Connect with us

Antarabangsa

Mayat lelaki Muslim dibakar akibat kecuaian hospital di Jerman

Mayat seorang lelaki Islam tersilap dibakar di Jerman gara-gara kecuaian sebuah hospital di Hannover yang terkeliru antara dua mayat.

Wartawan TMT

Published

on

Mayat lelaki Muslim dibakar akibat kecuaian hospital di Jerman
Foto: Abdulkadir Sargin.
  • Abdulkadir Sargin, seorang warga Turki yang meninggal dunia di bahagian kecemasan Hospital Sekolah Perubatan Hannover, Jerman minggu lalu.
  • Mayatnya telah tersilap dibakar akibat kecuaian pihak hospital yang terkeliru antara dua mayat.
  • Kesilapan itu disedari ahli keluarga si mati ketika mereka membuka keranda untuk menguruskan jenazah dan mendapati ia adalah mayat orang lain.

Mayat seorang lelaki Islam tersilap dibakar di Jerman gara-gara kecuaian sebuah hospital di Hannover yang terkeliru antara dua mayat.

Memetik laporan TRT World, mayat itu ialah Abdulkadir Sargin, seorang warga Turki yang meninggal dunia di bahagian kecemasan Hospital Sekolah Perubatan Hannover minggu lalu, demikian kata pihak berkuasa.

Ketika persiapan menguruskan jenazah Abdulkadir pada Selasa lalu, ahli keluarganya terkejut apabila melihat mayat di dalam keranda adalah individu yang tidak dikenali.

Selepas membuat panggilan telefon ke hospital, mereka dimaklumkan kakitangan hospital terbabit tersilap menyerahkan mayat Abdulkadir kepada keluarga lain dan mayatnya telah dibakar.

Pembakaran mayat adalah bertentangan dengan pengurusan jenazah Islam kerana dianggap menyeksa si mati.

Menurut pihak berkuasa, Konsulat Turki di Hannover sedang berhubung dengan ahli keluarga Abdulkadir dan akan memberikan semua bantuan yang mereka perlukan.

Sumber: TRT World

 

Author

Antarabangsa

Tiada tanda gencatan senjata dicapai di Gaza, perantara masih optimistik

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.
  • Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.
  • Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.

Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Tiada komen rasmi daripada Israel mengenai rundingan itu setakat ini selain fakta bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu diberi taklimat mengenainya dan delegasi Israel hadir untuk pusingan rundingan kali ini.

Mandat diberikan kepada perunding Israel oleh Netanyahu juga tidak diketahui sepenuhnya kerana butiran mengenai rundingan itu tidak didedahkan kepada umum.

Walaupun pengantara kekal optimistik, masih tiada tanda bahawa kesepakatan hampir tercapai. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Trending