Connect with us

Antarabangsa

Pelaku pedofilia transgender marah dipanggil lelaki, sifatkan tindakan itu jenayah kebencian

Pelaku pedofilia transgender menegaskan dia adalah seorang wanita dan mendakwa sukarelawan yang menggelarnya dengan jantina salah sebagai jenayah kebencian. 

Wartawan TMT

Published

on

Pelaku pedofilia transgender marah dipanggil lelaki, sifatkan tindakan itu jenayah kebencian
Foto: Gemma Anne Hicks, 35.
  • Seorang pelaku pedofilia transgender, Gemma Anne Hicks, 35, mendakwa sukarelawan yang menggelarnya bukan wanita sebagai jenayah kebencian.
  • Hicks ditahan buat kali kedua atas pertuduhan komunikasi seksual secara agresif dengan seorang gadis berusia 12 tahun di Facebook.
  • Bagaimanapun, ia adalah profil FB samaran diwujudkan CIM bagi membongkar kegiatan transgender itu menerusi media sosial.
  • Suspek didakwa mengaku sebagai pedofilia dalam satu mesej berbunyi, “Sejujurnya, saya tertarik secara seksual kepada gadis kecil”.
  • Ini adalah kali ketiga transgender itu ditangkap kerana kelakuan serupa tetapi hanya satu berita penangkapan dan sabitan lain direkodkan di bawah nama “wanitanya”.
  • Pedofilia ialah sejenis gangguan psikologi di mana individu dewasa tertarik secara seksual kepada kanak-kanak yang belum baligh.

 

WALES – Pelaku pedofilia transgender menegaskan dia adalah seorang wanita dan mendakwa sukarelawan yang menggelarnya dengan jantina salah sebagai jenayah kebencian. 

Gemma Anne Hicks, 35, memberi amaran itu kepada sukarelawan pertubuhan Children’s Innocence Matters (CIM) yang bertindak menahannya ketika melakukan komunikasi seksual dengan mangsa bawah umur.

Hicks ditangkap buat kali kedua atas tuduhan komunikasi seksual secara agresif dengan seorang gadis berusia 12 tahun di Facebook.

Bagaimanapun, ia adalah profil FB samaran diwujudkan CIM bagi membongkar kegiatan transgender itu menerusi media sosial.

Suspek didakwa mengaku sebagai pedofilia dalam satu mesej berbunyi, “Sejujurnya, saya tertarik secara seksual kepada gadis kecil”.

CIM kemudian mengatur pertemuan dengan Hicks di lokasi ditetapkan dan merekodkan interaksi untuk keselamatan mereka sendiri. 

Semasa ditahan CIM, suspek mendakwa dia “diserang” semasa menunggu pihak polis di bawah Akta Polis dan Keterangan Jenayah yang membenarkan penangkapan oleh bukan anggota polis. 

“Begitulah lagi, salah jantina. Itu diklasifikasikan jenayah kebencian,”  kata Hicks beberapa kali.

Apabila polis tiba, seorang pegawai wanita memberitahu Hicks ditahan kerana komunikasi seksual dengan kanak-kanak di bawah umur 16 tahun.

Ini bukan kali pertama pemangsa itu terlibat secara tidak wajar dengan kanak-kanak bawah umur. 

Semasa kejadian itu, pemburu Hicks mendakwa ini kali ketiga transgender itu ditangkap kerana kelakuan serupa tetapi hanya satu berita penangkapan dan sabitan lain direkodkan di bawah nama “wanitanya”.

Pedofilia ialah sejenis gangguan psikologi di mana individu dewasa tertarik secara seksual kepada kanak-kanak yang belum baligh.

 

Sumber: Reduxx 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Tiada tanda gencatan senjata dicapai di Gaza, perantara masih optimistik

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.
  • Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.
  • Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.

Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Tiada komen rasmi daripada Israel mengenai rundingan itu setakat ini selain fakta bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu diberi taklimat mengenainya dan delegasi Israel hadir untuk pusingan rundingan kali ini.

Mandat diberikan kepada perunding Israel oleh Netanyahu juga tidak diketahui sepenuhnya kerana butiran mengenai rundingan itu tidak didedahkan kepada umum.

Walaupun pengantara kekal optimistik, masih tiada tanda bahawa kesepakatan hampir tercapai. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Trending