Connect with us

Antarabangsa

Mexico ‘lubuk’ maut buat wartawan – RSF

Mexico menjadi ‘lubuk’ maut buat pengamal media dengan merekodkan kematian wartawan paling tinggi tahun ini, menurut pemerhati Reporters Without Borders (RSF) semalam.

Wartawan TMT

Published

on

Mexico 'lubuk' maut buat wartawan - RSF
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Mexico jadi ‘lubuk’ maut buat pengamal media dengan merekodkan kematian wartawan paling tinggi tahun ini, menurut pemerhati Reporters Without Borders (RSF) semalam.
  • Sebanyak 11 pembunuhan atau hampir 20 peratus jumlah global direkodkan membabitkan petugas media profesional di negara Amerika Latin sejak awal tahun ini sehingga 1 Disember lalu.
  • Berdasarkan angka seluruh dunia, RSF rekodkan 57 pembunuhan wartawan menjadikan peningkatan 18.8 peratus pada tahun lalu. Punca utamanya adalah peperangan di Ukraine.
  • Separuh daripada pembunuhan wartawan direkodkan di benua Amerika Latin.
  • Negara di rantau berkenaan begitu sinonim dengan keganasan antaranya di Haiti, Nicaragua dan Brazil, sekali gus jadi negara paling berisiko jalankan siasatan berkaitan jenayah terancang, gengsterisme dan rasuah.

MEXICO CITY: Mexico menjadi ‘lubuk’ maut buat pengamal media dengan merekodkan kematian wartawan paling tinggi tahun ini, menurut pemerhati Reporters Without Borders (RSF) semalam.

Pendedahan itu berdasarkan laporan lengkap dengan bukti penculikan, serangan dan penahanan petugas media.

Dalam laporan itu, sebanyak 11 pembunuhan atau hampir 20 peratus jumlah global direkodkan membabitkan petugas media profesional di negara Amerika Latin sejak awal tahun ini sehingga 1 Disember lalu.

“Tekanan daripada masyarakat sivil dan organisasi antarabangsa serta mekanisma perlindungan pihak berkuasa tempatan tidak mencukupi,” kata RSF.

Kumpulan advokasi kebebasan bersuara itu turut mendokumentasikan lebih banyak lagi insiden pembunuhan petugas media pada tahun ini, menjadikan 2022 tahun paling berdarah dalam sejarah kewartawanan di Mexico.

Berdasarkan angka seluruh dunia pula, RSF merekodkan 57 pembunuhan wartawan menjadikan peningkatan 18.8 peratus pada tahun lalu. Punca utamanya adalah peperangan di Ukraine.

Bagaimanapun, separuh daripada pembunuhan dalam kalangan wartawan direkodkan di benua Amerika Latin.

RSF berkata negara di rantau berkenaan begitu sinonim dengan keganasan antaranya di Haiti, Nicaragua dan Brazil, sekali gus menjadi negara berkenaan paling berisiko untuk menjalankan siasatan berkaitan jenayah terancang, gengsterisme dan rasuah.

Laporan sama turut menyoroti pembunuhan tiga wartawan di Brazil, di tengah-tengah liputan meluas berhubung kegiatan penebangan hutan Amazon dan aktiviti pembalakan haram.

Kejadian itu membabitkan pembunuhan wartawan British bernama Dom Phillips yang menjadi kes paling berprofil tinggi.

Selain itu, organisasi itu juga melaporkan seramai 49 petugas media hilang, manakala 65 yang lain diculik di seluruh dunia. – REUTERS

Sumber: Berita Harian

 

Author

Antarabangsa

Tiada tanda gencatan senjata dicapai di Gaza, perantara masih optimistik

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.
  • Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.
  • Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.

Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Tiada komen rasmi daripada Israel mengenai rundingan itu setakat ini selain fakta bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu diberi taklimat mengenainya dan delegasi Israel hadir untuk pusingan rundingan kali ini.

Mandat diberikan kepada perunding Israel oleh Netanyahu juga tidak diketahui sepenuhnya kerana butiran mengenai rundingan itu tidak didedahkan kepada umum.

Walaupun pengantara kekal optimistik, masih tiada tanda bahawa kesepakatan hampir tercapai. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending