Connect with us

Antarabangsa

Paderi kenakan caj RM5,000 jika ingin khidmat ‘bertemu tuhan di syurga’

Seorang paderi Afrika Selatan mencetuskan kontroversi di internet susulan pendedahan bahawa dia mengenakan bayaran mahal untuk pelbagai khidmat termasuk kononnya ‘bertemu tuhan di syurga’, lapor laman berita Oddity Central semalam.

Wartawan TMT

Published

on

Paderi kenakan caj RM5,000 jika ingin khidmat ‘bertemu tuhan di syurga’
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • MS Budeli ialah antara paderi tidak jujur di Afrika Selatan kerana dia akan bantu orang ramai hanya sekiranya mereka boleh membayar yurannya.
  • Berdasarkan poster promosi tersebar di media sosial, MS Budeli dakwa dia punyai ‘kuasa’ bantu orang ramai melihat masa depan menerusi telefon pintar, batalkan semua hutang dan melihat tuhan.
  • Untuk ‘melihat tuhan di syurga’, orang ramai perlu bayar AS$1,160 (RM5144). Jika mahu semua hutang dibatalkan, mereka perlu keluarkan AS$290 (RM1,286).
  • Untuk berkahwin ialah AS$580 (RM2,572) dan bayaran AS$1,160 (RM5,144) dikenakan untuk melihat masa depan menerusi telefon pintar.

 

CAPE TOWN – Seorang paderi Afrika Selatan mencetuskan kontroversi di internet susulan pendedahan bahawa dia mengenakan bayaran mahal untuk pelbagai khidmat termasuk kononnya ‘bertemu tuhan di syurga’, lapor laman berita Oddity Central semalam.

MS Budeli ialah antara paderi yang tidak jujur di Afrika Selatan kerana dia akan membantu orang ramai hanya sekiranya mereka boleh membayar yurannya.

Berdasarkan poster promosi yang tersebar di media sosial, MS Budeli mendakwa dia mempunyai ‘kuasa’ untuk membantu orang ramai melihat masa depan mereka menerusi telefon pintar, membatalkan semua hutang dan melihat tuhan.

Orang ramai hanya perlu hadir ke ‘Persidangan Ibadah’ kendaliannya dan membayar yuran doa khas.

Pada 25 Disember ini, MS Budeli dijadualkan menjadi tuan rumah untuk Persidangan Ibadahnya, iaitu acara istimewa di mana orang ramai boleh mendengar khutbah dan terlibat dalam beberapa doa istimewa.

Salah utama mengenai acara itu adalah yuran yang terlalu mahal.

Sebagai contoh, untuk ‘melihat tuhan di Syurga’, orang ramai perlu membayar AS$1,160 (RM5144). Jika mahu semua hutang dibatalkan, mereka perlu mengeluarkan AS$290 (RM1,286) untuk berkahwin pada hari berikutnya.

Bayaran untuk berkahwin pada hari berikutnya ialah AS$580 (RM2,572) dan bayaran AS$1,160 (RM5,144) dikenakan untuk melihat masa depan menerusi telefon pintar.

Beliau turut mengenakan bayaran AS$17,400 (RM77,160) kepada orang ramai untuk mengalahkan Aviator Game iaitu permainan perjudian dalam talian yang popular. 

“Semoga berjaya kepada semua yang akan terpedaya untuk perkara karut ini,” komen seorang pengguna pada gambar poster MS Budeli untuk Persidangan Ibadahnya. – Agensi

 

Sumber: Kosmo

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) Pintas serangan Iran, hubungan Jordan-Israel masih kukuh?

Israel menyifatkan pintasan dron Iran yang dilancarkan tentera udara Jordan pada malam Sabtu membuktikan hubungan dua negara masih kukuh.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu (kiri) & Raja Jordan, king Abdullah II ibn Al-Hussein (kanan).
  • Israel menyifatkan pintasan dron Iran yang dilancarkan tentera udara Jordan pada malam Sabtu membuktikan hubungan dua negara masih kukuh.
  • Felo kanan senior di The Washington Institute for Near East Policy berkata,campur tangan Amman pada malam Sabtu tidak mengejutkan.Sokongan dramatik kerajaan itu membuktikan kekuatan pakatan keselamatan antara Amman dan Israel. – Ghaith al-Omari
  • Pegawai kanan bersara dan pakar tentera, Mahmoud Ridasat yang berpangkalan di ibu negara Amman bagaimanapun berkata, laporan berita ini tidak lebih daripada propaganda Israel.

Israel menyifatkan pintasan dron Iran yang dilancarkan tentera udara Jordan pada malam Sabtu membuktikan hubungan dua negara masih kukuh.

Menurut portal berita online zionis, Times Of Israel, walaupun bantuan ketenteraan yang diberikan Amman kepada Israel mengejutkan ramai penduduknya namun ia tetap disambut penuh semangat di negara jajahan Yahudi tersebut.

Bagi sesetengah pengulas, campur tangan Amman pada malam Sabtu tidak mengejutkan. Ghaith al-Omari, warga asal Jordan yang juga seorang felo kanan senior di The Washington Institute for Near East Policy berkata, sokongan dramatik kerajaan itu membuktikan kekuatan pakatan keselamatan antara Amman dan Israel.

“Walaupun terdapat ketegangan politik antara Jordan dan Israel, hubungan ketenteraan dan perisikan tidak pernah berhenti,” katanya. 

“Sebenarnya, semakin politik memburuk, semakin rapatlah tentera, kerana mereka berdua memahami keperluan untuk mengekalkan hubungan ini. Ini sebahagian daripada doktrin ketenteraan Jordan dan doktrin ketenteraan Israel,” kata al-Omari dipetik TOI.

Seorang pegawai kanan bersara dan pakar tentera, Mahmoud Ridasat yang berpangkalan di ibu negara Amman bagaimanapun berkata, laporan berita ini tidak lebih daripada propaganda Israel.

Jelasnya, apa yang berlaku pada malam Sabtu lalu, tidak boleh dikira sebagai mempertahankan Israel, sebaliknya mempertahankan kedaulatan Jordan dan ruang udara negara tersebut.

Pada 1994, Jordan menjadi negara Arab kedua yang menjalin hubungan diplomatik dengan Israel (selepas Mesir pada 1979). Jordan melihat dirinya sebagai penjaga tapak suci umat Islam di Kota Lama Baitulmaqdis termasuk perkarangan Al-Aqsa dan kedua-dua negara itu juga mempunyai kerjasama keselamatan dan perisikan yang kukuh. 

Hubungan itu bagaimanapun mulai tegang sejak tercetusnya Taufan Al-Aqsa pada 7 Oktober tahun lalu.– The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending