Connect with us

Antarabangsa

Qatar suarakan ‘kebimbangan melampau’ dasar Taliban larang wanita bekerja di Afghanistan

Qatar menyuarakan ‘kebimbangan melampau’ terhadap arahan pemerintah Taliban baru-baru ini, untuk melarang wanita bekerja.

Wartawan TMT

Published

on

Qatar suarakan 'kebimbangan melampau' dasar Taliban larang wanita bekerja di Afghanistan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Qatar menyuarakan ‘kebimbangan melampau’ terhadap pemeritahan Taliban melarang wanita bekerja.
  • Kementerian Luar menggesa pentadbiran Afghanistan mengkaji semula keputusan berkenaan.
  • Tegasnya, keperluan menghormati hak wanita untuk bekerja memandangkan kebebasan untuk memilih dan menerima pekerjaan adalah hak asasi manusia.

DOHA, 2 Jamadilakhir 1444H, Isnin – Qatar menyuarakan ‘kebimbangan melampau’ terhadap arahan pemerintah Taliban baru-baru ini, untuk melarang wanita bekerja.

Kementerian Luar dalam kenyataan pada Ahad menggesa pentadbiran Afghanistan mengkaji semula keputusan berkenaan.

“Kementerian menegaskan keperluan menghormati hak wanita untuk bekerja memandangkan kebebasan untuk memilih dan menerima pekerjaan adalah hak asasi manusia”, tegasnya.

Terdahulu, Taliban mengarahkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan dan asing menggantung perkhidmatan pekerja wanita selepas ‘aduan serius’ mengenai kod pakaian mereka.

Arahan itu mengancam untuk menggantung lesen operasi NGO yang gagal melaksanakan langkah berkenaan.

Tindakan itu mendapat kecaman segera daripada antarabangsa, dengan kerajaan dan pertubuhan memberi amaran mengenai kesan terhadap perkhidmatan kemanusiaan di negara yang jutaan orang bergantung kepada bantuan.

Qatar menjadi tuan rumah pejabat perwakilan untuk Taliban ketika perang pimpinan Amerika Syarikat (AS) di Afghanistan dan beperanan sebagai tempat rundingan damai sebelum kumpulan itu mengambil alih kuasa pada 2021. 

Sumber: Ismaweb

 

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Iran keluarkan ‘amaran rahsia’ kepada sekutu AS – WSJ

Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
  • Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.
  • Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.
  • Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.
  • Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.

Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.

Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.

Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.

Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.

Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.

Pegawai beberapa negara yang menempatkan tentera AS memberitahu WSJ bahawa negara mereka telah memaklumkan kepada pentadbiran Presiden AS, Joe Biden bahawa mereka tidak mahu infrastruktur ketenteraan atau ruang udara mereka digunakan untuk sebarang operasi ofensif terhadap Iran.

Dalam laporan berasingan pada Khamis, Reuters memetik tiga sumber yang menyatakan Arab Saudi, Qatar dan UAE semuanya memberitahu Washington bahawa mereka tidak akan membenarkan jet Israel menggunakan ruang udara mereka untuk melakukan serangan.

Pegawai pertahanan AS mengakui beberapa rakan serantau menyuarakan kebimbangan mereka kepada Pentagon, tetapi permintaan itu “masih tidak rasmi,” lapor WSJ. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending