Connect with us

Komuniti

Tanah runtuh: Dua maut, 51 belum ditemui

Seorang wanita dan seorang kanak-kanak lelaki disahkan meninggal dunia akibat tanah runtuh di tapak perkhemahan berhampiran sebuah ladang organik, Father’s Organic Farm, di Gohtong Jaya, awal pagi tadi.

Wartawan TMT

Published

on

Tanah runtuh: Dua maut, 51 belum ditemui
Foto: Lokasi kejadian, Gohtong Jaya
  • Seorang wanita dan seorang kanak-kanak lelaki disahkan maut dunia akibat tanah runtuh di tapak perkhemahan berhampiran sebuah ladang organik, Father’s Organic Farm, di Gohtong Jaya.
  • 23 mangsa ditemukan selamat dan 51 lagi masih tidak ditemui.
  • Maklumat itu dikemas kini Bahagian Korporat JBPM Selangor setakat jam 7 pagi tadi.

 

HULU SELANGOR: Seorang wanita dan seorang kanak-kanak lelaki disahkan meninggal dunia akibat tanah runtuh di tapak perkhemahan berhampiran sebuah ladang organik, Father’s Organic Farm, di Gohtong Jaya, awal pagi tadi.

Polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor mengesahkan kemalangan jiwa itu.

Bahagian Korporat JBPM Selangor menerusi kenyataan memaklumkan, maklumat itu dikemas kini pihaknya setakat jam 7 pagi tadi.

Menurutnya, seramai 79 orang mangsa yang berada di tapak perkhemahan itu terbabit dalam kejadian runtuhan.

“Daripada jumlah itu, dua mangsa meninggal dunia, manakala tiga lagi cedera.

“Sementara itu, 23 mangsa ditemukan selamat dan 51 lagi masih tidak ditemui,” katanya, di sini, hari ini.

Menurut kenyataan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa sedang giat dilakukan.

“Pihak bomba juga dibantu agensi lain iaitu Persatuan Bomba Sukarela, bomba swasta, polis Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Kementerian Kesihatan (KKM) dan pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART).

“Maklumat akan dikemas kini dari semasa ke semasa sehingga operasi selesai,” katanya.

Terdahulu, Pengarah JBPM Selangor, Datuk Norazam Khamis dilaporkan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian jam 2.24 pagi.

Beliau berkata, ketinggian runtuhan dianggarkan setinggi 30 meter dengan anggaran keluasan runtuhan sebesar tiga ekar (1.21 hektar).

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Komuniti

Mencari penderma buah pinggang buat seorang sahabat – Firdaus Wong

Penderma buah pinggang darah jenis ‘O’ diperlukan segera untuk membantu seorang pendakwah dan penulis, Mohd Fikri Che Hussain yang mengalami kegagalan buah pinggang dan buta kedua-dua matanya kerana diabetes.

Hanani Zulkifli

Published

on

Mencari penderma buah pinggang buat seorang sahabat – Firdaus Wong
Foto: Pengasas dan Presiden Pertubuhan Mualaf Pelbagai Bangsa (MRM), Firdaus Wong Wai Hung (kiri), & Mohd Fikri atau lebih dikenali dengan panggilan ustaz Fikri Alamghiri (kanan hujung).
  • Penderma buah pinggang darah jenis ‘O’ diperlukan segera untuk membantu seorang pendakwah dan penulis, Mohd Fikri Che Hussain yang mengalami kegagalan buah pinggang dan buta kedua-dua matanya kerana diabetes.
  • Rayuan mencari penderma budiman itu diutarakan Pengasas dan Presiden Pertubuhan Mualaf Pelbagai Bangsa (MRM), Firdaus Wong Wai Hung dalam hantaran di Facebooknya hari ini.
  • Firdaus Wong, yang juga pendakwah bebas, memaklumkan Mohd Fikri atau lebih dikenali dengan panggilan ustaz Fikri Alamghiri yang disifatkannya sebagai seorang sahabat dan guru, kini terpaksa menjalani dialisis sejak dua bulan lalu untuk meneruskan hidup.     
  • “Sepanjang perbualan, mulutnya tidak lekang mengucapkan Alhamdulilah dengan kesihatan yang Allah kurniakan di sebalik ujian. Saya juga bertanya kepada Ustaz apakah bentuk bantuan yang kami boleh hulurkan tetapi Ustaz hanya menjawab kalau dapat tolong carikan penderma buah pinggang darah ‘O’ untuknya.
  • “Jikalau sahabat-sahabat atau mempunyai kenalan yang sudi mendermakan buah pinggang darah jenis ‘O’ kepada Ustaz Fikri, boleh hubungi kami. Semoga derma anda itu menjadi asbab Ustaz kembali sihat dan seterusnya kembali aktif berdakwah,” kata Firdaus Wong.

KUALA LUMPUR – Penderma buah pinggang darah jenis ‘O’ diperlukan segera untuk membantu seorang pendakwah dan penulis, Mohd Fikri Che Hussain yang mengalami kegagalan buah pinggang dan buta kedua-dua matanya kerana diabetes.

Rayuan mencari penderma budiman itu diutarakan Pengasas dan Presiden Pertubuhan Mualaf Pelbagai Bangsa (MRM), Firdaus Wong Wai Hung dalam hantaran di Facebooknya hari ini.

Firdaus Wong, yang juga pendakwah bebas, memaklumkan Mohd Fikri atau lebih dikenali dengan panggilan ustaz Fikri Alamghiri yang disifatkannya sebagai seorang sahabat dan guru, kini terpaksa menjalani dialisis sejak dua bulan lalu untuk meneruskan hidup.     

“Sepanjang perbualan, mulutnya tidak lekang mengucapkan Alhamdulilah dengan kesihatan yang Allah kurniakan di sebalik ujian. Saya juga bertanya kepada Ustaz apakah bentuk bantuan yang kami boleh hulurkan tetapi Ustaz hanya menjawab kalau dapat tolong carikan penderma buah pinggang darah ‘O’ untuknya.

“Jikalau sahabat-sahabat atau mempunyai kenalan yang sudi mendermakan buah pinggang darah jenis ‘O’ kepada Ustaz Fikri, boleh hubungi kami. Semoga derma anda itu menjadi asbab Ustaz kembali sihat dan seterusnya kembali aktif berdakwah,” kata Firdaus Wong.

Firdaus Wong berkata sahabatnya itu berkelayakan jurusan pengajian Islam dari Universiti Maghribi dan sangat aktif dalam bidang dakwah, khususnya penulisan dalam bidang hadis, maqasid syariah dan sejarah Islam.

Malah, katanya, Mohd Fikri telah menghasilkan lebih 20 buku dan pernah menjadi kolumnis dalam beberapa majalah.

“Namun hasratnya untuk meneruskan usaha dakwah itu terhenti disebabkan penyakit yang dialaminya,” kata Firdaus Wong. 

Mana-mana pihak ingin membantu usaha dakwah dan kebajikan MRM, boleh menyalurkan sumbangan ke akaun MAYBANK 5648 1052 0353 (Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor). — The Merdeka Times

Sumber:  Facebook

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending