Connect with us

Antarabangsa

Pasangan sumbang mahram tuntut Jerman benarkan perkahwinan adik-beradik

Pasangan sumbang mahram di Jerman mahu undang-undang yang melarang perkahwinan sesama adik-beradik ditamatkan, demikian lapor Daily Mail.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Pasangan sumbang mahram tuntut Jerman benarkan perkahwinan adik beradik
Foto: Pasangan sumbang mahram, Patrick Stuebing (kiri) dan Susan Karolewski (kanan).
  • Pasangan sumbang mahram, Patrick Stuebing, 44 dan Susan Karolewski, 37, mahu Jerman tamatkan undang-undang melarang perkahwinan sesama adik-beradik.
  •  “Kami tidak merasa bersalah tentang apa yang telah berlaku antara kami. Kami mahu undang-undang yang menjadikan sumbang mahram sebagai jenayah dihapuskan.
  • Kami tidak tahu bahawa tidur bersama adalah haram. Ibu kami tidak akan bersetuju, tetapi satu-satunya yang akan menilai kami sekarang ialah kami sendiri,” – Patrick Stuebing.

Pasangan sumbang mahram di Jerman mahu undang-undang yang melarang perkahwinan sesama adik-beradik ditamatkan, demikian lapor Daily Mail.

Patrick Stuebing, 44, yang dibesarkan keluarga angkat hanya mengenali adiknya, Susan Karolewski, 37, ketika dia menjejaki keluarga kandungnya pada usianya 20an.

Selepas dia berpindah ke rumah ibu kandungnya, Patrick dan Susan mula melakukan hubungan seks dan menjalinkan hubungan sebagai kekasih.

Susan melahirkan empat orang anak pada tahun 2001 hingga 2005 hasil dari perhubungan sumbang mahram mereka, dua daripadanya cacat.

Mengulas tentang hubungan mereka, Patrick berkata, “Kami tidak merasa bersalah tentang apa yang telah berlaku antara kami. Kami mahu undang-undang yang menjadikan sumbang mahram sebagai jenayah dihapuskan”.

Patrick dan Susan saling bergantung antara satu sama lain sejak kematian ibu mereka, Ana Marie akibat serangan jantung.

“Saya menjadi ketua keluarga dan harus melindungi adik saya.

“Dia sangat sensitif tetapi kami membantu antara satu sama lain dalam tempoh yang sangat sukar ini dan akhirnya hubungan itu menjadi fizikal,” kata Patrick.

Mereka yang memang berkongsi bilik tidur, mula melakukan hubungan seks beberapa bulan selepas itu, dipercayai sebanyak 16 kali di antara Januari dan Ogos 2001.

“Kami tidak terfikir untuk menggunakan kondom. Kami tidak tahu bahawa tidur bersama adalah haram. Ibu kami tidak akan bersetuju, tetapi satu-satunya yang akan menilai kami sekarang ialah kami sendiri,” tambah Patrick.

Kedua-dua mereka juga turut menafikan yang kecacatan dua orang anak mereka adalah hasil hubungan sumbang mahram, walaupun pandangan pakar mengatakan demikian.

Sumber: Daily Mail

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *