Connect with us

Terkini

UMNO parti tua yang daif, bermasalah dan tiada tanda akan pulih

Umno yang telah memerintah lebih enam dekad dan menang 13 daripada 15 PRU, hari ini menjadi antara yang paling daif dan bermasalah dengan tiada tanda jelas akan pulih semula, demikian kata Tokoh Wartawan Negara, Datuk Abdul Kadir Jasin.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Ruszaini Ruslan

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Umno kini merupakan antara parti yang paling daif dan bermasalah dengan tiada tanda jelas akan pulih semula, demikian kata Datuk Abdul Kadir Jasin.
  • Beliau berkata, Umno seakan tidak sedar atau tidak faham bahawa mereka semakin feudal, autokratik, dogmatik, eksekutif dan korup.
  • “Kritik, nasihat, tegur dan tanya pun sudah cukup untuk dikenakan tindakan tatatertib atau dipecat terus.
  • “Slogan demi agama, bangsa dan negara sudah menjadi klise.” – Tokoh Wartawan Negara, Datuk Abdul Kadir, Datuk Abdul Kadir Jasin 

Umno yang telah memerintah lebih enam dekad dan menang 13 daripada 15 PRU, hari ini menjadi antara yang paling daif dan bermasalah dengan tiada tanda jelas akan pulih semula, demikian kata Tokoh Wartawan Negara, Datuk Abdul Kadir Jasin.

Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau mengkritik parti itu seakan tidak sedar atau tidak faham bahawa mereka semakin feudal, autokratik, dogmatik, eksekutif dan korup.

“Sudah jadi macam ‘old boys club’ bukan parti politik untuk rakyat jelata lagi.

“Kritik, nasihat, tegur dan tanya pun sudah cukup untuk dikenakan tindakan tatatertib atau dipecat terus. Zaman Najib, tanya pasal 1MDB pun kena buang.

“Bayangkan kalau cabar Presiden macam Tengku Razaleigh Hamzah lawan Dr Mahathir Mohamad dan Almarhum Sulaiman Palestin lawan Almarhum Hussein Onn. Sekarang Presiden yang bawa parti kepada kekalahan pun tidak boleh atau berani dicabar,” katanya.

Bagaimanapun beliau berkata penolakan masyarakat terhadap Umno telah bemula sejak pilihan raya umum 2008, memandangkan masyarakat semakin terdedah kepada kepelbagaian maklumat dan berfikiran terbuka.

“Sejak itu, nasib Umno menjadi bertambah buruk apabila kepimpinan hanya setia kepada Presiden dan terpalit dengan pelbagai skandal. Slogan demi agama, bangsa dan negara sudah menjadi klise. Kata-kata basi mengikut Dewan Bahasa dan Pustaka.

“Daripada 109 kerusi yang dimenangi dalam PRU 2004, kehadiran Umno dalam Dewan Rakyat jatuh kepada 79 pada 2008, naik sikit kepada 88 pada 2013, jatuh semula kepada 54 pada 2018 dan sekarang tinggal 26 saja. Kalau tidak sedar lagi memang sahlah ahli dan pemimpin Umno sudah koma.

Mengakhiri hantaran tersebut, beliau tidak menolak kemungkinan yang Umno akan menjadi tambahan kepada sejarah dalam satu atau dua PRU lagi jika tiada perubahan kepemimpinan dan pemudaan keahlian dalam parti tersebut.

Sumber: Facebook A Kadir Jasin

 

 

Author