Connect with us

Antarabangsa

Populasi Muslim England, Wales meningkat 44 peratus, penganut Kristian merosot

Populasi orang Islam di England dan Wales meningkat 44 peratus sejak sedekad lalu, demikian menurut data Banci 2021 yang baru dikeluarkan dipetik Middle East Monitor.

Wartawan TMT

Published

on

Populasi Muslim England, Wales meningkat 44 peratus, Kristian bukan lagi majoriti
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Populasi orang Islam di England dan Wales meningkat 44 peratus sejak sedekad lalu, demikian menurut data Banci 2021 yang baru dikeluarkan.
  • Angka diterbitkan ONS menunjukkan bilangan Muslim di England dan Wales ialah 3.9 juta orang berbanding 2.7 juta orang pada 2011.
  • Selain itu, kumpulan etnik kedua terbesar di negara terbabit adalah orang Asia, Asia British atau Asia Welsh.
  • Kelompok itu menyumbang 9.3 peratus daripada keseluruhan populasi iaitu 5.5 juta orang, meningkat dari 4.2 juta individu.
  • Peratusan yang mengaku mereka beragama Kristian adalah 46.2 peratus, menurun dari 59.3 peratus dalam banci sebelumnya.

 

LONDON – Populasi orang Islam di England dan Wales meningkat 44 peratus sejak sedekad lalu, demikian menurut data Banci 2021 yang baru dikeluarkan dipetik Middle East Monitor.

Angka diterbitkan oleh Pejabat Perangkaan Kebangsaan (ONS) menunjukkan bilangan Muslim di England dan Wales ialah 6.5 peratus atau 3.9 juta orang berbanding 4.9 peratus (2.7 juta orang) pada 2011 daripada populasi keseluruhan.

Namun data itu juga menunjukkan majoriti umat Islam (61 peratus) tinggal di kawasan paling miskin di kedua-dua negara, manakala empat peratus tinggal di kawasan kurang berkemampuan di England dan Wales. 

Kumpulan etnik kedua terbesar di negara terbabit adalah orang Asia, Asia British atau Asia Welsh.

Kelompok itu menyumbang 9.3 peratus daripada keseluruhan populasi iaitu 5.5 juta orang, meningkat dari 4.2 juta individu.

Mengikut banci terakhir, Tower Hamlets di London Timur mempunyai peratusan penduduk Muslim tertinggi dengan populasi meningkat 1.9 peratus dan kini membentuk hampir 40 peratus daripada penduduk tempatan.

Data Banci juga mencatatkan kemerosotan penganut agama Kristian kerana buat pertama kalinya, hanya sedikit penduduk England dan Wales mengaku mereka menganut agama itu.

Peratusan yang mengaku mereka beragama Kristian adalah 46.2 peratus, menurun dari 59.3 peratus dalam banci sebelumnya.

Sementara itu, 37.2 peratus orang (22.2 juta) mengisytiharkan mereka animisme – respon kedua paling biasa diterima dan mewakili peningkatan daripada 25.2 peratus pada 2011.

Sumber: Middle East Monitor

 

 

Author

Antarabangsa

Tiada tanda gencatan senjata dicapai di Gaza, perantara masih optimistik

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.
  • Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.
  • Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.

Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Tiada komen rasmi daripada Israel mengenai rundingan itu setakat ini selain fakta bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu diberi taklimat mengenainya dan delegasi Israel hadir untuk pusingan rundingan kali ini.

Mandat diberikan kepada perunding Israel oleh Netanyahu juga tidak diketahui sepenuhnya kerana butiran mengenai rundingan itu tidak didedahkan kepada umum.

Walaupun pengantara kekal optimistik, masih tiada tanda bahawa kesepakatan hampir tercapai. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Trending