Connect with us

Komuniti

100 orang dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Batang Kali

Dianggarkan seramai 100 orang dikhuatiri menjadi mangsa kejadian tanah runtuh di sebuah tapak perkhemahan berhampiran Father Organic Farm, di sini, awal pagi hari ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

100-orang-dikhuatiri-tertimbus-dalam-kejadian-tanah-runtuh-di-Batang-Kali
Foto: Tanah runtuh di Father's Organic Farm, Batang Kali.
  • Dianggarkan seramai 100 orang dikhuatiri jadi mangsa kejadian tanah runtuh di sebuah tapak perkhemahan berhampiran Father Organic Farm, awal pagi hari ini.
  • Sepasukan 20 anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu, Rawang dan Genting Highlands dikejarkan ke lokasi kejadian.
  • Berdasarkan laporan awal, kejadian itu berlaku di tepi jalan berhampiran Father Organic Farm menghempap sebuah tapak perkhemahan.
  • “Operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang giat dilakukan termasuk menggunakan khidmat unit anjing pengesan (K9) dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari BBP Sentosa, Ampang, Pandan, Kota Anggerik, Kajang dan Andalas.- Pengarah JBPM Selangor, Datuk Norazam.

HULU SELANGOR: Dianggarkan seramai 100 orang dikhuatiri menjadi mangsa kejadian tanah runtuh di sebuah tapak perkhemahan berhampiran Father Organic Farm, di sini, awal pagi hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 2.24 pagi.

Beliau berkata, sepasukan 20 anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu, Rawang dan Genting Highlands dikejarkan ke lokasi kejadian.

Foto: Operasi menyelamat di lokasi kejadian

Foto: Operasi menyelamat di lokasi kejadian.

“Berdasarkan laporan awal, kejadian tanah runtuh yang berlaku di tepi jalan berhampiran Father Organic Farm menghempap sebuah tapak perkhemahan.

“Ketinggian runtuhan dianggarkan setinggi 30 meter dengan anggaran keluasan runtuhan satu ekar (0.4 hektar),” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun, Norazam berkata, maklumat daripada pasukan perubatan mendapati seramai 31 mangsa berjaya ditemukan dan berada dalam keadaan selamat.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang giat dilakukan termasuk menggunakan khidmat unit anjing pengesan (K9) dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari BBP Sentosa, Ampang, Pandan, Kota Anggerik, Kajang dan Andalas.

“Turut digerakkan ke lokasi kejadian adalah Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM),” katanya.

Sumber: Berita Harian

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *