Connect with us

Antarabangsa

Masjid Palestin dimusnahkan tentera Israel di Hebron

Tentera Israel dilaporkan memusnahkan sebuah masjid di kompleks Khallet Taha, barat daya Hebron yang merupakan lokasi utama tempat ibadah umat Islam Palestin.

Wartawan TMT

Published

on

Masjid Palestin dimusnahkan tentera Israel di Hebron
Foto: Masjid Rasulullah yang dirobohkan tentera Israel. Hanya tinggal papan tanda yang bertulis 'Ini rumah Allah dan ini Masjid Rasulullah'.
  • Tentera Israel dilaporkan memusnahkan sebuah masjid di kompleks Khallet Taha, barat daya Hebron yang merupakan lokasi utama tempat ibadah umat Islam Palestin.
  • Mereka menyerbu daerah Khallet Taha dan merobohkan masjid yang memiliki keluasan 100 meter persegi itu menggunakan senjata api.
  • “Masjid ini dibina di Khallet Taha untuk penduduk di sana yang tidak mempunyai masjid lain di kawasan itu,” –  Kementerian Wakaf Palestin.

GAZA: Tentera Israel dilaporkan memusnahkan sebuah masjid di kompleks Khallet Taha, barat daya Hebron yang merupakan lokasi utama tempat ibadah umat Islam Palestin.

Dengan senjata api, tentera Israel menyerbu daerah Khallet Taha dan merobohkan masjid yang memiliki keluasan 100 meter persegi itu.

Dalam pada itu, Kementerian Wakaf Palestin mengesahkan tentera Israel menghancurkan Masjid Rasulullah di Hebron.

“Masjid ini dibina di Khallet Taha untuk penduduk di sana yang tidak mempunyai masjid lain di kawasan itu,” kementerian itu dipetik sebagai berkata oleh Monitor Timur Tengah.

Israel selama ini berusaha menduduki tanah persendirian itu yang berkeluasan 3,000 kilometer persegi, dimiliki oleh rakyat Palestin.

Dalam pada itu, Pengarah Wakaf Hebron, Nidal al-Jabari memaklumkan tentera Israel juga akan meneruskan pembinaan lif dan laluan pelancong di lokasi masjid.

Sementara itu, pengarah masjid, Ghassan Rajabi, mengutuk keras kerja pembinaan dan menganggapnya sebagai pelanggaran hak dan keganasan.

Bandar Hebron merupakan kawasan penempatan untuk 160,000 warga Palestin dan dianggarkan 800 tentera Israel yang terkenal dengan sikap agresif juga tinggal di kawasan itu.

Sumber: Astro Awani

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Tiada tanda gencatan senjata dicapai di Gaza, perantara masih optimistik

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.
  • Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.
  • Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.

Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Tiada komen rasmi daripada Israel mengenai rundingan itu setakat ini selain fakta bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu diberi taklimat mengenainya dan delegasi Israel hadir untuk pusingan rundingan kali ini.

Mandat diberikan kepada perunding Israel oleh Netanyahu juga tidak diketahui sepenuhnya kerana butiran mengenai rundingan itu tidak didedahkan kepada umum.

Walaupun pengantara kekal optimistik, masih tiada tanda bahawa kesepakatan hampir tercapai. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Trending