIA adalah seorang hafiz al-Quran.

Abdullah Bukhari berkata sebelum ini juga ada kisah seorang wanita yang melawak di kelab komedi di mana dia mengisytiharkan diri hafal 15 juzuk, namun kemudiannya membuka baju kurung digunakan dan mendakwa mempunyai tujuh teman lelaki atau kekasih.

“Hafiz Al-Quran sebenar ialah orang yang hafaz, ingat hafazan dan praktik isi kandungan al-Quran. Akhlaknya sehebat isi al-Quran yang dihafaznya. 

“Dia pasti tidak akan memalukan diri sendiri mendedah aurat atau mencederakan orang lain.

“Kepada media – elakkan headline  “SUSPEK TEMBAK KLIA HAFIZ AL-QURAN!”  Saya cadangkan guna ayat berikut – “SUSPEK TEMBAK KLIA PERNAH BELAJAR DI SEKOLAH TAHFIZ” atau JANGAN TIMBULKAN PERSEPSI KEGANASANNYA BERPUNCA DARI AGAMANYA,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.

Semalam, media melaporkan suspek lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 pada Ahad merupakan seorang hafiz al-Quran dan pernah mengikuti pengajian di sebuah pondok di Repek, Pasir Mas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilaporkan sebagai berkata hasil ujian dilakukan pada Isnin mendapati suspek berusia 38 tahun itu fasih dengan ayat-ayat al-Quran dan sebagainya.

Mengulas isu sama, pempengaruh dan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung juga mempertikaikan tindakan sesetengah media yang mengangkat tajuk berita seperti sedemikian.

Firdaus Wong berkata beliau tidak melihat kaitan di antara perbuatan individu terbabit dengan apa yang pernah dia pelajari di sekolah tahfiz atau sebagai seorang penghafal Al-Quran.

Seriously saya tak nampak. Andai mesej ingin disampaikan ialah sebagai seorang penghafal Quran dia tidak sepatutnya bertindak sedemikian, semua Muslim tidak seharusnya melakukan apa yang telah dilakukannya.

“Jikalau ini adalah amalan biasa, harap selepas ini mana-mana individu yang melakukan kesalahan boleh juga ditulis masjid, gereja, tokong, kuil dan kelayakan agama pelaku untuk lebih saksama,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini, semalam. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending