Antarabangsa
Program kemanusian di Afghanistan terpaksa dihentikan ekoran kekurangan kakitangan wanita – PBB
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam memaklumkan beberapa program kemanusiaan penting di Afghanistan terpaksa dihentikan buat sementara waktu kerana kerajaan yang ditadbir Taliban melarang golongan wanita negara itu terbabit dengan kegiatan berkenaan.
- Ini kerana kerajaan yang ditadbir Taliban melarang golongan wanita negara itu terbabit dengan kegiatan berkenaan.
- Ketua Agensi PBB dan beberapa kumpulan bantuan lain bersama mempertahankan penyertaan wanita dengan kerja penyampaian bantuan kerana ia mesti diteruskan.
- “Keputusan mengharamkan wanita melakukan kerja kemanusiaan mempunyai akibat mengancam nyawa bagi semua rakyat Afghanistan. Sudah beberapa program penting terpaksa dihentikan buat sementara waktu kerana kekurangan kakitangan wanita.
- “Justeru, kami tidak boleh mengabaikan kekangan operasi yang dihadapi sebagai komuniti kemanusiaan. Kami akan berusaha meneruskan aktiviti bagi menyelamatkan nyawa. Tetapi kami jangkakan lebih banyak aktiviti perlu dihentikan sementara sehingga kami dapat menyampaikan bantuan tanpa pekerja bantuan wanita.
NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam memaklumkan beberapa program kemanusiaan penting di Afghanistan terpaksa dihentikan buat sementara waktu kerana kerajaan yang ditadbir Taliban melarang golongan wanita negara itu terbabit dengan kegiatan berkenaan.
Ekoran tindakan itu, PBB turut memberi amaran kemungkinan banyak lagi aktiviti lain akan berdepan masalah sama.
Ketua Bantuan PBB, Martin Griffiths; Ketua Agensi PBB dan beberapa kumpulan bantuan lain dalam satu kenyataan bersama mempertahankan penyertaan wanita untuk terbabit dengan kerja penyampaian bantuan kerana ia bukan sesuatu yang boleh dirunding dan mesti diteruskan.
Justeru, pihak berkenaan sepakat mendesak supaya pihak berkuasa untuk membatalkan keputusan itu.
“Keputusan mengharamkan wanita daripada melakukan kerja kemanusiaan mempunyai akibat yang mengancam nyawa serta-merta bagi semua rakyat Afghanistan. Sudah beberapa program penting terpaksa dihentikan buat sementara waktu kerana kekurangan kakitangan wanita.
“Justeru, kami tidak boleh mengabaikan kekangan operasi yang dihadapi sebagai komuniti kemanusiaan. Kami akan berusaha untuk meneruskan aktiviti bagi menyelamatkan nyawa dan perkara penting. Tetapi kami jangkakan lebih banyak aktiviti perlu dihentikan sementara sehingga kami dapat menyampaikan bantuan tanpa pekerja bantuan wanita.
“Tiada negara yang mampu untuk mengecualikan separuh daripada penduduknya untuk memberi sumbangan kepada masyarakat,” kata mereka.
Kenyataan itu ditandatangani oleh Ketua Program Makanan Sedunia (UNICEF), Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Program Pembangunan PBB dan Pesuruhjaya Tinggi untuk Pelarian dan Hak Asasi Manusia (UNCHR).
Larangan ke atas pekerja bantuan wanita diumumkan oleh kerajaan Taliban Sabtu lalu.
Ia susulan larangan yang dikenakan minggu lalu ke atas wanita untuk ke universiti.
Kanak-kanak perempuan juga dilarang ke sekolah menengah pada Mac lalu.
Berikutan larangan itu, keempat-empat pertubuhan global utama itu Ahad lalu terpaksa menangguhkan operasi kerana tidak dapat menjalankan program tanpa kakitangan wanita.
Menurut kenyataan dikeluarkan PBB, larangan ke atas pekerja bantuan wanita diumumkan ketika lebih 28 juta orang di Afghanistan menagih bantuan untuk terus hidup di negara yang sedang berdepan dengan risiko kebuluran, kemerosotan ekonomi, kemiskinan yang kian memburuk dan musim sejuk.
Sumber: Berita Harian
Antarabangsa
Hentikan sekatan ke atas Afghanistan – Menteri Luar Russia
Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.
- Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.
- Lavrov bagaimanapun tidak menyatakan sama ada Moscow akan menarik balik klasifikasi “organisasi pengganas” yang ditetapkannya ke atas Taliban.
- “Kami mendesak negara-negara Barat mengakui tanggungjawab mereka dalam pembinaan semula Afghanistan pasca-konflik, menarik balik sekatan dan memulangkan aset Kabul yang dirampas,” kata Lavrov dipetik AFP dalam laporan The Moscow Times hari ini.
- Lavrov berkata demikian di pembukaan forum diplomatik tahunan mengenai Afghanistan, diketuai Russia, melibatkan utusan dari Taliban dan negara-negara jiran di Timur Tengah dan Asia Tengah.
- Moscow mengembangkan hubungan dengan Taliban sejak kumpulan itu kembali berkuasa di Afghanistan pada 2021 setelah pengunduran Amerika Syarikat dari negara dilanda peperangan itu.
Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.
Lavrov bagaimanapun tidak menyatakan sama ada Moscow akan menarik balik klasifikasi “organisasi pengganas” yang ditetapkannya ke atas Taliban.
“Kami mendesak negara-negara Barat mengakui tanggungjawab mereka dalam pembinaan semula Afghanistan pasca-konflik, menarik balik sekatan dan memulangkan aset Kabul yang dirampas,” kata Lavrov dipetik AFP dalam laporan The Moscow Times hari ini.
Lavrov berkata demikian di pembukaan forum diplomatik tahunan mengenai Afghanistan, diketuai Russia, melibatkan utusan dari Taliban dan negara-negara jiran di Timur Tengah dan Asia Tengah.
Moscow mengembangkan hubungan dengan Taliban sejak kumpulan itu kembali berkuasa di Afghanistan pada 2021 setelah pengunduran Amerika Syarikat dari negara dilanda peperangan itu.
Taliban berada di bawah sekatan Barat selama lebih dua dekad dan pada awalnya dikenakan sekatan pembiayaan kepada al-Qaeda dan kumpulan lain yang dilabelkan sebagai “pengganas”.
Beberapa pegawai Russia menyeru Moscow mengeluarkan Taliban dari senarai “organisasi pengganas dan ekstremis” bagi meningkatkan kerjasama lebih lanjut.
Menteri Luar Afghanistan, Amir Khan Muttaqi dilaporkan berada di Moscow untuk perbincangan itu.
Lavrov juga dilaporkan berkata Russia tidak akan menerima “negara ketiga” menempatkan pangkalan tentera di Afghanistan atau menubuhkan kemudahan tentera baru di negara-negara jirannya “atas apa jua alasan”.
Russia mempunyai pangkalan tentera besar di Tajikistan yang bersempadan dengan Afghanistan. — The Merdeka Times
-
Antarabangsa1 day ago
Arab Saudi, Qatar, UAE, Bahrain dan Kuwait tidak benar AS guna pangkalan udara serang Iran
-
Antarabangsa1 day ago
(VIDEO) Profesor Iran ‘sekolahkan’ wartawan Sky News
-
Terkini1 day ago
(VIDEO) Mengapa wirid Aurad Muhammadiah GISB sesat?
-
Antarabangsa1 day ago
Hentikan sekatan ke atas Afghanistan – Menteri Luar Russia