Connect with us

Antarabangsa

PBB kecam tindakan kerajaan sementara Afghanistan larang pelajar wanita ke universiti

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam mengecam tindakan terkini kerajaan sementara Afghanistan diterajui Taliban yang melarang pendidikan peringkat universiti bagi pelajar wanita di negara itu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam mengecam tindakan terkini kerajaan sementara Afghanistan diterajui Taliban yang melarang pendidikan peringkat universiti bagi pelajar wanita di negara itu.
  • Kementerian Pengajian Tinggi Afghanistan sebelum ini dilapor mengumumkan larangan pendidikan wanita berkuat kuasa serta-merta dan sehingga diberitahu kelak, sekali gus mengecualikan wanita daripada kehidupan awam.
  • “Sukar bayangkan bagaimana sebuah negara boleh membangun, boleh tangani semua cabaran dihadapinya tanpa penyertaan wanita secara aktif dan pendidikan wanita,” kata jurucakap PBB, Stephane Dujarric.
  • Setakat ini, belum ada mana-mana media melapor mengenai penjelasan kerajaan semasa mengenai larangan wanita menyambung pengajian ke peringkat universiti di Afghanistan itu.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam mengecam tindakan terkini kerajaan sementara Afghanistan diterajui Taliban yang melarang pendidikan peringkat universiti bagi pelajar wanita di negara itu.

Kementerian Pengajian Tinggi Afghanistan sebelum ini mengumumkan larangan pendidikan wanita berkuat kuasa serta-merta dan sehingga diberitahu kelak, sekali gus mengecualikan wanita daripada kehidupan awam.

”Ia jelas satu lagi janji yang dimungkiri Taliban.

”Ia satu lagi langkah yang sangat mengganggu,” kata jurucakap PBB, Stephane Dujarric kepada wartawan dipetik agensi berita Anadolu.

Wanita dan gadis dilaporkan dilucutkan hak mereka, termasuk hak untuk akses pendidikan, hilang daripada masyarakat umum sejak Taliban kembali berkuasa pada 15 Ogos 2021 susulan kejatuhan kerajaan terdahulu disokong kuasa barat dan pengunduran Amerika Syarikat dari Afghanistan.

Taliban dilaporkan gagal memenuhi janji mereka kepada masyarakat antarabangsa.

“Sukar untuk membayangkan bagaimana sebuah negara boleh membangun, boleh menangani semua cabaran dihadapinya tanpa penyertaan wanita secara aktif dan pendidikan wanita,” kata Dujarric.

Beribu-ribu wanita kehilangan pekerjaan atau terpaksa meletakkan jawatan daripada institusi kerajaan dan sektor swasta.

Kanak-kanak perempuan juga turut dilaporkan dihalang daripada menghadiri pendidikan sekolah menengah.

Ekoran itu ramai wanita menuntut hak mereka dikembalikan dengan turun ke jalanan bagi membantah keputusan kerajaan semasa.

Setakat ini, belum ada mana-mana media melapor mengenai penjelasan kerajaan semasa mengenai larangan wanita menyambung pengajian ke peringkat universiti di Afghanistan itu.

 

Sumber : Anadolu Agency

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) Dituduh angkut lembu, pemandu trak Sikh diserang kumpulan pelampau di India

Sebuah video tular memaparkan seorang pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

Sebuah video tular memaparkan seorang pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

Video dimuat naik HindutvaWatch di platform X itu meletakkan keterangan hantaran, “pengawal lembu menyerang seorang pemandu trak Sikh dan menggunakan serbannya untuk mengikat kakinya kerana mengangkut lembu”.

Video itu dimuat naik pada hari ini yang merujuk kepada insiden yang berlaku di Sonipat, Haryana pada 17 April lalu.

Di dalam sedutan video itu, penganut Sikh tersebut dilihat membawa sebuah lori di tempat duduk pemandu memakai turban berwarna safron bercakap pada arah video yang sedang merakamnya.

Rakaman itu kemudiannya disusuli tindakan seorang lelaki berbaju merah cuba bertindak memberhentikan atau membuka pintu tempat duduk lelaki tersebut.

Dalam sedutan lain, gambar individu Sikh di dalam video itu menunjukkannya duduk dengan turban safron yang pada asalnya dipakai, akhirnya digunakan untuk dililit kakinya, dengan sedikit tompokan darah darah pada pakaiannya.

Dalam keadaan itu, individu Sikh itu dilihat tenang dan tidak berkata apa-apa.

Pengguna platform X memberi komentar mengutuk tindakan menyasarkan pemandu trak beragama sikh itu dengan pelbagai keluhan.

“Sangat menjijikkan. Mereka melampau dalam bertindak atas perkara sebegini,” kata Faisal Siraj.

Sebuah akaun lain dengan nama Pakistan Times juga berkata “Malah Sikh pun tidak selamat di India.” – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending