Connect with us

Terkini

Aktivis gesa kerajaan segera dedah laporan bencana Batang Kali

Pencinta alam dan aktivis menggesa pihak berkuasa segera mendedahkan laporan rasmi mengenai kejadian tanah runtuh di Batang Kali yang meragut 31 nyawa hampir dua bulan lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Aktivis gesa kerajaan segera dedah laporan bencana Batang Kali
Foto: Lokasi tanah runtuh di Batang Kali
  • Presiden Persatuan Ekopelancongan & Pemuliharaan Malaysia Andrew Sebastian menyifatkan kelewatan mendedahkan laporan rasmi itu sebagai sesuatu yang tipikal menunjukkan respons kerajaan dalam kejadian lain di masa lalu, dengan maklumat dan pelan tindakan yang “lambat” atau “langsung tiada”.
  • Mereka turut menggesa kerajaan mendedahkan langkah-langkah yang akan diambil untuk mengelak kejadian seperti itu berulang.
  • “Telah sekian lama tiada tindakan dalam isu pemuliharaan dan perlindungan lereng bukit, hutan, dan kawasan tadahan air.
  • “Sudah tiba masanya kerajaan mengambil tanggungjawab dan bukan sekadar menantikan tragedi berlaku lagi,” katanya kepada FMT.

 

PETALING JAYA: Pencinta alam dan aktivis menggesa pihak berkuasa segera mendedahkan laporan rasmi mengenai kejadian tanah runtuh di Batang Kali yang meragut 31 nyawa hampir dua bulan lalu.

Mereka turut menggesa kerajaan mendedahkan langkah-langkah yang akan diambil untuk mengelak kejadian seperti itu berulang.

 Presiden Persatuan Ekopelancongan & Pemuliharaan Malaysia Andrew Sebastian menyifatkan kelewatan mendedahkan laporan rasmi itu sebagai sesuatu yang tipikal menunjukkan respons kerajaan dalam kejadian lain di masa lalu, dengan maklumat dan pelan tindakan yang “lambat” atau “langsung tiada”.

 Katanya, forum awam terdiri daripada pakar bebas boleh diadakan untuk mendapatkan cadangan sekiranya pihak berkuasa tiada buah fikiran mengenai apa yang boleh dilakukan.

 “Telah sekian lama tiada tindakan dalam isu pemuliharaan dan perlindungan lereng bukit, hutan, dan kawasan tadahan air.

 “Sudah tiba masanya kerajaan mengambil tanggungjawab dan bukan sekadar menantikan tragedi berlaku lagi,” katanya kepada FMT.

 Ahli akademik yang juga bekas Ahli Parlimen, Kua Kia Soong mahukan penjelasan bagaimana kawasan lereng yang curam di Batang Kali itu boleh ditarah, selain sama ada langkah-langkah diambil bagi melindungi kawasan itu ketika jalan dibina di situ.

 Beliau turut membangkitkan sama ada wujud elemen kecuaian atau rasuah termasuk melibatkan ahli politik dan pemaju.

 Katanya, peraturan berkaitan pembangunan lereng bukit perlu diperbaharui, selain syarat penilaian impak alam sekitar (EIA) diperketatkan.

 Kua turut menggesa suruhanjaya siasatan diraja menyiasat kejadian di Batang Kali itu memandangkan jumlah kematian yang tinggi.

 Aktivis alam sekitar, Anthony Tan, berkata pihak berkuasa perlu mendokumenkan tragedi itu dari sudut pandangan mangsa terselamat, keluarga mangsa, anggota penyelamat, dan agensi-agensi yang terlibat dalam operasi menyelamat.

 Seramai 31 mangsa termasuk 13 kanak-kanak maut dalam tanah runtuh pada 16 Disember lalu itu.

 Hasil dapat awal kementerian kerja raya menunjukkan rekahan akibat tekanan di sepanjang jalan di atas lereng bukit serta aliran air bawah tanah di tapak perkhemahan berkemungkinan menjadi punca kejadian.

 Bulan lalu, kerajaan berkata laporan penuh kejadian itu masih dalam proses disiapkan.

