Connect with us

Antarabangsa

Penulis Perancis hasut kebencian umat Islam, Masjid Besar Paris failkan aduan

Masjid Besar Paris memfailkan aduan terhadap penulis Perancis, Michel Houellebecq berhubung kenyataan Islamofobianya yang dikhuatiri menggugat keselamatan penganut Islam di negara itu.

Wartawan TMT

Published

on

Penulis Perancis hasut kebencian umat Islam, Masjid Besar Paris failkan aduan
Foto: Michel Onfray (kiri), Michel Houellebecq (kanan).
  • Masjid Besar Paris memfailkan aduan terhadap penulis Perancis, Michel Houellebecq berhubung kenyataan Islamofobianya yang dikhuatiri menggugat keselamatan penganut Islam di negara itu.
  • Dalam artikel itu, Houellebecq menggesa penduduk di Perancis  perlu ‘melengkapkan diri masing-masing dengan senjata’ dan boleh menyerang pertubuhan Islam apabila ‘seluruh wilayah di Perancis jatuh di bawah kawalan Islam’.
  • “Serangan dan tembakan akan dilakukan di masjid-masjid, di kedai-kedai kopi yang kebanyakannya dikunjungi oleh orang Islam,” ujar kenyataan jahat Houellebecq.
  • Pentadbiran Masjid Besar Paris menyifatkan kenyataan Houellebecq itu ‘sangat kejam dan tidak boleh diterima’, mereka tidak berusaha untuk menjelaskan sebarang perdebatan awam tetapi sebaliknya membangkitkan retorik dan tindakan yang diskriminasi.

PARIS: Masjid Besar Paris memfailkan aduan terhadap penulis Perancis, Michel Houellebecq berhubung kenyataan Islamofobianya yang dikhuatiri menggugat keselamatan penganut Islam di negara itu.

Kenyataan media akhbar itu berkata, keputusan itu diambil pada Khamis (29 Dis)  waktu tempatan, sebagai susulan kepada  ‘perbincangan panjang lebar’ antara Houellebecq dan seorang lagi penulis, Michel Onfray diterbitkan dalam majalah Front Populaire pada Nov tahun ini, lapor Anadolu Agency.

Dalam artikel itu, Houellebecq menggesa bahawa penduduk di Perancis  perlu ‘melengkapkan diri masing-masing dengan senjata’ dan boleh menyerang pertubuhan Islam apabila ‘seluruh wilayah di Perancis jatuh di bawah kawalan Islam’.

“Orang ramai ‘melengkapkan diri mereka sendiri dengan senjata’. Mereka perlu mendapatkan senapang dan mengikuti kursus menembak… Saya fikir tindakan penentangan akan berlaku apabila seluruh wilayah berada di bawah kawalan Islam. 

“Serangan dan tembakan akan dilakukan di masjid-masjid, di kedai-kedai kopi yang kebanyakannya dikunjungi oleh orang Islam,” ujar kenyataan jahat Houellebecq.

Pentadbiran Masjid Besar Paris menyifatkan kenyataan Houellebecq itu sebagai ‘sangat kejam dan tidak boleh diterima’.

“Mereka (Michel Houellebecq dan Michel Onfray) tidak berusaha untuk menjelaskan sebarang perdebatan awam tetapi sebaliknya membangkitkan retorik dan tindakan yang diskriminasi,” tambah kenyataan itu.

Kenyataan itu juga menyatakan bahawa walaupun mengkritik agama dibenarkan dalam masyarakat demokratik, komen dalam artikel itu adalah lebih kepada ‘menyeru untuk menolak dan mengecualikan komponen Muslim secara keseluruhan’.

“Dalam keadaan ini, Masjid Besar Paris telah memutuskan untuk memfailkan aduan … terhadap kenyataan yang dianggapnya sebagai tindakan yang menimbulkan kebencian terhadap umat Islam,” tegas kenyataan tersebut.

Sumber: Harakahdaily

 

 

 

Author

Antarabangsa

Tiada tanda gencatan senjata dicapai di Gaza, perantara masih optimistik

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.
  • Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.
  • Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.

Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Tiada komen rasmi daripada Israel mengenai rundingan itu setakat ini selain fakta bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu diberi taklimat mengenainya dan delegasi Israel hadir untuk pusingan rundingan kali ini.

Mandat diberikan kepada perunding Israel oleh Netanyahu juga tidak diketahui sepenuhnya kerana butiran mengenai rundingan itu tidak didedahkan kepada umum.

Walaupun pengantara kekal optimistik, masih tiada tanda bahawa kesepakatan hampir tercapai. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending