Connect with us

Terkini

Menteri Perdagangan Dalam Negeri jumpa bos Mydin

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub, hari ini, mengadakan pertemuan dengan Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin, di pejabatnya.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Menteri Perdagangan Dalam Negeri jumpa bos Mydin
Foto (dari kiri): Datuk Seri Salahuddin Ayub, Dr Siti Mariah Mahmud, Datuk Ameer Ali Mydin.
  • Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub, hari ini, adakan pertemuan dengan Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin, di pejabatnya.
  • Pertemuan itu bertujuan bagi mencari titik persamaan dalam menyelesaikan masalah harga barang dan kos sara hidup.
  • Melalui pertemuan itu, beliau yakin pemain industri harus bekerjasama dalam memastikan gerak kerja menghasilkan situasi menang-menang untuk rakyat, industri, dan kerajaan.
  • “Fokus kita sebagai kerajaan semestinya untuk mencari formula terbaik untuk semua pihak, termasuk rakyat, pemain industri, serta kerajaan,”- Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub.

KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub, hari ini, mengadakan pertemuan dengan Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin, di pejabatnya.

Pertemuan itu bertujuan mencari titik persamaan dalam menyelesaikan masalah harga barang dan kos sara hidup.

Hadir sama pada pertemuan itu EXCO Negeri Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud.

Sebelum ini, Ameer, yang juga Presiden Persatuan Peruncit Bumiputera (BRO), antara yang lantang membangkitkan isu kekurangan bekalan barang keperluan harian, termasuk telur ayam.

Beliau juga membidas tindakan kerajaan mahu mengimport telur ayam, yang disifatkannya sebagai tidak masuk akal.

Cadangan pengimportan telur itu dikemukakan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu, dan ia dikatakan langkah jangka pendek untuk memastikan bekalan mencukupi.

Salahuddin berkata, dengan pertemuan itu, beliau yakin pemain industri juga harus bekerjasama dalam memastikan gerak kerja yang menghasilkan situasi menang-menang untuk rakyat, industri, dan kerajaan.

Sementara itu, Salahuddin juga mengadakan pertemuan berasingan dengan pengusaha stesen minyak.

Katanya, banyak perkara yang dilontarkan pengusaha terbabit, antaranya pengurusan subsidi bersasar membabitkan golongan B40 dan M40.

“Saya hargai semua pendapat dan cadangan. Saya akan perhalusi setiap perincian ini bersama kementerian.

“Fokus kita sebagai kerajaan semestinya untuk mencari formula terbaik untuk semua pihak, termasuk rakyat, pemain industri, serta kerajaan,” katanya.

Beliau turut menegaskan menerima cabaran memegang jawatan menteri itu dengan penuh amanah dan berusaha mencari jalan terbaik untuk kelestarian hidup rakyat Malaysia.

Sumber: Berita Harian

 

Author