 

Sumber : FMT

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

ADUN DAP bidas gesaan PERKASA supaya boikot PETRONAS

Gesaan PERKASA supaya PETRONAS diboikot susulan langkah gergasi minyak dan gas itu melantik syarikat bukan bumiputera, Solarvest Energy Sdn Bhd untuk kontrak pemasangan panel solar dikritik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Astaka dari DAP.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Presiden PERKASA, Syed Hassan Syed Ali (kiri) & Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Astaka dari DAP, Jason Ng Thien Yeong (kanan).
  • Gesaan PERKASA supaya PETRONAS diboikot berikutan melantik syarikat bukan bumiputera,  Solarvest Energy Sdn Bhd untuk kontrak pemasangan panel solar dikritik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Astaka dari DAP.
  • Jason Ng Thien Yeong berkata ugutan bahawa PETRONAS perlu memberi 50 peratus daripada projek pemasangan sistem tenaga solar kepada syarikat Melayu dan bumiputera atau berdepan boikot selama seminggu itu adalah berasaskan sentimen kaum, bukan berasaskan kemampuan sesebuah syarikat.
  • “Jika cadangan keterlaluan dan regresif PERKASA itu diterima, maka syarikat dan pelabur asing akan hilang keyakinan terhadap pasaran Malaysia.
  • “Ugutan Perkasa untuk memboikot Petronas selama seminggu adalah cubaan untuk mencari populariti dan mengaut ‘political mileage’ mengikut trend “boikot” yang semakin serius di negara kita. 
  • “Mujurlah cadangan ini telah ditolak oleh Petronas dan kebanyakan rakyat Malaysia yang lain,” katanya  menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.
  • Sebuah portal media sebelum ini, melaporkan Presiden PERKASA, Syed Hassan Syed Ali kesal dengan keputusan PETRONAS yang didakwa tidak mengutamakan kontraktor bumiputera dalam pemberian kontrak pemasangan panel solar di 300 stesen minyaknya.
  • Katanya, demi mengenang nasib kontraktor bumiputera beliau berharap pengguna minyak PETRONAS berkorban selama seminggu untuk ‘menjauhi’ stesen minyak berkenaan dan berharap PETRONAS dapat mengubah kontrak dinyatakan sebelum ini.

KUALA LUMPUR — Gesaan PERKASA supaya PETRONAS diboikot susulan langkah gergasi minyak dan gas itu melantik syarikat bukan bumiputera, Solarvest Energy Sdn Bhd untuk kontrak pemasangan panel solar dikritik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Astaka dari DAP.

Jason Ng Thien Yeong berkata ugutan bahawa PETRONAS perlu memberi 50 peratus daripada projek pemasangan sistem tenaga solar kepada syarikat Melayu dan bumiputera atau berdepan boikot selama seminggu itu adalah berasaskan sentimen kaum, bukan berasaskan kemampuan sesebuah syarikat.

“Jika cadangan keterlaluan dan regresif PERKASA itu diterima, maka syarikat dan pelabur asing akan hilang keyakinan terhadap pasaran Malaysia.

“Ugutan Perkasa untuk memboikot Petronas selama seminggu adalah cubaan untuk mencari populariti dan mengaut ‘political mileage’ mengikut trend “boikot” yang semakin serius di negara kita. 

“Mujurlah cadangan ini telah ditolak oleh Petronas dan kebanyakan rakyat Malaysia yang lain,” katanya  menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.

Ng Thien Yeong berkata beliau menghargai tindakan PETRONAS yang mengeluarkan kenyataan tegas dengan menyatakan pemberian kontrak itu berdasarkan merit dan tidak akur dengan ugutan PERKASA.

Beliau mendakwa majoriti rakyat Malaysia turut menolak cadangan itu yang sekali gus membuktikan amalan perkauman ekstrim masih ditolak di negara ini.

“Saya menggesa kerajaan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menghasut hubungan kaum bagi mengelakkan masyarakat majmuk Malaysia yang asalnya harmoni dan aman dimusnahkan oleh golongan ekstrem ini,” katanya.

Sebelum ini, sebuah portal media melaporkan Presiden PERKASA, Syed Hassan Syed Ali kesal dengan keputusan PETRONAS yang didakwa tidak mengutamakan kontraktor bumiputera dalam pemberian kontrak pemasangan panel solar di 300 stesen minyaknya.

Menurut Syed Hassan, orang Melayu dikatakan majoriti pengisi minyak PETRONAS sehubungan itu beliau menggesa kumpulan itu supaya mengkaji semula kontrak berkenaan.

Katanya, demi mengenang nasib kontraktor bumiputera beliau berharap pengguna minyak PETRONAS berkorban selama seminggu untuk ‘menjauhi’ stesen minyak berkenaan dan berharap PETRONAS dapat mengubah kontrak dinyatakan sebelum ini.

Mengulas lanjut, Ng Thien Yeong berkata Solarvest yang diberi kontrak pemasangan sistem solar PETRONAS itu adalah syarikat awam tersenarai mempunyai kepakaran dalam pembangunan tenaga baharu. 

“Kepakaran mereka bukan sahaja membolehkan mereka mendapat kontrak daripada Petronas, tetapi juga mempunyai projek-projek penjanaan tenaga solar yang lain termasuk dengan Tenaga Nasional Berhad,” katanya. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending