Connect with us

Antarabangsa

Wanita Afghanistan bangkit tentang penindasan Taliban

Wanita-wanita di Afghanistan bangkit menentang penindasan terbaharu terhadap hak-hak mereka di bawah pemerintahan Taliban selepas pihak berkuasa mengarahkan semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) agar memecat pekerja wanita daripada bekerja dengan mana-mana institusi berkaitan, lapor akhbar Arab News semalam.

Wartawan TMT

Published

on

Wanita Afghanistan bangkit tentang penindasan Taliban
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Wanita di Afghanistan bangkit tentang penindasan terhadap hak-hak mereka, selepas pihak berkuasa mengarahkan semua pertubuhan NGO untuk pecat pekerja wanita daripada bekerja dengan institusi berkaitan.
  • Arahan terbaharu itu dikeluarkan oleh Menteri Ekonomi, Qari Din Mohammed Hanif Sabtu lalu mana-mana organisasi tempatan atau asing didapati tidak mematuhinya akan dibatalkan lesen untuk beroperasi di Afghanistan.
  • Wanita yang terjejas disebabkan larangan itu turut kecam tindakan yang disifatkan menjejaskan kehidupan banyak keluarga di seluruh negara itu selain menggesa tindakan segera diambil oleh masyarakat antarabangsa.
  • “Kami diberitahu agar meninggalkan pejabat dan tidak boleh bekerja di situ lagi sehingga perintah yang seterusnya (dikeluarkan) kerana jika sesiapa yang melanggar perintah itu, dia akan disumbat ke dalam penjara,”- Ramzia Sayedi.

KABUL – Wanita-wanita di Afghanistan bangkit menentang penindasan terbaharu terhadap hak-hak mereka di bawah pemerintahan Taliban selepas pihak berkuasa mengarahkan semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) agar memecat pekerja wanita daripada bekerja dengan mana-mana institusi berkaitan, lapor akhbar Arab News semalam.

Arahan terbaharu itu dikeluarkan oleh Menteri Ekonomi, Qari Din Mohammed Hanif Sabtu lalu dengan mana-mana organisasi tempatan atau asing yang didapati tidak mematuhinya akan dibatalkan lesen untuk beroperasi di Afghanistan.

Tindakan tersebut dibuat kurang seminggu selepas Taliban melarang wanita daripada belajar di universiti berikutan beberapa siri sekatan yang dikenakan oleh pihak berkuasa terhadap golongan berkenaan sejak ia kembali menguasai Afghanistan tahun lalu.

Sekatan terbaharu itu mendapat kecaman meluas daripada organisasi antarabangsa dan kerajaan asing termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan menyifatkan larangan tersebut sebagai pelanggaran jelas prinsip kemanusiaan.

Wanita-wanita Afghanistan yang terjejas disebabkan larangan itu turut mengecam tindakan yang disifatkan akan menjejaskan kehidupan banyak keluarga di seluruh negara itu selain menggesa tindakan segera diambil oleh masyarakat antarabangsa.

“Saya secara peribadi sangat tertekan kerana saya ialah satu-satunya pencari nafkah untuk keluarga,” kata Ramzia Sayedi, yang bekerja di sebuah NGO asing di Kabul.

Ramzia berkata, kehadirannya dihalang oleh pejabat NGO tempat dia bekerja pada pagi kelmarin.

“Kami diberitahu agar meninggalkan pejabat dan tidak boleh bekerja di situ lagi sehingga perintah yang seterusnya (dikeluarkan) kerana jika sesiapa yang melanggar perintah itu, dia akan disumbat ke dalam penjara,” katanya.

Seorang aktivis hak-hak wanita dan pekerja di sebuah organisasi asing di Kabul, Sakina Husseini pula berkata, arahan dikeluarkan Taliban itu adalah tidak berperikemanusiaan.

“Keputusan ini tidak berperikemanusiaan dan bertentangan dengan agama. Ini akan membawa kepada pelbagai akibat, justeru, saya menggesa masyarakat antarabangsa untuk menangani masalah ini,” katanya.

Dalam pada itu, sekumpulan wanita melakukan protes di bandar Herat Sabtu lalu bagi membantah arahan Taliban yang melarang semua pelajar perempuan daripada meneruskan pengajian di universiti.

Rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan pegawai-pegawai Taliban menggunakan meriam air bagi meleraikan kumpulan penunjuk perasaan tersebut.

Mereka kemudian dilihat berlari sambil menjerit slogan ‘pengecut’ ke arah para pegawai berkenaan. – Agensi 

Sumber: Kosmo

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Tiada tanda gencatan senjata dicapai di Gaza, perantara masih optimistik

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.
  • Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.
  • Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.

Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Tiada komen rasmi daripada Israel mengenai rundingan itu setakat ini selain fakta bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu diberi taklimat mengenainya dan delegasi Israel hadir untuk pusingan rundingan kali ini.

Mandat diberikan kepada perunding Israel oleh Netanyahu juga tidak diketahui sepenuhnya kerana butiran mengenai rundingan itu tidak didedahkan kepada umum.

Walaupun pengantara kekal optimistik, masih tiada tanda bahawa kesepakatan hampir tercapai. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending