Connect with us

Antarabangsa

Majlis Keselamatan PBB kecam kerajaan Taliban larang gadis Afghanistan belajar di universiti

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) menggesa penyertaan penuh, sama rata dan bermakna terhadap wanita dan gadis di Afghanistan, malah mengecam larangan kerajaan Taliban terhadap hak golongan itu untuk belajar di universiti atau bekerja dalam kumpulan bantuan kemanusiaan.

Wartawan TMT

Published

on

Majlis Keselamatan PBB kecam kerajaan Taliban larang gadis Afghanistan belajar di universiti
Foto: Antonio Guterres.
  • 15 anggota majlis keselamatan PBB berkata larangan wanita dan gadis menghadiri sekolah menengah dan universiti di Afghanistan ‘adalah hakisan semakin meningkat dalam menghormati hak asasi dan kebebasan asasi manusia’.
  • Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres di Twitter berkata, sekatan itu adalah ‘pelanggaran hak asasi manusia yang tidak wajar dan mesti dibatalkan.
  • Katanya, tindakan itu menyebabkan penderitaan dan kemunduran besar kepada potensi rakyat Afghanistan’.
  • “Sekatan ini bercanggah dengan komitmen yang dibuat oleh Taliban kepada rakyat Afghanistan serta jangkaan masyarakat antarabangsa,” kata Majlis Keselamatan PBB.

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) menggesa penyertaan penuh, sama rata dan bermakna terhadap wanita dan gadis di Afghanistan, malah mengecam larangan kerajaan Taliban terhadap hak golongan itu untuk belajar di universiti atau bekerja dalam kumpulan bantuan kemanusiaan.

Dalam satu kenyataan yang dipersetujui secara konsensus, 15 anggota majlis itu berkata, larangan ke atas wanita dan gadis menghadiri sekolah menengah dan universiti di Afghanistan ‘adalah hakisan yang semakin meningkat dalam menghormati hak asasi dan kebebasan asasi manusia’.

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres di Twitter semalam berkata, sekatan itu adalah ‘pelanggaran hak asasi manusia yang tidak wajar dan mesti dibatalkan.

“Tindakan untuk mengecualikan dan mengenepikan wanita dan kanak-kanak perempuan terus menyebabkan penderitaan dan kemunduran besar kepada potensi rakyat Afghanistan’.

Larangan wanita hadir ke universiti dibuat ketika Majlis Keselamatan di New York bermesyuarat di Afghanistan minggu lalu.

Kanak-kanak perempuan pula sudah diharamkan dari sekolah menengah sejak Mac lalu.

Majlis Keselamatan berkata, larangan ke atas pekerja kemanusiaan wanita, yang diumumkan Sabtu lalu ‘akan memberi kesan yang ketara dan serta-merta untuk operasi kemanusiaan di negara ini’ termasuk yang dilakukan PBB sendiri.

“Sekatan ini bercanggah dengan komitmen yang dibuat oleh Taliban kepada rakyat Afghanistan serta jangkaan masyarakat antarabangsa,” kata Majlis Keselamatan, yang turut menyatakan sokongan penuhnya terhadap misi politik PBB di Afghanistan, yang dikenali sebagai UNAMA.

Empat kumpulan bantuan global utama, yang menjalankan kerja-kerja kemanusiaannya dengan mencapai berjuta-juta rakyat Afghanistan, Ahad lalu berkata, mereka menangguhkan operasi kerana tidak dapat menjalankan program mereka tanpa kakitangan wanita.

Ketua bantuan PBB, Martin Griffiths memberitahu Majlis Keselamatan minggu lalu bahawa 97 peratus rakyat Afghanistan hidup dalam kemiskinan dengan dua pertiga daripada penduduk memerlukan bantuan untuk terus hidup, manakala 20 juta orang lagi menghadapi kebuluran teruk serta 1.1 juta remaja perempuan dilarang bersekolah.

Taliban merampas kuasa pada Ogos tahun lalu dan ketika kali terakhir berkuasa dua dekad lalu, mereka sudah mengharamkan pendidikan kanak-kanak perempuan, namun kali ini berjanji akan mengubah dasar.

Pentadbiran pimpinan Taliban bagaimanapun tidak diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Sumber : Berita Harian

 

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Dituduh angkut lembu, pemandu trak Sikh diserang kumpulan pelampau di India

Sebuah video tular memaparkan seorang pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

Sebuah video tular memaparkan seorang pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

Video dimuat naik HindutvaWatch di platform X itu meletakkan keterangan hantaran, “pengawal lembu menyerang seorang pemandu trak Sikh dan menggunakan serbannya untuk mengikat kakinya kerana mengangkut lembu”.

Video itu dimuat naik pada hari ini yang merujuk kepada insiden yang berlaku di Sonipat, Haryana pada 17 April lalu.

Di dalam sedutan video itu, penganut Sikh tersebut dilihat membawa sebuah lori di tempat duduk pemandu memakai turban berwarna safron bercakap pada arah video yang sedang merakamnya.

Rakaman itu kemudiannya disusuli tindakan seorang lelaki berbaju merah cuba bertindak memberhentikan atau membuka pintu tempat duduk lelaki tersebut.

Dalam sedutan lain, gambar individu Sikh di dalam video itu menunjukkannya duduk dengan turban safron yang pada asalnya dipakai, akhirnya digunakan untuk dililit kakinya, dengan sedikit tompokan darah darah pada pakaiannya.

Dalam keadaan itu, individu Sikh itu dilihat tenang dan tidak berkata apa-apa.

Pengguna platform X memberi komentar mengutuk tindakan menyasarkan pemandu trak beragama sikh itu dengan pelbagai keluhan.

“Sangat menjijikkan. Mereka melampau dalam bertindak atas perkara sebegini,” kata Faisal Siraj.

Sebuah akaun lain dengan nama Pakistan Times juga berkata “Malah Sikh pun tidak selamat di India.” – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending